Darah Nifas Selepas Bersalin: Maksud, Tempoh & Bila Perlu Mandi Wajib

Darah nifas berapa hari selepas bersalin adalah bergantung pada individu. Biasanya tempoh darah nifas adalah dari tiga hingga 40 hari

Menjadi kebiasaan untuk para ibu akan keluar darah selepas bersalin. Selain darah nifas, ia dikenali sebagai post-natal bleeding. Soalan yang sering ramai bakal ibu tanya ialah berapa hari tempohnya?

Apa Itu Darah Nifas?

Lochia adalah istilah perubatan yang digunakan untuk merujuk kepada pendarahan atau rembesan dari rahim yang berlaku selepas wanita melahirkan anak.

Darah nifas adalah bahagian normal dalam proses pemulihan badan selepas bersalin. Lochia terdiri daripada campuran darah, lendir, tisu plasenta yang terkelupas, dan rembesan dari rahim yang berubah semasa kehamilan.

Tempoh Darah Nifas

Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas1 adalah darah yang keluar selepas bersalin. Sekiranya darah keluar sebelum bersalin (dan bayi masih belum keluar sepenuhnya), itu bukanlah darah selepas bersalin.

Jadi tempoh darah nifas berapa hari? Ia sebenarnya terpulang juga pada badan seseorang.

Tapi biasanya tempoh darah nifas minimum adalah selama tiga hari. Biasanya, wanita yang dalam proses berpantang akan mengalami tempoh darah nifas selama 40 hari. 

Berikut adalah anggaran umum bagaimana darah nifas berkembang secara berperingkat:

  • Hari awal (3-10 hari): Pada mulanya, darah nifas akan berwarna merah dan agak banyak, sama seperti haid yang berat. Ini adalah hasil daripada lapisan rahim yang telah membesar semasa mengandung.
  • Minggu pertama (10-20 hari): Secara beransur-ansur, warna darah akan berubah menjadi merah jambu atau coklat. Kuantiti pendarahan juga akan berkurangan dari semasa ke semasa.
  • Minggu kedua dan ketiga (20-27 hari): Darah selepas bersalin akan berkurangan dari segi jumlah dan warna. Ia boleh menjadi warna kuning keputihan atau jernih.
  • Minggu keempat dan seterusnya (27 hari ke atas): Biasanya, menjelang minggu keempat selepas kelahiran, pendarahan nifas hampir berhenti sepenuhnya. Sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit pendarahan atau tompok dalam beberapa minggu akan datang.

Pendarahan selepas bersalin boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Darah nifas yang keluar lebih 60 hari dikira sebagai istihadah3 (darah penyakit). 

Ada wanita yang tidak boleh bersalin normal kerana komplikasi tertentu lalu terpaksa dibedah. Bagaimana dengan darah selepas bersalin mereka?

Dalam kes ini, hukum bagi wanita yang bersalin czer sama seperti wanita bersalin normal. Apabila ada darah keluar, ia adalah darah selepas bersalin. Ibu hendaklah meninggalkan solat dan puasa. 

Walaupun anda bersalin secara pembedahan, anda sama juga seperti semua wanita bersalin yang akan ada keluarnya darah nifas. Jadi samalah juga tempohnya dengan wanita bersalin secara normal. 

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi telah cukup sifatnya, maka darah yang keluar ialah darah selepas bersalin (darah nifas). Namun, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu dikira sebagai darah haid.

 

darah nifas, darah nifas berapa hari, darah nifas berapa lama, niat mandi nifas, tempoh darah nifas, cara mandi nifas, mandi nifas, warna darah nifas, lochia

Bila Perlu Mandi Wajib?

Terdapat dua perbezaan mandi nifas.  Selepas bersalin, ada dua istilah yang sering digunakan oleh ibu selepas bersalin:

  1. Wiladah – Satu keadaan di mana seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak.
  2. Nifas – Darah yang keluar selepas seorang ibu itu baru lepas melahirkan anak. 

Jika anda bersalin atau keguguran, tapi tidak keluar darah, mandi selepas bersalin yang perlu dilakukan adalah wiladah.

Jika selepas anda wiladah (baru lepas bersalin) dan keluar darah selama 40 ke 60 hari, anda perlu mandi wiladah dan nifas dalam satu mandian sahaja. Niat mandi nifas ini hendaklah dilafazkan dalam hati. Namun jika sukar, anda juga boleh lafazkan secara lisan.

Niat mandi nifas wajib:

Nawaitul ghusla lirofi’i hadatsinnafaasi lillaahi ta’aala.

Maksudnya: Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas nifas kerana Allah ta’ala.

Cara untuk doa mandi nifas setelah 40 hari melahirkan. Ia hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.

