Bagaimana Diaper Tracker Memudahkan Kerja Ibu Memantau Perubahan Lampin Bayi?

Diaper tracker membolehkan ibu mencatat butiran corak tahi dan air kencing bayi. Ia sebagai langkah waspada jika terjadi perkara luar biasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si kecil anda sungguh comel! Tingkah laku mereka pasti mencairkan hati anda dan senyuman sekali-sekala menjadi pengubat kepada kesakitan yang dirasai sejak mengandung adalah sangat berbaloi. Memandangkan kebanyakan menggunakan lampin, apa kata ibu ambil tahu mengenai diaper tracker ini!

Sememangnya bayi akan sering buang air besar dan kencing. Si manja juga akan kerap menukar lampin dengan lebih kerap. Justeru kami faham bahawa agak sukar untuk memantau pengggunaan lampin yang begitu banyak.

Bila bercakap mengenai lampin, ia tidak hanya melibatkan kos tetapi juga kesihatan anak kecil anda. Najis yang ada pada permukaan lampin pada dasarnya memberitahu ibu mengenai keadaan mereka.

Sebaik-baiknya anak kecil anda boleh membuang air kecil setiap satu hingga tiga jam dan mempunyai dua hingga lima kali. Manakala membuang air besar setiap dua hingga lima jam untuk setiap hari. Itu menandakan kesihatan bayi yang baik.

Tetapi apa yang anda boleh lakukan untuk memantau perkara ini setiap hari? Di situlah alat pengesan lampin theAsianparent berguna.

Kerana ibu lebih layak, mudahkan kerja anda dengan penggunaan diaper tracker

Tidak ada waktu rehat apabila bergelar seorang ibu kerana anda memainkan peranan yang besar. Dan apa yang ibu perlukan adalah cara yang mudah untuk menjadikan urusan seharian lebih mudah.

Jadi bolehkah ia memudahkan tugas anda apabila berkaitan dengan lampin?

theAsianparent telah bekerjasama secara meluas dengan golongan ibu tempatan untuk mencipta diaper tracker bagi menjawab soalan ini. Kami memahami bahawa setiap ibu berhak mendapat lebih banyak masa dan perhatian untuk diri sendiri seperti bayi juga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami telah mengambil pandangan berharga daripada ibu-ibu seperti anda untuk membangunkan penjejak lampin. Alat ini telah direka, dibangunkan, diuji dan disahkan oleh ibu seperti anda. Ia adalah produk yang bangganya kami namakan #ForMumsByMums.

Muat turun aplikasi theAsianparent di Google PlayStore atau iOS App Store dan lihat penjejak lampin untuk semua keperluan lampin bayi anda. 

Mengapa ibu perlu menggunakan diaper tracker?

Diaper tracker theAsianparent membolehkan ibu memasukkan kesemua details yang berkaitan dengan corak air kecil dan besar si manja anda.

Pantau dengan kerap bilangan buang air besar kecil anda sehari, kekerapan buang air kecil mereka dan perhatikan jika ada sesuatu yang tidak normal. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga membantu anda memasukkan details jenis tahi dan air kencing yang terhasil dari tubuh mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anda masih berusaha tentang selok-belok mengenai keibubapaan, diaper tracker dicipta bertujuan membuatkan hidup anda lebih mudah dan ibu memiliki me time sepanjang proses 24/7 jam ini.

Ketika bayi mengalami pelbagai perubahan buang air setiap hari, para ibu perlu tetap sihat dan bertenang. Diaper tracker ini membantu ibu semakin yakin jika si kecil sihat.

Pastinya setiap ibu tidak ingin bayinya memakai lampin kotor terlalu lama. Ruam kulit yang terjadi lebih sukar diatasi, malah membuatkan ibu semakin tertekan selepas tempoh bersalin.

Bagaimana diaper tracker berfungsi? Adakah ia selaras dengan perubahan lampin bayi anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diaper tracker cukup mudah untuk digunakan dan para ibu tidak perlu bersusah-payah ketika ingin memasukkan informasi. Hanya perlukan satu minit untuk menambahkan data ke dalam tracker.

  • Masukkan details mengenai corak buang air besar dan kecil bayi
  • Simpan details tentang warna, tekstur najis dan air kencing

Penjejak lampin membolehkan ibu mengumpul data di satu tempat untuk mencatatkan analisis secara mingguan, bulanan atau suku tahunan.

Alat ini akan membantu anda mengenali corak najis dan menawarkan panduan. Ia turut menawarkan pandangan mendalam tentang keibubapaan secara amnya. 

Sebagai ibu ayah baharu, walaupun hanya masalah biasa, ia sudah boleh merungsingkan anda sehingga menyebabkan diri tertekan.

Dengan bantuan aplikasi, ibu boleh mendapatkan sokongan sepanjang perjalanan keibubapaan mereka dengan adanya maklumat di hujung jari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah maksud tekstur najis bagi bayi yang baru lahir?

Konsistensi tahi bayi yang baru lahir akan jelas berbeza daripada kanak-kanak yang lebih tua. Berikut ialah tekstur berbeza yang perlu anda tahu:

  • Konsistensi tahi bayi baru lahir: tekstur tebal seperti tar dalam masa beberapa hari pertama selepas bersalin
  • Konsistensi susu ibu: Najis lembek dengan bentuk seperti biji
  • Konsistensi bayi susu formula: Najis lebih pejal dengan warna coklat dan sedikit hijau serta kuning
  • Konsistensi ketika ambil makanan pejal: tebal seperti najis orang dewasa
  • Konsistensi sembelit: Najis berwarna coklat tua, berbentuk seperti kerikil
  • Konsistensi diare: najis berair

Setiap jenis najis memberitahu anda tentang kesihatan bayi. Dan alat penjejak lampin ini membantu ibu menyimpan rekod jenis najis yang telah dihasilkan oleh tubuh si manja anda.

Ingat: Setiap bayi adalah berbeza dan begitu juga tabiat lampin mereka. Alat penjejak lampin ini turut membantu ibu menetapkan rutin lampin bayi dan sekaligus menguruskan masa untuk diri sendiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja? 

Baca juga: Tiap Kali Buka Lampin, Anak Suka Main & Pegang Kemaluan? Pakar Jelaskan Ini Sebabnya