''Kalau Betul Haid, Tunjuklah Darah Tu,'' Kisah Benar Guru Minta Bukti Pelajar Datang Bulan

Datang bulan adalah perkara normal dihadapi oleh wanita. Sedar ataupun tidak, ada segelintir pihak sekolah dikatakan membuli pelajar dengan minta 'bukti'.

Kenangan ketika zaman persekolahan adalah yang paling tidak dapat dilupakan. Dari situlah anda belajar mengenai pengalaman hidup, hubungan dengan guru dan rakan sebaya. Bagi pelajar wanita, saat datang bulan adalah mendebarkan kerana risau ‘bocor’ sehingga melekat pada baju sekolah yang berwarna putih.

Bermula dari awal pagi, sehinggalah ke petang bukanlah waktu yang mudah untuk dilalui. Antaranya anda mungkin terpaksa menahan sakit senggugut, kesukaran menukar tuala wanita dan kurang aktif ketika di sekolah.

Pengalaman pelajar datang bulan perlu buktikan pada guru

credit to sources

Mungkin bagi zaman dulu-dulu dianggap biasa dan lumrah kehidupan sebagai pelajar, namun pada waktu kini ada kalangan ibu ayah dan pelajar meminta pandangan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tentang ada sekolah tertentu yang memaksa pelajar perempuan Muslim menunjukkan darah haid kepada guru atau pengawas sekolah.

Sememangnya ada waktu solat jemaah seperti Zuhur telah ditetapkan oleh pihak sekolah, manakala bagi pelajar yang uzur (datang bulan) perlu diasing dan diperiksa oleh guru yang bertugas bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan.

Kisah ini menjadi hangat apabila seorang pengguna laman Twitter, @nalisaaliaamin berkongsikan masalah itu dan meminta mangsa yang berdepan situasi yang sama menceritakan pengalaman masing-masing dengan jaminan bahawa identiti dilindungi.

Mengimbas kembali minggu orientasi di universiti, dia mengatakan pernah diberikan beberapa keping tisu untuk membersihkan darah haid dan bungkusan tuala wanita sebagai ‘bukti’.

Pengalaman pahit pelajar perempuan ketika datang bulan

Manakala ada gadis lain mendedahkan bahawa para ustazah di sekolahnya sanggup melakukan pemeriksaan di bahagian bawah punggung bagi memastikan mereka memakai tuala wanita.

Di sekolah yang lain, guru akan meminta pelajar perempuan Muslim untuk berbaris dan menanggalkan seluar dalam bagi menunjukkan adanya darah haid yang keluar.

credit to sources

”Saya tidak menyangka ia sebagai gangguan seksual sehingga kemudian perkara ini secara jujurnya boleh menganggu ketenteraman pelajar yang melalui proses pembelajaran di sekolah atas nama agama.” jelas salah seorang wanita.

Agak menyedihkan bahawa bukan sahaja pelajar perempuan sahaja menjadi mangsa atas tindakan ini. Seorang pelajar lelaki turut memberitahu Nalisa bahawa dia pernah berdepan pengalaman ‘spot check’ di dewan utama dan dihadapan ramai pelajar lain termasuklah perempuan.

”Cikgu akan meraba-raba bahagian alat sulit kami bagi pemeriksaan telefon bimbit. Mereka juga memegang kemaluan untuk memastikan pelajar tidak menyorokkan telefon dalam seluar kecil,” kongsinya.

Ibu ayah ada mengadukan masalah guru ini kepada bahagian Kementerian Pendidikan, namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil. Sebenarnya guru itu masih bertugas di sekolah dan telah dinaikkan pangkat sebagai guru disiplin.

Guru disiplin lelaki tawarkan diri untuk periksa pelajar yang datang haid

credit to sources

Seorang pelajar perempuan berkata semasa berada di sekolah rendah, dia tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai datang bulan dan dimalukan di depan rakan-rakan sekelas ketika keluar darah secara tiba-tiba.

Ketika mengadu kepada cikgu, bukannya membantunya malah dia menjerit di dalam kelas mengatakan, ”Kalau dah tahu bawah tu nak berdarah, tak bawa pads kenapa?”

”Masa tu sedih sangat. Rasa malu bila kawan-kawan dalam kelas ketawa. Kemudian saya ambil sapu tangan untuk cover darah yang keluar banyak sehingga bocor.”

”Cikgu tu pula boleh lagi cakap, eh punggung berdarah datang sini. Dia siap suruh pusing, semua satu kelas dah ketawa. Dia sanggup malukan saya dahulu, barulah hulurkan sekeping tuala wanita.”

Bagi kisah yang lain, seeorang lagi netizen berkongsi bahawa seorang pelajar perempuan tidak solat jemaah memutuskan untuk menyertai rakan-rakannya menunggu di ruang surau. 

Seterusnya datang guru lelaki secara tiba-tiba berada di situ dan bertanyakan kenapa mereka tidak solat bersama dengan menunjukkan rotan yang ada di tangan.

”Betul ke awak datang period? Nak saya periksa satu persatu ke?”

”Pertanyaan ini agak kasar dari seorang guru lelaki kepada pelajar perempuan. Dia kemudiannya telah dipecat dan dipindahkan ke sekolah yang lain,” kongsinya.

Pengalaman memalukan ini turut dirasai oleh seorang gadis yang menceritakan rakannya datang haid sewaktu usia 11 tahun. Ketika aktiviti sukan sekolah rendah, rakannya memakai bralette, namun telah diusik oleh guru lelaki dan perempuan kerana puting payudaranya muncul pada baju sekolah.

Disebabkan itu, rakannya tidak datang ke sekolah selama berminggu-minggu kerana trauma akan kejadian itu. Dia juga enggan menyertai sukan walaupun sebenarnya seorang olahraga harapan sekolah.

Sumber: World of buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tidak Datang Haid, Tapi Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung