X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

3 min bacaan
Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

Pernah dengar tentang detail scan? Ramai yang tidak tahu tentang kepentingan detail scan terhadap bayi dalam kandungan. Baca artikel untuk info lanjut.

Ramai ibu bapa teruja mahu scan kandungan bayi terutama untuk melihat wajah bayi dengan scan 3D/4D. Hakikatnya, ramai yang tidak tahu tentang detail scan yang sangat penting bukan sahaja bagi mengetahui perkembangan bayi, malah boleh mengesan sekiranya ada keabnormalan!

Scan ini juga dikenali sebagai fetal anomaly scan, dilakukan pada trimester kedua kehamilan.

Waktu paling ideal melakukannya ialah antara minggu ke 18 hingga minggu ke 24 kehamilan, iaitu ketika bayi berada dalam saiz yang sesuai untuk meneliti keseluruhan kepala dan badannya.

Ibu Kongsi Pengalaman Melakukan Detail Scan @ Anatomy Scan

Setelah berhadapan pengalaman anaknya disahkan mempunyai kebocoran pada jantung, seorang ibu berkongsi kisah mengenai betapa pentingnya membuat satu lagi scan penting iaitu anatomy scan untuk ibu hamil.

Jom baca pengalaman ibu ini.

detail scan, anomaly scan, kepentingan detail scan, bila boleh buat detail scan, apa itu detail scan,perlu buat detail scan, klinik detail scan baby, detail scan murah, detail scan klinik fauziah, detail scan baby

detail scan, anomaly scan, kepentingan detail scan, bila boleh buat detail scan, apa itu detail scan,perlu buat detail scan, klinik detail scan baby, detail scan murah, detail scan klinik fauziah, detail scan baby

Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

Tujuan Melakukan Perkhidmatan Ini

Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

Ia berupa 2D, ia kelihatan sama seperti scan biasa yang dilakukan semasa awal kandungan. Namun begitu, ia sebenarnya lebih terperinci yang dilakukan bagi mendapat tahu beberapa perkara seperti di bawah:

  • Memeriksa tumbesaran keseluruhan bayi
  • Memeriksa struktur, anggota dan organ baby
  • Menentukan kedudukan uri
  • Menilai jumlah air ketuban
  • Melihat jantina bayi
  • Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, ibu akan dirujuk kepada pakar berkaitan untuk pengurusan seterusnya seperti menentukan cara rawatan dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.

Ia Lebih Terperinci Untuk Melihat Struktur Anak

Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!

Pemerhatian terperinci menggunakan 2D ultrasound dilakukan oleh sonographer terlatih dan bertauliah terhadap setiap struktur berikut:

  • Kepala – bentuk tengkorak dan struktur otak.
  • Muka – profil muka, soket dank anta mata, hidung, mulut dan lelangit.
  • Jantung – kedudukan jantung, saiz, “bilik-bilik” jantung, “dinding” jantung, injap, beberapa salur darah utama.
  • Diaphragm – otot di antara bahagian dada dan abdomen
  • Abdomen – perut, hati, buah pinggang dan pundi kencing
  • Tulang belakang
  • Tangan dan kaki – setiap tulang termasuk jari jemari.
  • Jantina baby
  • Tali pusat
  • Keadaan serviks ibu
  • Kedudukan uri perlu diperhati samada normal atau uri rendah.
  • Amaun amniotic fluid diukur untuk memastikan ianya mencukupi menampung tumbesaran baby sepanjang dalam rahim.

Contoh Ketidaknormalan Bayi Yang Boleh Dikesan 

Abnormality Definisi Kebarangkalian dapat dikesan
Anencephaly Tiada tempurung kepala 99%
Spina bifida Kecacatan tulang belakang, saraf tunjang dan bahagian belakang otak 90%
Exomphalus dan gastrochisis Dinding abdomen tidak sempurna menyebabkan sebahagian/semua organ abdomen diluar badan baby 90%
Kecacatan tangan dan kaki serius Ketiadaan tulang tangan atau kaki atau bentuk tulang yang bengkok dan sangat pendek 90%
Major kidney problem Ketiadaan atau kecacatan buah pinggang 85%
Hydrocephalus Pengumpulan abnormal cecair didalam otak 60%
Diaphragmatic hernnia Lubang pada diapragm menyebabkan organ abdomen “berpindah” ke bahagian dada 60%
Down’s Sindrome Sekiranya terdapat keabnormalan ketara terhadap jantung dan system penghadaman 40%
Major congenital heart defect Masalah jantung serius 25%
Cerebral palsy Kelumpuhan otak Tidak dapat dikesan
Autism Gangguan melibatkan saraf otak Tidak dapat dikesan

Sumber : Royal College of Obstetricians and Gynaecologist (2000)

Jika anda ingin mendapatkan khidmat ini, anda boleh merujuk kepada doktor anda sekiranya perkhidmatan ini disediakan.

Tidak semua klinik/hospital menyediakan perkhidmatan ini, malah harga perkhidmatan ini juga berbeza.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Scan Melalui Faraj @ TVS Semasa Hamil Amat Penting, Ini Prosedur Perlu Ibu Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 2
  • /
  • Ini Sebabnya Penting Detail Scan Masa Trimester Ke-2 Kandungan, Ibu WAJIB Ambil Tahu!
Kongsikan:
  • Detail Scan Banyak Kelebihannya, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Kumpul Duit Dan Buat!

    Detail Scan Banyak Kelebihannya, Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Kumpul Duit Dan Buat!

  • Bila waktu paling sesuai untuk scan kandungan buat kali pertama?

    Bila waktu paling sesuai untuk scan kandungan buat kali pertama?

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.