  • Siapkan air, syampu dan sabun mandi
  • Niat dalam hati seperti niat di atas (atau secara lisan)
  • Baca kalimah basmallah (bismillahirrahmaanirrahiim)
  • Berwuduk dengan sempurna
  • Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosokkan sehingga mencapai akar rambut
  • Menyiram air ke seluruh badan
  • Membasuh kaki
  • Wuduk akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan anda semasa mandi nifas dan perlu mengambil wuduk semula selepas mandi jika anda perlu berada dalam keadaan berwuduk selepas mandi.

Persoalannya Bila Perlu Mandi Wajib?

Mandi wajib selepas nifas hanya perlu dilakukan apabila pendarahan nifas telah berhenti sepenuhnya. Tempoh nifas biasanya berlangsung antara 40 hingga 60 hari, tetapi ini boleh berbeza-beza bergantung pada individu. Anda perlu memastikan pendarahan telah berhenti dan tidak ada lagi tanda-tanda pendarahan sebelum melakukan mandi wajib.

Adakah Perlu Mandi Wajib Dua Kali: Pertama Akibat Wiladah Dan Kedua Akibat Nifas?

Tidak perlu. Jika selepas anda wiladah (baru lepas bersalin) dan keluar darah selama 40 ke 60 hari, anda perlu mandi wiladah dan nifas dalam satu mandian sahaja. Niat mandi nifas ini hendaklah dilafazkan dalam hati. Namun jika sukar, anda juga boleh lafazkan secara lisan.

Niat mandi nifas wajib:

Nawaitul ghusla lirofi’i hadatsinnafaasi lillaahi ta’aala.

Maksudnya: Sahaja aku mandi untuk menghilangkan hadas nifas kerana Allah ta’ala.

Cara untuk doa mandi nifas setelah 40 hari melahirkan. Ia hampir sama dengan mandi wajib atau mandi junub.

  • Siapkan air, syampu dan sabun mandi
  • Niat dalam hati seperti niat di atas (atau secara lisan)
  • Baca kalimah basmallah (bismillahirrahmaanirrahiim)
  • Berwuduk dengan sempurna
  • Menyiram air di kepala sebanyak tiga kali dan gosokkan sehingga mencapai akar rambut
  • Menyiram air ke seluruh badan
  • Membasuh kaki
  • Wuduk akan terbatal sekiranya anda menyentuh kemaluan anda semasa mandi nifas dan perlu mengambil wuduk semula selepas mandi jika anda perlu berada dalam keadaan berwuduk selepas mandi.

Perbezaan Darah Haid & Nifas

  • Darah Haid:

    • Definisi: Darah haid adalah pendarahan bulanan yang berlaku sebagai sebahagian daripada kitaran haid wanita. Ia merupakan tanda bahawa sistem reproduktif wanita berfungsi dengan baik.
    • Tempoh: Biasanya berlaku setiap bulan dan boleh berlangsung antara 2 hingga 7 hari. Tempoh ini boleh berbeza-beza bagi setiap wanita.
  • Darah Nifas:

    • Definisi: Darah nifas adalah pendarahan yang berlaku selepas kelahiran bayi. Ia merupakan pendarahan yang berlaku selepas bersalin dan menunjukkan proses pemulihan rahim selepas bersalin.
    • Tempoh: Biasanya berlangsung antara 40 hingga 60 hari, tetapi tempoh ini boleh berbeza mengikut individu. Pendarahan nifas biasanya berhenti selepas tempoh ini.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Ada pelbagai keadaan bagi wanita bersalin untuk keluar darah nifas tidak kira sama ada caesar atau pun bersalin normal. Malah ada juga yang mengalami keadaan di mana darah yang keluar berwarna kehitaman dan berbau.

Sekiranya keadaan ini terjadi, ia mungkin salah satu tanda berlakunya, jangkitan di dalam rahim atau kemaluan selepas bersalin; pendarahan nifas beserta jangkitan kulat seperti kandidiasis dan darah nifas yang lama teroksida.

Selain itu, boleh juga terjadinya faraj berbau, sakit perut atau senggugut teruk, bengkak atau gatal sekeliling kemaluan, sakit atau mengilu pada bahagian pelvik, demam serta rasa sakit atau panas ketika buang air kecil.

Selain itu jika anda mengalami mana-mana gejala berikut, hubungi doktor dengan segera:

  • Keputihan yang berwarna hijau.
  • Lochia anda masih merah terang empat hari selepas kelahiran bayi anda.
  • Bau yang tidak menyenangkan (berbau lebih teruk daripada haid biasa anda).
  • Pendarahan atau pelepasan yang tidak normal (rendam pad setiap jam).
  • Gumpalan darah nifas beku sebesar bola golf.
  • Menggigil, demam, atau gejala seperti selesema.
  • Sakit atau bengkak di sekitar faraj anda.
  • Penglihatan anda semakin kabur.
  • Kelemahan, tidak stabil atau perasaan pengsan.
  • Kekejangan atau kesakitan yang berpanjangan di pelvis.

