TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Jijik! Lelaki Dipenjara Akibat 'Memancutkan' Air Mani Di Dalam Makanan/Minuman Rakan Sekerja

15 Oct, 2020
Jijik! Lelaki Dipenjara Akibat 'Memancutkan' Air Mani Di Dalam Makanan/Minuman Rakan Sekerja

Wanita malang itu telah pun beberapa kali makan madu yang telah tercemar dengan air mani lelaki itu tanpa disedarinya. Dia juga perasan yang air di dalam botolnya kerap kali menjadi keruh.

Ada juga orang yang sebegini rupa, tergamak betul dia meletakkan air maninya ke dalam makanan dan minuman rakan sekerja. Ini sudah dikira perbuatan aniaya, manalah disiplin pekerja ini! Apalah salah rakan sekerjanya itu sehingga sanggup dia membuat perbuatan jijik itu. 

Mengikut laporan The Star, lelaki itu telah dikenakan hukuman penjara dua tahun setengah kerana dipercayai telah meletakkan air maninya ke dalam makanan, minuman serta barang-barangnya beberapa kali. 

Lelaki yang bernama Steven Millancastro itu telah berkerjasama dengan rakan sekerjanya itu sejak dari tahun 2014 hingga 2017 di Santa Ana, California. Dan ketika itulah dia telah beberapa kali memancutkan air maninya ke dalam botol air, balang madu juga barang-barang kepunyaan (tetikus dan papan kekunci)  rakan sekerjanya itu. 

Termakan madu yang dicemari air mani

disiplin pekerja

Wanita malang itu telah pun beberapa kali makan madu yang telah tercemar dengan air mani lelaki itu tanpa disedarinya. Dia juga perasan yang air di dalam botolnya kerap kali menjadi keruh. Lantas dia membuangnya setiap kali dia perasan. 

Selepas kali ketiga dia perasan yang air di dalam botol itu keruh dia mula membuat laporan kepada penyelianya untuk siasatan. Tidak lama selepas itu kamera keselamatan pun dipasang di dalam pejabat tersebut. 

Keesokan harinya dia telah menyentuh tetikusnya yang penuh dengan air mani. Selepas siasatan pada kamera keselamatan Millancastro telah dilihat di dalam rakaman tersebut. 

Mangsa kemudiannya terus membuat laporan polis di La Palma akan perbuatan tiada disiplin pekerja itu, yang kemudiannya siasatan lanjut dilakukan serta menangkap Millancastro. 

Ketahui jenis gangguan seksual di pejabat

disiplin pekerja

Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan dan gangguan. Contoh gangguan seksual berbentuk ugutan ialah apabila seorang pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji dan pangkat.

Gangguan seksual berbentuk gangguan pula tidak berkaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan, ia lebih kepada disiplin pekerja sendiri. Tetapi ia boleh menimbulkan suasana kerja yang tidak tenteram kepada mangsa seperti gangguan seksual sesama rakan sekerja.

Gangguan seksual di tempat kerja merangkumi perilaku bukan sahaja di pejabat atau di tempat sesuatu kerja itu dilaksanakan tetapi juga di luar pejabat atau tempat kerja tersebut. Gangguan seksual di tempat kerja termasuk gangguan seksual yang berlaku di luar tempat kerja yang timbul dari hubungan dan tanggungjawab yang berkaitan dengan pekerjaan, Contoh situasi yang dimaksudkan ini ialah:

  • Majlis sosial berhubung dengan pekerjaan.
  • Semasa menjalankan tugas di luar tempat kerja.
  • Sesi persidangan atau latihan berkaitaii dengan pekerjaan
  • Semasa perjalanan berkaitan dengan tugasan.
  • Melalui telefon dan melalui media elektronik. 

Kesan gangguan seksual 

disiplin pekerja

Peristiwa gangguan seksual boleh mewujudkan suasana kerja tidak tenteram dan tidak lagi bermotivasi. Mangsa gangguan seksual akan mengalami gangguan fikiran, perasaan takut apabila berseorangan, dan berasa lemah apabila terserempak dengan pesalah seksual yang berkenaan.

Trauma emosi dan mental yang dialami oleh mangsa membuatkannya hilang tumpuan dan minat terhadap kerjanya. Mangsa juga berkemungkinan besar akan membuat keputusan untuk terus berhenti bekerja di syarikat berkenaan.

Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa gangguan seksual boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa terbabit. Mangsa akan mengalami keresahan, tekanan, cepat naik radang dan lain-lain tanda tekanan kerja. Kepuasan kerja dan prestasi kerja mangsa juga akan menurun. Akhirnya pekerja yang terlibat akan dibuang kerja ataupun berhenti kerja. 

Cara mengatasi

Stories Rakan Kongsi
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Start your day with FREE breakfast this October
Start your day with FREE breakfast this October
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
  • Buat laporan kepada penyelia anda sekiranya anda dapati ada tanda-tanda gangguan seksual, baik pada diri anda sendiri atau rakan sekerja. 
  • Jika tidak pasti, sentiasa jauhkan diri anda daripada suspek. Elakkan hanya berdua-duan di satu tempat. 
  • Tolak ajakan dengan lembut sekiranya dia mengajak anda makan tengahari atau sebagainya. 
  • Jangan menunjukkan minat langsung atau respon kepada ajakan atau perhatian dia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: The Star 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comseorang-budak-lelaki-menarik-tali-branya-di-sekolah-apa-yang-dilakukannya-kemudian-adalah-mengkagumkan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jijik! Lelaki Dipenjara Akibat 'Memancutkan' Air Mani Di Dalam Makanan/Minuman Rakan Sekerja
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham