Ada pelbagai cara untuk menaikkan seri sesebuah rumah. Ia termasuklah mencantikkan kawasan sekitar dengan pokok hiasan luar rumah. Pasti rumah anda nampak sedap mata memandang.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa pokok membawa banyak manfaat untuk manusia. Bukan nampak cantik dan menenangkan sahaja, tetapi ia juga mampu membersihkan udara dan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Pokok Hiasan Luar Rumah, Tahan Panas & Cantik
Landskap pokok hiasan luar rumah yang simple tetapi kreatif akan memberi kesan baik kepada penghuninya. Tidak perlu terlalu padat dengan pokok, apa yang penting ia haruslah pokok hiasan luar rumah tahan panas. Jika tidak pokok anda akan mudah rosak.
Selain itu pilihan pokok bunga hiasan luar rumah juga memainkan peranan dan pastikan pemilihan itu kena dengan konsep rumah anda.
1.Fiddle Leaf Fig
Pokok ini boleh tahan panas. Daunnya mempunyai struktur dan bentuk yang unik serta boleh tumbuh dengan lebat. Ia memerlukan cahaya matahari penuh.
2. Lidah Jin
Juga dikenali sebagai pokok lidah mak mertua dan amat mudah untuk dijaga. Pokok ini memerlukan cahaya matahari yang penuh. Siraman air yang kerap yang boleh membunuhnya.
3.Bunga Kertas
Pokok ini mudah dijaga dan senang tumbuh. Terdapat banyak pilihan warna seperti kuning, ungu, putih dan merah jambu.
4. Pokok HDuit-Duit
Amat senang untuk dijaga kerana tidak memerlukan banyak cahaya matahari dan akan masih tumbuh dengan subur. Bila dapat cahaya matahari penuh di luar rumah pula ia boleh tumbuh dengan agak besar. Ia juga boleh menjalar di dinding rumah yang akan menampakkan efek seni dan mengagumkan.
5.Bunga Raya
Ini adalah bunga kebangsaan kita. Terdapat dalam pelbagai warna seperti kuning, putih namun yang paling popular adalah merah.
6.Getah (Ficus Elastica)
Pokok ini mempunyai daun berwarna hijau dan merah yang gelap dan memerlukan cahaya matahari terang.
7.Kaktus
Bila membeli pokok kaktus, pastikan anda bertanya dengan penjual cara untuk menjaganya kerana pokok kaktus pun boleh mati kalau tidak dijaga dengan betul. Jika bertuah, kaktus anda boleh mengeluarkan bunga.
8. Pokok Hiasan Luar Rumah – Lidah Buaya (Aloe Vera)
Pokok lidah buaya tidak perlu disiram dengan kerap dan memerlukan cahaya matahari yang terang.
9. Pokok Hiasan Luar Rumah – Paku Langsuir (Bird’s Nest Fern)
Pokok ini secara semulajadinya boleh tumbuh di permukaan tumbuhan lain.
10. Bunga Akar Kuning
Dikenali juga sebagai Bunga Akar Cempaka Kuning, Bunga Loceng, dan Bunga Allamanda Kuning. Ia hidup dengan subur di kawasan terik cahaya matahari dan tanah lembap.
11.Pokok Hiasan Bunga Siantan (Ixora)
Pokok ini terkenal dalam kalangan kanak-kanak zaman dulu. Mereka akan cabut dan menghisap hujungnya. Rasa manis!
12.Bunga Ros
Pokok ini akan hidup lama jika betul gaya penjagaannya. Dapatkan tips supaya ia tidak mudah mati dan cepat berbunga.
13.Telinga Kera
Tumbuhan ini memerlukan cahaya Matahari yang sederhana, tetapi secara terus dan memanjang. Jadi ia sesuai untuk diletakkan di dalam rumah juga. Ia juga boleh hidup dengan hanya diletakkan di dalam air.
14.Pokok Hiasan Luar Rumah – Kiambang
Juga dikenali sebagai water lettuce. Tumbuhan ini tidak memerlukan cahaya Matahari yang banyak, tetapi pH air itu mestilah di antara 6.5 hingga 7.2.
15.Paku Boston
Pokok ini boleh meningkatkan kualiti udara, jadi kalau anda duduk di bandar, memang sesuai untuk tanam pokok ini.
16.Keladi
Terdapat banyak jenis pokok keladi yang boleh ditanam, seperti keladi Liliput, keladi White Wing dan keladi White Galaxy.
17. Pokok Hiasan Luar Rumah – Ati-ati
Penjagaan pokok ini senang dan mudah beranak-pinak.
18.Periuk Kera
Kalau rumah anda jenis banyak serangga seperti lalat, pokok ini dapat memerangkapnya.
19.String of Pearls
Sesuai digantung di halaman rumah anda. Penjagaannya pun senang dan tidak memerlukan banyak cahaya matahari.
20.Lemon
Pokok lemon, limau atau oren sesuai sangat untuk dijadikan pokok hiasan luar rumah. Bentuk pokok ini serta daunnya yang rimbun akan memberi kesan hiasan menarik pada rumah anda.
21. Pokok Hiasan Luar Rumah – Bunga Telang
Bunga telang yang dikeringkan boleh dijadikan minuman dan berkhasiat untuk pertumbuhan rambut anda. Ia juga biasa digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi
Baca juga: 11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!
Baca juga: Hiasan Daun Tanaman Mencantikkan Rumah Tapi Ada Pokok BERACUN!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!