Darah Keluar Banyak Selepas Sebulan Bersalin

Sekiranya anda mengalami pendarahan yang agak banyak selepas sebulan bersalin, ini mungkin bukan sebahagian daripada proses normal darah nifas (lochia).

Biasanya, darah selepas bersalin mula berkurangan dengan ketara selepas beberapa minggu kelahiran. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami darah keluar banyak selepas sebulan bersalin lebih daripada yang dijangkakan, terdapat beberapa sebab yang mungkin perlu dipertimbangkan:

  • Jangkitan: Jangkitan pada rahim atau kawasan perineum (luar faraj) boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan. Jangkitan ini boleh berlaku selepas bersalin dan memerlukan perhatian perubatan.
  • Keradangan: Keradangan rahim atau organ pembiakan lain juga boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal.
  • Kecederaan dalaman: Jika terdapat luka pada rahim atau serviks yang belum sembuh sepenuhnya, ini boleh menyebabkan pendarahan.
  • Sisa Tisu: Sisa plasenta atau tisu lain yang tertinggal di dalam rahim selepas bersalin boleh menyebabkan pendarahan yang berlarutan lama.
  • Gangguan Pembekuan Darah: Gangguan pembekuan darah boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak daripada yang sepatutnya.
  • Aktiviti Fizikal Berlebihan: Terlalu banyak aktiviti fizikal atau mengangkat berat dalam masa yang singkat selepas bersalin boleh menyebabkan pendarahan.
  • Pengecutan Rahim: Pengecutan rahim yang terlalu kuat atau tidak normal boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan.
  • Keguguran: Jika anda mengalami pendarahan selama lebih daripada sebulan selepas bersalin, kemungkinan lain adalah keguguran yang tidak dapat dikesan.

Jika anda mengalami darah keluar banyak selepas sebulan bersalin yang berterusan,  adalah sangat penting untuk berjumpa doktor dengan segera.

Normalkah Jika Darah Nifas Berketul

Darah nifas berketul boleh menjadi normal dalam beberapa kes. Ini biasanya berlaku kerana darah nifas adalah campuran darah, lendir, tisu rahim yang terkelupas, dan rembesan lain.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diingat jika darah nifas berketul:

  • Saiz dan Ketekalan Gumpalan: Gumpalan darah nifas berketul biasanya lebih kecil daripada gumpalan darah haid. Walau bagaimanapun, jika anda melihat bekuan yang sangat besar atau jika ia berterusan selama beberapa hari selepas bersalin, adalah idea yang baik untuk berjumpa doktor anda.
  • Perubahan Warna dan Bau: Darah nifas berketul boleh berubah warna dari semasa ke semasa, daripada merah terang kepada merah jambu, kemudian kepada kuning atau putih. Walau bagaimanapun, jika terdapat perubahan warna yang tajam atau bau yang luar biasa, ia boleh menjadi tanda masalah seperti jangkitan.
  • Tidak Sakit Berlebihan: Jika darah nifas berketul disertai dengan sakit yang teruk, ini boleh menjadi tanda keradangan atau masalah lain yang perlu ditangani oleh doktor.

Ciri Darah Nifas Sudah Bersih

Dalam tempoh hari-hari terakhir nifas, warna darah nifas atau warna darah selepas bersalin akhir anda akan secara perlahan-lahan berubah kepada warna yang lebih cerah.

Para ulama juga bersepakat bahawa terdapat dua jenis cara untuk memastikan seseorang wanita itu suci daripada haid dan juga nifas iaitu:

1.Keluar Cairan Putih

Sebaik sahaja warna darah berubah menjadi lebih cerah, pada hari terakhir akan turut sama keluar cecair putih. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Malik:

Beberapa wanita mengirim kain kapas berwarna kekuningan bekas darah haid. Mereka bertanya, ‘Apakah mereka sudah boleh mengerjakan solat?’ Mendengar soalan itu, Aisyah menjawab: ‘Jangan terburu-buru hingga kamu melihat cairan berwarna putih.”

2.Kering

Selain daripada tanda sebelum ini iaitu keluarnya cairan berwarna putih, ia juga hendaklah kering daripada warna darah. Untuk memeriksanya, anda boleh masukkan kain kapas yang berwarna putih ke dalam faraj anda.

