Anak Lambat Bercakap? Amalkan 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap Ini Setiap Hari

Ramai ibu bapa risau bila anak lambat bercakap. Untuk itu, amalkan doa anak cepat bercakap ini supaya menjadi satu ikhtiar yang terbaik.

Kami pasti, ini antara dilema para ibu apabila anak kecil mereka masih tak boleh bercakap. Namun anda juga perlu faham, bagi setiap kanak-kanak, tahap perkembangan mereka berbeza-beza. Pada masa yang sama, tidak salah jika kita ikhtihar cara lain. Mungkin ada doa anak cepat bercakap yang ibu-ibu boleh amalkan.

InsyaAllah mana tahu dengan doa anak cepat bercakap ini, anak dapat bercakap lebih lancar. Jangan lupa juga untuk jadikannya sebagai satu amalan setiap hari selepas bersolat. 

2 doa anak cepat bercakap

#1. Doa Surah An-Nisaa’

Maksudnya : Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan) – Surah An-Nisa ayat 164 

Jika anak lambat bercakap, bacakan Surah Al-Fatihah dan doa pada madu. Kemudian sapukan bawah lidah anak yang lambat bertutur itu. 

Jika selalu amalkannya, insyaallah anak tersebut dapat bercakap. 

#2. Penawar anak lambat bercakap 3 tahun 

Amalkan surah ini setiap hari selepas bersolat atau ketika bersama dengan anak. 

Maksudnya : “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku” – Surat Thaha: Ayat 25-28. 

Doa anak cepat bercakap ini adalah usaha dan ikhtiar bagi membantu pertuturan anak.

Namun, sebagai ibu bap,a anda harus kerap berkomunikasi dengan anak tersebut supaya dia tertarik untuk terus bertutur dengan mengeluarkan ayat-ayat tertentu. 

#3. Jangan lupa buat pemeriksaan telinga 

Selain berdoa, buat pemeriksaan pendengaran anak dengan Audiologist atau pakar pendengaran.

Mungkin anak itu mempunyai masalah pendengaran apabila tiada input bunyi yang keluar dari peti suaranya. Dari situ, anda boleh tahu sama ada kanak-kanak tersebut tidak boleh bercakap atau lambat. 

Jika ada masalah yang wujud, tindakan awal boleh dilakukan.

Jika masalah pertuturan anak ini menginjak ke usia empat tahun ke atas, adalah lebih baik anda bawanya berjumpa dengan pakar terapi untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga bermanfaat dan amalkan selalu doa-doa ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!

Baca juga:  Anak Lambat Cakap Bukan Bermaksud Dia Menghidap Gangguan Autisme!

Baca juga:  Cara Senang Latih Anak ‘Berat Mulut’ Bercakap, Parents Kena Cuba!