X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sayu, pelajar ini rela dermakan hati pada guru yang paling dibencinya dulu...

8 Oct, 2018
Sayu, pelajar ini rela dermakan hati pada guru yang paling dibencinya dulu...

Seorang bekas pelajar yang merupakan graduan perubatan membuat keputusan untuk derma hati untuk guru yang pernah dibencinya.

Dia tak sangka yang satu hari nanti, dia akan derma 67% hatinya kepada cikgu yang pernah dibencinya semasa di sekolah rendah.

“Dia bawa rotan ke mana-mana saja dan selalu menghukum saya,” kata graduan perubatan Malaysia, Jerome Chin tentang gurunya, Leong Fong Peng, yang mengajarnya dari tahun 2003-2004.

“Saya benci cikgu yang pukul saya, tapi selepas saya meninggalkan sekolah, saya mula menghargai cikgu yang memberi perhatian kepada saya.” kata Jerome.

Hari ini, Madam Leong yang berusia 54 tahun, sangat memerlukan pertolongan untuk penyakit kegagalan hati yang dihidapinya.

Sayu, pelajar ini rela dermakan hati pada guru yang paling dibencinya dulu...

Kisah derma hati yang menyentuh hati

Menurut Give.Asia, Madam Leong telah diwadkan di hospital di Kuantan pada 11 Julai 2018 lalu, dan sering ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan kegagalan hati.

Beberapa saudara-maranya telah menawarkan diri untuk mendermakan sebahagian dari hati mereka, tapi tak ada yang sesuai. Ketika ini, bekas pelajarnya Jerome, menawarkan dirinya.

Jerome mengetahui tentang keadaan Leong pada Julai tahun ini daripada anak Leong sendiri, Krystal Teh yang merupakan rakan sekolah rendahnya. Takdir menyebelahi Leong apabila hati Jerome ternyata sesuai dengannya.
derma hati, derma organ, guru sekolah, pelajar sekolah, menderma hati, penderma hati, kegagalan hati

Gambar: GIVE.ASIA

Bapa Jerome pada awalnya tak bersetuju dengan keputusan Jerome untuk derma hati ini, tapi Jerome telah berjaya meyakinkan bapanya.

“Saya beritahu bapa saya yang saya dah belajar mengenai hal ini dan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya rasa, kerana saya sendiri memang dalam bidang perubatan, ia telah membantu untuk meyakinkan bapa saya,” Jerome memberitahu The Star Online.

Hospital tak boleh meneruskan pembedahan kerana menurut undang-undang di Malaysia, penderma dan penerima perlu mempunyai jalinan.

Jadi, mereka datang ke Singapura untuk melakukan pembedahan pemindahan hati. Madam Leong telah dimasukkan ke NUH sejak 31 Ogos 2018.

Derma hati: “Saya bukan seorang hero…”

Pembedahan pemindahan hati telah dijalankan pada 6 September 2018 lalu, dan Jerome telah mendermakan 67% hatinya.

Dia telah sembuh dari demam kuning selepas pembedahannya dan mengharap hatinya akan tumbuh sepenuhnya dalam masa tiga bulan. Tapi, dia berkeras mengatakan yang dia bukan seorang hero.

“Saya hanyalah orang yang datang tepat pada tempat dan masanya, dan saya lakukan apa yang saya mampu,” katanya pada Star Online. “Saya berterima kasih kepada Jerome Chin yang sanggup mengambil masa untuk melawat ibu saya walaupun telah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Staf hospital juga boleh mengetahui yang mood ibu saya bertambah baik setiap kali Jerome Chin melawatnya,” kata Krystal kepada Give.Asia.

Bagaimanapun, masih ada cabaran untuk Madam Leong

Pada dasarnya, dia sedang pulih dengan baik. Demamnya semakin sembuh dan saluran darah yang tersumbat semakin berkurangan dan tahap bilirubin-nya telah jatuh.

Tapi, perkembangan terbaru oleh Give.Asia pada 26 September 2018 mengatakan yang Madam Leong telah dimasukkan semula ke ICU.

derma hati, derma organ, guru sekolah, pelajar sekolah, menderma hati, penderma hati, kegagalan hati

“Saya minta maaf dan sedih untuk saya beritahu yang dari semalam, ibu saya batuk berdarah, demamnya tinggi dan sel darah merah semakin menurun. Kini dia dimasukkan semula ke ICU.”

Madam Leong muntah darah, dan darah juga dikesan di dalam najisnya. Komplikasi ini bermakna dia memerlukan pemeriksaan dan perbelanjaan yang lebih.

“Ini juga menandakan yang kos perubatan semakin meningkat sehingga RM 1,200,000”, tulis Krystal.

Krystal berharap agar orang ramai terus menunjukkan sokongan terhadap ibunya dengan menyebarkan berita dan mendapat bantuan yang lebih.

Untuk menderma, sila klik di sini. Marilah kita cuba bantu semampu kita.

 

 

 

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa
Adakah Anda Membuat Pelaburan Yang Tepat? 4 Bidang Pelaburan Yang Perlu Diketahui Sebagai Ibu Bapa
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar
Memahami Cara Menguruskan Wang Melalui Pengalaman Hidup Sebenar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jaya. Mendapat keizinan untuk diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comibu-menakjubkan-memutuskan-untuk-melahirkan-bayi-tanpa-otak-untuk-menderma-organnya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sayu, pelajar ini rela dermakan hati pada guru yang paling dibencinya dulu...
Kongsikan:
  • Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

    Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

  • Kanak-Kanak Lelaki Ini Kumpul Tabung Derma Untuk Rakan Hidap Kanser, Mulianya Hati Dia

    Kanak-Kanak Lelaki Ini Kumpul Tabung Derma Untuk Rakan Hidap Kanser, Mulianya Hati Dia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

    Penuhi Permintaan Terakhir Isteri, Ayah Derma Organ Bayi Berusia 6 Hari Yang Meninggal

  • Kanak-Kanak Lelaki Ini Kumpul Tabung Derma Untuk Rakan Hidap Kanser, Mulianya Hati Dia

    Kanak-Kanak Lelaki Ini Kumpul Tabung Derma Untuk Rakan Hidap Kanser, Mulianya Hati Dia

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.