Manakala berikut beberapa ciri darah nifas sudah bersih yang boleh anda perhatikan:

  • Saiz Gumpalan: Gumpalan yang terbentuk dalam darah nifas biasanya lebih kecil daripada gumpalan darah haid. Gumpalan nifas yang besar dan berpanjangan mungkin memerlukan penilaian lanjut oleh doktor.
  • Perubahan Warna dan Ketekalan: Jika bekuan darah nifas mempunyai warna dan konsistensi yang berubah dari semasa ke semasa (contohnya, daripada merah jambu kepada kuning atau putih), ia boleh menunjukkan bahawa badan anda sedang dalam proses penyembuhan normal.
  • Tiada Bau Luar Biasa: Gumpalan darah nifas yang normal seharusnya tidak mempunyai bau yang luar biasa atau tidak menyenangkan. Jika bekuan darah mempunyai bau yang aneh, ia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.
  • Kekejangan Ringan: Kadangkala, bekuan darah nifas yang dikeluarkan mungkin disertai dengan kekejangan perut ringan atau rasa tidak selesa yang normal selepas bersalin.

Darah Istihadah

Darah istihadah adalah istilah dalam Islam yang merujuk kepada darah yang keluar dari rahim wanita selain daripada darah haid (haid) dan darah nifas.

Darah istihadah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti gangguan hormon, keadaan perubatan tertentu, atau faktor lain. Darah istihadah umumnya tidak mempunyai corak atau kitaran tertentu seperti haid.

Hukum darah istihadah dalam Islam adalah seperti berikut:

  • Solat: Wanita yang mengalami darah istihadah tetap diwajibkan solat mengikut waktu yang ditetapkan. Bagaimanapun, mereka perlu menunggu sehingga darah berhenti dan membasuh diri sebelum solat. Selepas membersihkan diri dan mandi besar (junub), mereka boleh solat.
  • Puasa: Darah istihadah tidak membatalkan puasa. Wanita yang mengalami darah istihadah masih boleh berpuasa pada bulan Ramadan atau puasa sunat yang lain selagi tidak mengalami darah haid atau darah nifas.
  • Hubungan Suami Isteri: Wanita yang mengalami darah istihadah dibenarkan menjalinkan hubungan suami isteri tanpa sebarang larangan khusus. Bagaimanapun, mereka dinasihatkan untuk membersihkan diri sebelum melakukan hubungan intim.
  • Perceraian: Darah istihadah tidak menjejaskan status perkahwinan atau talak (cerai).

Bila Datang Haid Pertama Selepas Bersalin

Hasil pemerhatian yang pernah dilakukan oleh WHO, durasi jangka masa haid selepas bersalin secara umumnya ialah antara 4 hingga 10 bulan, namun ia boleh juga mencapai 15 hingga 18 bulan selepas bersalin.

Durasi period mselepas bersalin juga mungkin akan kembali boleh mencapai 18-24 bulan jika ibu menyusukan anak mereka secara esklusif.

Penyusuan ibu secara esklusif juga boleh menjadi perancangan kelahiran semulajadi (natural birth control). Perkara utama yang mempengaruhi durasi kembalinya haid selepas bersalin ialah hormon progesteron dan hormon prolaktin.

Faktor utama penyebab gangguan haid ialah ketidakseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, apabila ibu menyusukan anak secara esklusif, dia lebih cenderung untuk tidak mendapat haid kerana terjadinya Hiperprolaktin.

Hiperprolaktin ialah situasi apabila kadar hormon prolaktin dalam darah menjadi lebih tinggi daripada kadar yang normal. Namun, jika ibu menyusu sudah mendapat haid yang normal, ini bermakna dia sudah kembali memasuki fasa subur.

Jika ingin merancang kehamilan yang seterusnya, hendaklah segera mencari bantuan perancangan keluarga yang alternatif.

Semoga artikel ini bermanfaat!

  1. Dr Zubaidi Ahmad (August 10, 2018). Darah nifas berhenti selama 15 hari. www.facebook.com/story.php?story_fbid=1934629156557150&id=185816391438444&_rdr
  2. webmd (December 3, 2021). Vaginal Bleeding After Birth: When to Call a Doctor. www.webmd.com/women/vaginal-bleeding-after-birth-when-to-call-doctor#
  3. Jabatan Mufti Negeri Sembilan (n.d.). Darah Nifas. muftins.gov.my/2019/06/24/darah-nifas/

Baca juga: Tumpah Darah Nifas Boleh Bawa Maut! Ini Cara Kenal Nifas Normal & Tak Normal

Baca juga: Niat Mandi Nifas & Cara Mandi Wajib Yang Lengkap Buat Para Ibu Selepas Bersalin

Baca juga: Sakit Perut & Keluar Darah Ketika Mengandung, Ibu Hati-Hati Ia Mungkin Tanda Keguguran!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!