Perbezaan Daun Sup & Daun Ketumbar, Nak Masakan Sedap Kena Tahu 6 Perkara Ini

Daun sup sering digunakan dalam masakan seharian bagi membangkitkan lagi aroma dan kesedapan hidangan. Namun ia berbeza dengan daun ketumbar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam menyediakan sesuatu hidangan, bahan yang dipilih amat memainkan peranan penting bagi menentukan rasa dan kualiti. Penggunaan herba seperti ketumbar atau daun sup boleh membuatkan masakan anda lebih sedap serta wangi.

Sekiranya ingin memasak tomyam ataupun sup, semestinya dua daun ini wajib ada sebagai pelengkap hidangan. Barulah seisi keluarga dan tetamu berselera untuk makan lebih banyak.

Perbezaan daup sup dan daun ketumbar

Bagi yang jarang masuk dapur atau baru belajar memasak, pastinya agak keliru untuk membezakan daun sup dan daun ketumbar disebabkan oleh ia kelihatan sama.

Perkongsian seorang blogger, Bella Jamal telah menyenaraikan beberapa perbezaan antara kedua-dua jenis daun ini.

Masa memula nak belajar masak, Kak Bell pun nampak sama aje pokok ni. Cuma memang notis ada perbezaan terutama baunya.

Dah tambah pulak semua daun herba ni lebih kurang sama aja kan. Kalau diikutkan daun sup, daun ketumbar dan daun seleri ni memang nampak sama macam adik-beradik. Sekali pandang memang tak perasan langsung apa beza antara kedua-duanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Nama/Label Di Pasaraya

Sebenarnya ada beberapa nama lain bagi kedua-dua daun ini yang biasa digunakan pada labelnya.

  • Daun Sup in English: Juga dilabel sebagai Celery Leaves / Chinese Celery (Petroselinum crispum)
  • Daun Ketumbar in English: Juga dilabel sebagai Coriander Leaves / Cilantro (Coriandrum sativum)

2. Beza Akar

Kebiasaannya daun sup dan daun ketumbar ni dijual sekali dengan akarnya. Jadi lebih mudah nak membezakan antara keduanya. Cara yang paling mudah untuk kita kenal perbezaan kedua-dua daun ni adalah melalui akar.

  • Daun Sup : Daun sup biasanya mempunyai akar yang kecil dan jenis akarnya berserabut dan banyak.
  • Daun Ketumbar : Daun ketumbar akarnya bersaiz lebih besar (satu akar yang besar di tengah) dan jenis akar seakan-akan akar tunjang.

3. Beza Batang & Daun

Kalau bahagian akar telah dibuang/dah dipotong, kita boleh tengok juga pada struktur daun dan batangnya. Walaupun gak susah nak bezakan, tetapi masih ada perbezaan antara keduanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Daun Sup : Mempunyai batang yang lebih panjang dan gemuk jika dibandingkan dengan batang daun ketumbar.
  • Bentuk daun sup adalah lebih besar dan warna hijaunya lebih jelas berbanding daun ketumbar
  • Daun Ketumbar : Mempunyai batang yang lebih pendek dan kurus jika dibandingkan dengan batang daun sup.
  • Daun ketumbar berbentuk lebih kecil dan warna hijaunya lebih muda berbanding daun sup.

4. Perbezaan Bau

Cara paling mudah nak kenal mana daun sup dan daun ketumbar adalah dari segi bau atau aromanya.

  • Daun Sup : Daun sup biasanya ada aroma yang grassy dan lebih mild atau baunya lebih lembut.
  • Daun Ketumbar : Daun ketumbur mempunyai bau yang agak tajam dan seolah-olah bau serangga. Sesetengah orang tidak berapa suka dengan bau ni tetapi aromanya masih berbau segar sitrus.

5. Kegunaan Dalam Masakan

Dari segi kegunaan, biasanya daun sup lebih universal dalam masakan Melayu. Daun ketumbar ni tak berapa ramai yang pakai kecuali untuk masak beberapa jenis masakan tertentu, terutamanya tomyam. Daun ketumbar juga biasanya digunakan dalam masakan Thai atau India.

