Bayi Dalam Keadaan Dibedung Telah Ditekup Dan Dihempas Kepalanya, Lagi Kes Dera Bayi Di Tempat Asuhan

Lagi kes dera bayi. Kali ini seorang pengasuh berusia 21 tahun dilihat menekup dan menghempas kepala bayi yang dibedung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru sahaja selesai pendakwaan kes dera Bella, sekarang ini kecoh dengan kes dera seorang bayi di dera oleh pengasuh juga. Berita ini amat memilukan serta membimbangkan buat para ibu bapa sekarang ini kerana mempunyai perasaan susah untuk mempercayai mana-mana tempat asuhan untuk mengasuh anak masing-masing.

Seorang pengasuh berusia 21 tahun, di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) terletak di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru dilaporkan telah tergamak mendera seorang bayi di bawah jagaannya. 

Menurut perkongsian peguam Tuan Mahmud Jumaat yang memuat naik satu tweet menerusi akaun Twitter @MySamudera.my, pengasuh tersebut dilihat telah menekup dan menghempas kepala bayi yang dalam bedungan itu.

Bukan itu sahaja, wanita muda tersebut juga dikatakan telah berulang kali meniup hidung dan mulut bayi itu sehingga menyebabkan bayi itu menangis. Dimaklumkan yang ibu kepada bayi itu juga mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital ke atas bayinya itu selain daripada melaporkan kepada pihak polis.

Dikatakan yang pemilik tempat asuhan itu juga adalah seorang yang berpengaruh. Namun, bagi Tuan Mahmud, dia percaya yang pemilik taska itu juga tidak boleh menerima kes penderaan sebegini berlaku di dalam taskanya dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Selain itu, Tuan Mahmud juga meminta orang ramai untuk tidak mengecam si perakam video yang tular tersebut kerana percayalah yang individu tersebut sudah beberapa kali memberi nasihat kepada si pelaku, namun gagal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Akibat kesukaran untuk mendapatkan bukti kes penderaan, perakam perlu merakam sebagai bahan bukti untuk pihak ibu bapa membuat laporan polis agar pendera kejam tersebut tidak terlepas daripada jenayah yang dilakukan.  “Kali ini saya ingin mengajak mana-mana pihak yang pernah menghantar anak ke taska ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana khuatir mungkin ada kecederaan dalaman atau pernah didera oleh pengasuh durjana ini,” tambahnya.

Terkini, pengasuh tersebut dikatakan telah direman selama empat hari. Pengasuh itu dilaporkan telah membuat penderaan ke atas dua orang bayi dan tindakannya itu telah sempat dirakam di dalam dua klip video berdurasi 48 saat dan 39 saat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam salah satu video yang tular itu, pengasuh itu dilihat telah menjerit, meludah, dan memukul bayi yang sedang menangis. Manakala di dalam satu lagi video boleh dilihat yang pengasuh tersebut menggunakan kekerasan ke atas bayi yang juga sedang menangis.

Kes itu sekarang disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa kepada penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Semoga keadilan dapat dicapai.

mStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Perbuatan Tanpa Sedar Kita Sedang Dera Anak, Kalau Rasa Ada Buat Segeralah Berubah Parents!

Baca juga: Kasihan! Budak 10 Tahun Didera Ibu Kandung & Ditinggalkan Di Pulau Tikus

Baca juga: Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Membawa Maut, Ibu Ayah Kena Alert Perubahan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad