Sebaik sahaja bayi semakin membesar, ibu yang cuti bersalin mungkin mempertimbangkan untuk hantar si kecil ke pusat jagaan harian atau day care.
Pemilihan pusat jagaan atau daycare ini perlulah mengambil kira pelbagai faktor sebelum anda kembali bekerja seperti biasa. Paling penting, lokasinya berdekatan dengan rumah dan harga yuran bulanan mampu ditanggung oleh ibu ayah.
Perlukah ibu hantar anak ke pusat jagaan atau day care?
Bagi anda yang baru pertama kali menimang cahaya mata, sudah tentu keputusan menghantar anak ke pusat daycare adalah sesuatu begitu berat.
Malah, ada yang dilema dan berfikiran negatif memandangkan banyak kes berkaitan pusat jagaan kerap berlaku sehingga meragut nyawa bayi. Bagi mengurangkan ketakutan ini, adalah penting untuk anda meneliti terlebih dahulu pilihan pusat jagaan berdekatan.
Jika perlu, dapatkan review dari ibu ayah lain yang telah menghantar anak mereka ke tempat yang sama. Nanti legalah sedikit kegusaran yang ada di hati.
Secara umumnya, kebanyakan day care atau pusat jagaan tidak akan mengambil bayi di bawah usia 6 minggu. Bukan itu sahaja, kemudahan yang ada juga tidak lengkap bagi mengendalikan bayi pramatang atau mempunyai masalah perubatan khusus.
Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila ingin hantar bayi ke day care
Waktu yang sesuai untuk mula menghantar anak ke taska adalah keputusan peribadi yang mungkin bergantung pada banyak faktor, termasuklah:
- Tempoh cuti ibu ayah
- Keupayaan pasangan anda untuk mengambil cuti
- Tanggungjawab kewangan
- Sama ada anda mempunyai pilihan penjagaan anak lain, seperti ahli keluarga
Usia yang sesuai untuk hantar anak ke pusat jagaan atau day care
Pakar bersetuju bahawa lebih panjang usia anak adalah lebih baik. Hal ini adalah untuk membolehkan anda membina ikatan yang selamat dengan anak, menetapkan rutin tidur, penyusuan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama.
Namun, bagi ibu ayah yang bekerja dan cuti tanpa gaji, menunggu sehingga bayi besar bukanlah satu pilihan yang mudah.
Walau bagaimanapun, terdapat cara lain untuk memastikan bayi yang baru lahir ini mendapat penjagaan yang baik semasa anda bekerja.
Kebanyakan pakar berpendapat bahawa usia 12 bulan adalah masa yang optimum untuk memindahkan bayi ke pusat jagaan harian. Hal ini kerana lazimnya kemuncak bayi agak sukar untuk berpisah dengan ibu ayah adalah pada usia 9 bulan.
Tetapi apa yang mereka tidak ambil kira ialah setiap kanak-kanak adalah unik. Karenah dan sikap mereka biasanya bergantung pada persekitaran dan situasi.
Bolehkah bayi sesuaikan diri dengan jadual pusat jagaan atau day care?
Untuk bulan pertama, setiap anak mungkin akan menangis apabila menyedari ibu hilang dari pandangan. Lebih-lebih lagi penjaga di daycare adalah wajah yang si manja tidak kenali.
Namun anda jangan risau dan sentiasalah pegang naluri ibu bahawa anak akan baik-baik sahaja di pusat jagaan. Biasanya pihak pusat jagaan harian telah menetapkan rutin tidur, mandi dan menyusu.
Jika anak sudah terbiasa lebih awal dengan jadual di daycare, mereka secara automatiknya akan tahu bila waktu untuk tidur, bermain atau menyusu.
Jenis pusat jagaan harian bayi
Anda mempunyai beberapa pilihan mengenai penjagaan harian untuk bayi anda. Walaupun kebanyakan pusat jagaan sukar menerima bayi bawah usia 6 bulan, ada beberapa jenis penjagaan harian lain yang mungkin bersedia menerima si manja pada usia lebih awal.
-
Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Pusat jagaan kanak-kanak menawarkan penjagaan dan penyeliaan di kemudahan mereka untuk kumpulan bayi dan kanak-kanak, yang sering dibahagikan mengikut umur.
Faedah pusat jagaan kanak-kanak:
- Pusat ini tidak tutup sekiranya guru atau pembantu sakit atau kecemasan.
- Mereka mesti memenuhi keperluan pelesenan negeri untuk kebersihan dan keselamatan.
- Anak dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain, yang bagus untuk perkembangan sosial.
- Anak akan terbiasa dengan rutin berstruktur dengan segala-galanya berlaku pada masa yang ditetapkan pada siang hari.
Pusat jagaan kanak-kanak ialah pilihan penjagaan kanak-kanak yang paling formal, kerana mereka biasanya mempunyai masa penghantaran dan pengambilan yang tetap, peraturan tentang sama ada kanak-kanak yang sakit boleh dibawa ke pusat asuhan, dan bayaran tambahan untuk perkhidmatan tertentu.
-
Rumah pengasuh
Juga dikenali sebagai jagaan harian di rumah, tetapan jenis ini serupa dengan pusat jagaan kanak-kanak kerana bayi anda akan berada dalam persekitaran kumpulan lebih kecil.
Walau bagaimanapun, mereka akan dijaga di rumah pengasuh dan mungkin berada dalam persekitaran yang kurang berstruktur berbanding pusat jagaan kanak-kanak.
Kelebihan tinggal anak di rumah pengasuh adalah:
- Cenderung lebih murah daripada pusat jagaan kanak-kanak
- Persekitaran seperti rumah di mana bayi anda mendapat perhatian daripada orang dewasa yang prihatin dan melihat kanak-kanak yang berbeza umur
- Mungkin lebih fleksibel dengan jadual ibu ayah, membolehkan anda menghantar atau mengambil pada masa yang berbeza
- Sesetengah rumah pengasuh menawarkan penjagaan sambilan
Di rumah pengasuh biasanya mereka mendapat banyak perhatian daripada seorang pengasuh, jadi penjagaan harian di rumah boleh menjadi ideal bagi kategori bayi bawah 12 bulan.
-
Ambil pengasuh dan bekerja di rumah anda
Bagi ibu ayah yang berkemampuan boleh mendapatkan seorang pengasuh di rumah. Mereka boleh tingga bersama atau datang setiap hari mahupun mengikut keperluan anda.
Ramai ibu bapa yang bekerja dari rumah memilih untuk menjaga bayi mereka oleh pengasuh supaya bayi mereka boleh berada dekat sepanjang hari. Dengan lebih banyak pekerjaan di rumah yang tersedia berbanding sebelum ini, pengasuh menjadi semakin popular.
Kelebihan menggunakan khidmat pengasuh ini adalah anda tidak perlu kelam kabut siapkan anak dan memandu keluar untuk menghantarnya.
Faedah mengambil pengasuh:
- Fleksibiliti yang lebih besar dengan penjadualan
- Lebih banyak kawalan ke atas jenis penjagaan yang diterima oleh anak
- Perhatian individu untuk bayi anda
- Konsistensi dan kesinambungan penjagaan yang lebih baik
- Kemudahan untuk anda dan anak
Walau bagaimanapun, mengupah pengasuh selalunya merupakan cara paling mahal untuk menguruskan penjagaan bayi kerana anda perlu membayar lebih untuk si manja mendapat perhatian individu.
Satu perkara yang perlu dipertimbangkan semasa mengupah pengasuh ialah jika mereka sakit atau mengalami masalah pengangkutan, anda mungkin perlu menukar jadual atau mengatur urusan penjagaan anak pada saat-saat akhir.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah 5 Jenis Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!
Baca juga: Perbezaan Taska Dan Tadika Untuk Anak, Ini Info Lengkap Bagi Mengelakkan Ibu Ayah Keliru
Baca juga: Calar-Balar Muka Anak Kena Cakar Di Taska, Guru Bagi Alasan ‘Tak Sempat’ Leraikan Keadaan