  • Daun Sup : Daun sup biasanya digunakan dalam masakan Melayu. Juga untuk menghias makanan seperti mee goreng atau nasi goreng. Seperti baunya, rasa daun sup juga tidak begitu kuat dalam masakan.
  • Daun Ketumbar : Ia mungkin kurang digunakan dalam masakan Melayu, namun daun ketumbar amat popular dalam masakan India atau hidangan Thai seperti tomyam, kerabu atau nasi ayam Thai.

6. Perbezaan Rasa

Ketumbar (atau ketumbar) mempunyai rasa yang lebih kuat, mengingatkan anda tentang serai herba. 

  • Daun Sup : Rasa daun sup tidak terlalu pahit.
  • Daun Ketumbar : Rasa daun ketumbar lebih kuat dan menyengat

Khasiat daun sup untuk kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua ini memiliki khasiat tersendiri, jadi tak salah pun kalau kita menggunakan yang mana-mana daun dalam masakan, asalkan kena dengan selera masing-masing.

Berikut beberapa khasiat daun sup untuk kesihatan diri:

#1. Mencuci buah pinggang

Sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang. Amalkan minum air rebusan daun sup segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.

#2. Mengatasi masalah mata kering

Tumbuk daun sup, daun bayam dan daun kelor sehingga halus, kemudian campurkan sedikit garam dan satu cawan air. Gaul dan tapis. Minum tiga kali sehari

#3. Jadi penawar batuk

Rebus daun sup bersama batang dan akar bersama tiga gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari bersama madu lebah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Meningkatkan ketahanan tubuh

Setiap 100 gm daun sup mempunyai nilai tenaga sehingga 18 kalori. Vitamin C yang terkandung di dalamnya menguatkan sistem imun.

Membuatkan tubuh lebih tahan terhadap penyakit baru. Dengan syarat, daun sup ini dimakan mentah sebagai ulam-ulaman.

#5. Penawar penyakit buah pinggang

Tumbuhan ini memiliki sifat diuretik yang berguna untuk permasalahan buah pinggang dan masalah jantung. Kisar akar daun sup dan amalkan setiap hari.

#6. Mengawal kencing manis

Daun sup mempunyai sifat mengurangkan kadar gula dalam darah. Malah, ianya merupakan ramuan ideal untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan.

#7. Sistem perkumuhan

Biji benih daun sup diamalkan, membantu menyingkirkan air berlebihan dalam badan. Malah, ianya digunakan sebagai perangsang untuk membuang air besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#8. Menurunkan tahap kolesterol

Amalkan makan daun sup dalam diet harian kerana daun ini mampu merendahkan tekanan darah dan kolesterol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

Cara simpan daun sup agar tahan lama

  1. Pilih daun yang segar jangan basuh dan perlu simpan kering
  2. Masukkan dalam bekas kering dan kedap udara
  3. Check semula selepas 4 hari dan buang daun yang berubah warna/kuning/rosak
  4. Boleh guna kaedah ini untuk ‘frozen’

Untuk kaedah ‘frozen’, anda boleh guna cara ini untuk pokok herba-herba lain seperti daun kesum, daun limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.

  • Basuh bersih daun
  • buang sisa pasir dan tunggu kering
  • Kemudian simpan dalam bekas/container seperti bekas dadih atau bekas kecil
  • Tuang air sampai menutupi daun-daun tadi dan frozenkan di bahagian ais.

Cara penyimpanan yang salah

  1. Jangan rendam akar dan masuk dalam bekas yang sama
  2. Ianya tidak tahan lama sebab akar cepat reput dan busuk
  3. Simpan biasa dalam freezer
  4. Simpan dalam beg ziplock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa Khasiat Daun Sup Untuk Ibu Hamil? Ia Boleh Kurangkan Tekanan Darah Tinggi!

Baca juga: Sup Antibiotik Ini Boleh Turunkan Suhu Demam Anak & Cairkan Kahak, Cukup Mudah Untuk Ibu Cuba!

Baca juga: 7 Jenis Pokok Keladi Beracun Yang Ramai Ibu Tidak Tahu, Bahaya Pada Bayi & Kanak-Kanak