Tingkat Sensori Anak Dengan Aktiviti DIY Di Rumah Tanpa Mengeluarkan Bajet Besar!

Ingin kembangkan kemahiran sensori dan minda anak menggunakan aktiviti DIY tanpa berbelanja besar? Cuba tips mudah si ibu ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Assalamualaikum kepada ibu bapa di luar sana. Semoga hari-hari anda bersama si manja lebih indah dengan pelbagai aktiviti yang telah diciptakan bersama. Bagi ibu bapa yang masih buntu atau belum ada idea untuk bermain dengan anak anda, disini saya memberikan beberapa contoh DIY aktiviti untuk si manja anda bermain.

Apa yang paling penting tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan selamat bermain dalam di dalam rumah. Maklum sahajalah, pada hari ini terlalu banyak virus yang datang sehingga kita risau untuk membawa si manja keluar ke tempat awam.

Jadi aktiviti sebegini mampu menggembirakan dan merangsang perkembangan anak juga.

DIY Aktiviti Mudah & Tidak Mahal

Bermain dengan cornflakes

Aktiviti yang pertama ialah permainan pasir. Bahan yang digunakan dalam aktiviti ini ialah:

1) Cornflakes yang dibeli di speedmart dengan harga RM5.90.

2) Pengisar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Bekas permukaan yang rata

4) Alat mainan Si Manja

Caranya mudah sahaja, kisarkan corflakes sehingga hancur mengikut kuantiti yang ibu bapa inginkan. Kalau boleh tidak perlu banyak sangat supaya tidak membazir.

Kemudiankan tuangkan di atas bekas permukaan yang rata, letakkan beberapa alat mainan anak dalam kuantiti kecil-kecil untuk menarik minat mereka menyentuh tekstur lembut corflakes selepas dikisar. Mudahkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika si manja masuk ke dalam mulut pun tak mengapa. Ia masih selamat. Selepas bermain, boleh terus dibuang sahaja untuk mengelakkan bakteria yang akan menyinggah.

Permainan Air 

Aktiviti yang kedua pula ialah permainan air. Si manja akan begitu teruja saat melihat air. Carilah ruang yang selesa untuk anak bermain.

Dalam rumah juga boleh bermain permainan ini. Cuma sediakan kain lap sahaja apabila terdapat air yang tumpah. Hanya sediakan besen kecil dan isi air dalam besen tersebut kemudian letakkan alat mainan anak di dalamnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia DIY aktiviti yang sangat mudah dan anak boleh bebas bermain bersendiri. Ibu bapa juga boleh bermain bersama si manja. Namun pastikan apabila anak bermain air, anda sentiasa pantau mereka kerana takut boleh terlemas atau tercekik.

Aktiviti kemahiran sensori

Aktiviti yang ketiga ialah aktiviti kemahiran sensori motor halus. Bahan yang digunakan sangat mudah. Masuk ke ruang dapur, hanya cari pemukul telur (egg whisk) sebagai bahan utama.

Kemudian ibu bapa sekalian boleh letakkan stokin, span, dan pelbagai barang yang sesuai untuk si manja di celah-celah pemukul telur tersebut. Harus diingatkan bahawa jika si manja letakkan objek ke dalam mulut, saya yakin ibu dan bapa tahu untuk menghentikannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Permainan ini sangat menyeronokkan untuk bayi atau kanak-kanak amalkan dan bagus untuk koordinasi tangan motor halus mereka.

Selamat mencuba ya ibu dan ayah sekalian. Semoga aktiviti ini memberikan banyak sekali manfaat buat anak-anak kita dan yang paling penting mereka akan gembira.

Artikel ini ditulis oleh Ayunni Binti Mohd Arifin untuk theAsianparent Malaysia. Dia seorang isteri, ibu, pelajar, penulis dan juga merupakan seorang guru yang mendidik anak-anak kecil untuk membaca.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Sebab Permainan LEGO Bagus Untuk Perkembangan Anak, Ia Merangsang Otak & Mata

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Tips Untuk Eratkan Hubungan Dengan Anak Sehingga Mereka Besar, No #3 Kita Sering Lupa Buat!

Baca juga: Selain ABC,123, Menyanyi, Nak Ajar Anak 1-3 Tahun Apa Lagi Ya? Bantu Anak Tingkatkan IQ Mereka!