Semua ibu bapa pasti rasa sedih dan kecewa apabila terbaca kes jururawat dera bayi baru lahir yang masih berada di wad unit rawatan rapi ini.
Sungguh tidak disangkakan orang yang kita amanahkan untuk menjaga orang yang disayangi, mampu melakukan perbuatan keji ini.
Baru-baru ini, muncul lagi kes dera bayi baru lahir di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital UnityPoint-Meriter di Wisconsin, Amerika Syarikat. Menurut laporan, sebanyak 5 bayi baru lahir telah didera sehingga cedera teruk pada bahagian tengkorak, tulang rusuk, dan seorang lagi patah lengan akibat jururawat ini.
Pihak hospital hanya sedar mengenai kejadian terbabit apabila seorang kakitangan NICU ternampak kesan lebam pada lengan seorang bayi di situ.
Pada mulanya doktor ingat lebam-lebam itu akibat selimut yang dibalut terlalu ketat ataupun tiub IV. Tetapi apabila mereka mendapati lebam di muka bayi itu pada hari keesokkannya, kakitangan NICU telah menjalankan pemeriksaan lanjut.
Imbasan CT kemudian mengesahkan tengkorak bayi itu telahpun retak dan tulang lengannya telahpun patah.
Siasatan masih berterusan.
Mengapa kes dera bayi baru lahir ini tidak dikesan awal?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Critical Care , sebanyak 4.6% kematian bayi disebabkan oleh kecederaan yang tidak disengajakan.
Bayi yang terpaksa diwadkan di unit rawatan intensif (ICU) biasanya bayi yang sangat lemah yang memerlukan penjagaan 24jam. Mereka sering dilahirkan dengan masalah pernafasan, gangguan jantung, jangkitan, masalah genetik, akibat dilahirkan pramatang.
Bayi-bayi inilah yang memerlukan penjagaan lembut dan amat merisaukan untuk membaca tentang kes-kes seperti ini.
Cara untuk menghalang kes dera bayi baru lahir dari berlaku
Menurut ahli psikologi forensik Katherine Ramsland, tidak semua orang ada niat untuk membantu dan menjaga orang sakit apabila mereka memilih untuk menjadi jururawat.
Dr Ramsland mendakwa ada yang hanya ingin menjadi jururawat semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan kawalan ke atas orang lain. Oleh itu apabila pihak hospital menemuduga calon yang berpotensi, pemeriksaan latar belakang yang penuh haruslah dipentingkan:
- Pernahkah calon-calon ini mempunyai sejarah tidak dapat menghadapi tekanan ataupun masalah psikologi?
- Pernahkah calon-calon ini berkelakukan agresif terhadap pesakit atau menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil?
- Dapatkah mereka menerima tekanan tinggi yang dihadapi di hospital setiap hari?
Dengan memberi perhatian kepada tanda-tanda awal, pihak hospital dan klinik boleh menghalang kes dera bayi baru lahir serta kejadian lain yang tidak diingini.
Mereka yang ditugaskan untuk menjaga mereka yang tidak berdaya tidak boleh memberi alasan kerana mereka sedang mengalami masalah di rumah, keletihan, ataupun rasa marah kerana tertekan.
Tanggungjawab seorang yang menguruskan jagaan pesakit yang bergantung sepenuhnya pada mereka adalah tanggungjawab yang besar.
Kebanyakkan masanya emosi sendiri perlu diketepikan supaya fokus boleh diberikan kepada penjagaan dan rawatan mereka yang memerlukannya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Chicago Tribune , CBS News, The Washington Post, Psychology Today
Baca juga:
my.theasianparent.com/kanak-kanak-didera-di-taska/