Wanita Ini Kongsi Cara Derma Baju Terpakai Di H&M, Pakaian Yang Tiada Jenama Pun Boleh!

Derma baju terpakai anda di butik ternama ini dan dapatkan baucar potongan harga sebanyak 15 peratus. Pakaian tiada jenama pun diterima

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila tiba masa untuk mengemas almari pakaian, baru kita perasan sebenarnya ada banyak baju yang sudah tidak lagi dipakai. Mahu dibuang, sayang pula. Jadi, penyelesaiannya adalah dengan derma baju terpakai tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Tetapi, di mana tempat sesuai untuk dermakan pakaian ini? Menerusi perkongsian seorang wanita melalui akaun Facebook, @Puan Zee, dia kongsikan tempat di mana dia mendermakan semua pakaian terpakainya.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Ramai masih tidak tahu boleh derma baju di H&M
  • Derma baju terpakai di H&M boleh dapat baucar
  • Selain H&M, anda boleh derma baju terpakai di tempat ini juga

Ramai masih tidak tahu boleh derma baju di H&M

Menerusi perkongsian @Puan Zee, dia dan suaminya bersama mengemas rumah dan hasilnya, mereka berjaya mengumpulkan dalam sembilam beg yang berisi baju terpakai.

Dia dan suaminya mengambil keputusan untuk mengitar semula semua pakaian tadi di H&M. Pasti ramai yang tidak tahu bahawa H&M menyediakan servis ini di butik mereka.

Tambahnya lagi, dia telah kongsikan videonya di H&M di platform TikTok dan telah berjaya meraih 50k tontonan dalam masa dua jam.

Menurutnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa H&M menyediakan khidmat kitar semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Derma baju terpakai di H&M boleh dapat baucar

Sejak perkongsiannya itu, @Puan Zee telah menerima banyak soalan mengenai khidmat kitar semula di H&M.

Menurutnya, butik itu menerima semua jenis kain tidak kira langsir atau baju yang sudah koyak, asalkan kain dan tidak kisah jenama apa sahaja.

Setakat ini, semua butik H&M telah menyediakan khidmat ini dan minimum item yang boleh dikitar semula adalah lima sahaja. Anggaran lebih kurang beg bersaiz sederhana.

Tambahnya lagi, untuk sehari, seorang hanya boleh memberikan dua beg sahaja dan jika ingin menghantar dalam jumlah yang banyak, pastikan bawa ahli keluarga yang lain.

Menariknya, sesiapa yang mendermakan pakaian mereka akan diberikan dua baucar 15% untuk pembelian seterusnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain H&M, anda boleh menderma di tempat ini juga

#1. UNIQLO

Program UNIQLO Recycle ini diperkenalkan pada 2014 sebagai inisiatif untuk membantu gelandangan yang memerlukan di Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia adalah program kebajikan pertama jenama itu di mana mereka menyediakan pusat pakaian untuk gelandangan di sekitar ibu kota. Semua pakaian yang didermakan adalah hasil sumbangan daripada pelanggan UNIQLO.

Bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Pakaian seperti kasual, sukan kerja dan lain-lain didermakan kepada gelandangan yang ingin memulakan hidup baru.

Sehingga kini, UNIQLO masih menyediakan khidmat ini.

#2. Life Line Clothing Malaysia

LLCM telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mengitar semula pakaian dan barangan lama yang tidak diperlukan lagi sejak 2013 lagi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, jenama ini yang beroperasi di Perlabuhan Klang turut berusaha untuk membaiki semula pakaian serta barangan lama yang dikumpul untuk diguna semula atau dijual untuk tujuan amal.

Anda boleh bawa pakaian terpakai ke tong LLCM yang diletakkan di sekitar Lembah Klang, Bentong (Pahang), Teluk Intan dan Tanjung Malim (Perak) serta Muar, Johor.

Bagi lokasi tong LLCM di sekitar Lembah Klang:

1. Recycling Centre, USJ 1, Subang Jaya, Selangor
2. Recycling Centre, USJ 17, Subang Jaya, Selangor
3. Recycling Centre, USJ 9, Subang Jaya, Selangor
4. Ampang Point Shopping Centre (Car Park), Kuala Lumpur
5. Taipan Open Air Car Park, Subang Jaya, Selangor
6. Faber Plaza–(Public Bank), Taman Desa, Kuala Lumpur
7. Malaysian Association for the Blind (MAB), Brickfields, Kuala Lumpur
8. Pasar Pudu Open Carpark, Kuala Lumpur
9. Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam,Selangor

#3. MONKI

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jenama peruncit daripada Sweden ini turut mengumpulkan pakaian lama selain daripada jenamanya. Namun, mereka tidak menerima pakaian dalam seperti seluar atau lingerie.

Lebih kurang sama dengan H&M, anda boleh membawa maksimum dua beg sehari, dengan minimum lima helai pakaian dalam setiap beg. Selesai sahaja, anda akan menerima baucar diskaun sebanyak 10%.

#4. Kedai Bless

Membawa konsep menjual semula barangan kitar semula dan barangan terpakai. Segala keuntungan penjualan akan didermakan kepada kanak-kanak pelarian Myanmar, pusat permulihan dadah dan orang Asli.

Anda boleh dermakan apa sahaja jenis pakaian, buku, beg, permainan di mana-mana cawangan Bless.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Cara Mencuci dan Menyimpan Baju Bayi Baru Lahir Buat Ibu Bapa Baru

Baca juga: Cantik & Tersusun Elok, Ini Idea Almari Baju Baby Baru Lahir Untuk First Time Mommy!

Baca juga: Cara Melipat Baju 'Tuck In', Elak Bersepah Kalau Bayi Anda Suka Selongkar & Sepahkan Almari Pakaian

Penulis

Nur Sofea