Dalam suasana pandemik ini, kadangkala baru kita perasan, banyak sebenarnya kemahiran boleh diajar pada anak. Sejak diawal usia antara 1 hingga tiga tahun yang sering diajar adalah menyanyi lagu kanak-kanak, ABC dan 123.
Sebenarnya lebih daripada itu IQ dan minda anak boleh terima. Mereka boleh terima pelajaran lebih daripada itu sebenarnya. Otak anak ini bukan calang-calang ya.
Menurut terapis cara kerja Aishah Kassim, untuk anak di bawah usia tiga tahun banyak sebenarnya kemahiran yang boleh diajar kepada mereka.
Bukan setakat menyanyi lagu kanak-kanak, ABC, 123, banyak lagi boleh ajar
Kredit: google image
Kemahiran anak ini bukan terbatas hanya kepada menyanyi, ABC dan 123 malah ia sebenarnya lebih lagi. Banyak lagi boleh anda ajarkan pada anak-anak ini.
Untuk anak di bawa usia tiga tahun, banyak lagi kemahiran penting yang boleh diajar selain ABC, atau 123. Antaranya termasuklah mengajar mereka mengenai:
#1. Mengenal objek, haiwan
Mengenal objek di sekeliling anak secara tak langsung akan membuat anak lebih peka dengan keadaan di sekeliling mereka. Ia akan mengajar mereka untuk sentiasa peka dengan pelbagai keadaan.
Tidak perlu ajar yang susah-susah pun, apa yang ada depan mata mereka setiap hari seperti baju, seluar, botol susu, sikat, kerusi, kasut, sofa, meja dan sebagainya.
Alatan permainan juga anda boleh cuba kenalkan pada mereka seperti bola. Selain itu juga, mengenal haiwan juga boleh anda buat dengan menunjukkan kepada mereka permainan berunsurkan haiwan, boleh ajar mereka buat bunyi dan sebagainya.
#2. Kata kerja
Kata kerja yang mudah seperti ambil, bawa, minum dan makan yang mana anak buat setiap hari. Mungkin anda boleh perkenalkan satu kata kerja setiap hari kepada anak.
Setiap hari satu saja dan anda akan terkejut bila mereka mula menggunakannya. Tidak kisah sama ada bahasa apa yang anda ingin gunakan asalkan anak anda faham.
#3. Kemahiran bersosial
kredit: google image
Ajar anak untuk belajar bersosial. Tetapi dalam musim pandemik ini ia mungkin terhad. Bagaimanapun, tidak salah untuk anak cuba ajar anak melambai orang lain, untuk meningkatkan self esteem anak untuk bersosial dengan orang lain.
Boleh jadi bayi yang lahir musim pandemik ini akan jadi bayi yang takut orang kerana mereka memang langsung tidak jumpa orang lain melainkan ahli keluarga yang dikenali.
#4. Kemahiran berkomunikasi dua hala
Ini juga penting. Cuba ajar anak anda bermain telefon untuk perkenalkannya dengan komunikasi dua hala. Ia bagi membolehkan dia faham bahawa wujudnya komunikasi dua hala dalam dunia ini.
#5. Kemahiran berfikir dan kognitif, selesaikan masalah
Kredit: google image
Mungkin anda boleh beli mainan yang mereka perlu selesaikan masalah. Tidak perlulah terlalu susah, Ada dijual di pasaran yang mana anak perlu memasukkan bentuk geometri ke dalam lubang mengikut bentuk yang sama.
Permainan seperti ini sudah memadai bagi anak-anak pada usia ini untuk menyelesaikan masalah.
#6. Aktiviti sensori dan motor kasar atau halus
Ini salah satu yang sangat penting. Dedahkan anak anda dengan aktiviti sensori seperti bermain pasir, slime, air dan sebagainya. Beri mereka pengalaman menyentuh pelbagai tekstur dan permukaan.
Tapi anda haruslah awasi mereka dengan sebaiknya takut termakan pula. Aktiviti sensori ini amat baik untuk merangsang motor halus kanak-kanak yang penting untuk mereka gunakan ketika menulis nanti.
Boleh ajar ABC, 123 tapi dengan cara kreatif
Bukanlah tak boleh ajar ABC atau 123 langsung pada anak, tetapi gunalah secara tidak langsung dengan kehidupan seharian tanpa perlu beri penekanan dan abaikan kemahiran yang lain.
Pada usia ini tidak perlu sangat fokus pada akademik. Berapa ramai generasi zaman sekarang, jika dilihat memang cerdik pandai tetapi tiada adab, tiada kesopanan dan tidak menghormti orang yang lebih tua.
Sudah pasti anda tidak mahu anak jadi begitu kan? Jadi didiklah anak anak satu-persatu mengikut perkembangan dan kemahiran seusia mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: vocket
Baca juga: Perkembangan Lengkap Anak 0 Hingga 4 Tahun, Panduan Berguna Untuk Ibu
Baca juga: Amboi Perkembangan Anak Umur 5 Tahun Ini, Ada Saja ‘Akal’ Mereka Untuk Hiburkan Orang!
Baca juga: Perkembangan dan milestone anak umur 4 tahun
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!