Doa Hujan Berhenti Dalam Bahasa Arab & Rumi Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW

Doa hujan berhenti boleh diamalkan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti banjir ataupun tragedi tanah runtuh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hujan yang turun ke muka bumi ini boleh jadi ia adalah rahmat ataupun azab daripada Allah SWT. Untuk itu, kita dituntut untuk mengamalkan doa hujan berhenti agar kita dijauhkan daripada segala bala bencana.

Di dalam al-Quran terdapat dua kalimah yang menunjukkan makna hujan iaitu “المَطَرَ” dan “الغَيْثَ” tetapi kalimah tersebut digunakan mengikut konteksnya.

Doa Hujan Berhenti

Adapun kalimah “المَطَرَ” digunakan pada konteks azab sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn ‘Uyainah dan “الغَيْثَ” pula digunakan pada konteks rahmat sebagaimana ayat yang kami nyatakan pada awal perbincangan iaitu daripada surah al-Syura ayat ke-28.

Contoh bagi kalimah “المَطَرَ” yang menunjukkan kepada azab adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Bacaan Rumi: Wa 'amtarnaa 'alaihim mataran fanzur kaifa kaana aaqibatul mujjrimeen

Maksudnya: “Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Demikian itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.”

Pun begitu, sebagai hamba-Nya, kita juga boleh memohon kepada Allah SWT dan berdoa agar hujan dihentikan lebih-lebih lagi jika hujan turun dengan lebat yang mendatangkan musibah seperti banjir atau tanah runtuh.

Berikut adalah doa agar hujan berhenti dan cuaca cerah seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Doa Hujan Lebat

اللهم حوالينا ولا علينا اللهم على الأكام والظراب وبطون الأودية ومنابت الشجر

Bacaan Rumi: “Allahumma haawalaina wa laa'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari

Maksudnya : Ya Allah turunkanlah hujan di sekeliling kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah turunkanlah hujan ke dataran tinggi, sebahagian bukit, perut lembah, dan sebahagian tanah yang ditumbuhi pepohonan

2. Doa Hujan Berhenti Dalam Surah Hud Ayat 44

Dalam surat tersebut dijelaskan, Allah menghentikan hujan agar Nabi Nuh AS dan kaumnya diselamatkan dari bencana. , sedangkan orang-orang kafir tenggelam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَوَمْرَاء الظَّالِمِينَ

Bacaan Rumi: “Wa qila ya ardubla'i ma'aki wa ya sama'u aqli'i wa gidal ma'u wa qudiyal-amru wastawat 'alal-judiyyi wa qila bu'dal lil-qaumiz-zalimin

Maksudnya: “Dan dikatakan: 'Hai bumi, telanlah airmu. Wahai langit, hentikan hujan'. Dan air telah surut, perintah telah selesai dan bahtera itu berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: 'Binasalah orang-orang yang zalim.

3. Doa Agar Cuaca Cerah Sepanjang Hari

Di samping itu, berikut adalah doa untuk cuaca cerah apabila anda melihat awan mendung, dan untuk mengelakkan kesusahan apabila hujan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diriwayatkan daripada Sayyidah Aisyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW melihat awan hitam di langit, baginda segera meninggalkan pekerjaan, walaupun sedang solat, lalu berkata:

Allahuma inni a'udzu bika min syarriha (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari keburukan awan ini). 

4. Doa hujan bermanfaat oleh Rasulullah SAW:

Dalam hadis Bukhari nombor 1032, Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu 'anha meriwayatkan doa hujan bermanfaat.

Allahumma shoyyiban nafi'an.

Maksudnya: Ya Allah, turunkan lah pada kami hujan yang bermanfaat.

Doa hujan bermanfaat ini juga mempunyai pelafalan lain., yaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allahumma shayyiban haniyyaa wa sayyiban naafi‘a.

Maksudnya, “Wahai Tuhanku, jadikan ini hujan terpuji kesudahannya dan menjadi aliran air yang bermanfaat.”

5. Doa Hujan Turun

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

Bacaan Rumi: Subhaanalladzii yusabbihur ro’du bihamdihi wal malaaikatu min khiifatih.

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya karena rasa takut kepada Nya.”

6. Doa Hujan Reda

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bacaan Rumi: Bismillahilladzi la yadhurru ma’asmihi syaiun fillardhi wala fissamai wahuwassami’ul ‘alim.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama Nya tidak ada sesuatu pun di bumi maupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat), dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

7. Doa Hujan Bermanfaat

اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَمَا اُرْسِلَتْ بِهِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّمَا فِيْهَا وَشَرِّمَا اُرْسِلَتْ بِهِ

Bacaan Rumi: Allaahumma inni as-aluka koirohaa wa khoiro maa fiiha wa khoiro maa ursilat bih. Wa a’uudzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan angin ini, kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan yang Engkau kirim bersamanya. Dan aku berlindung kepada Mu dari kejahatan angin ini, kejahatan yang ada di dalamnya, dan kejahatan yang Engkau kirim bersamanya.” – (Hadis Riwayat Muslim)

Hukum Doa Ketika Hujan

Ketika hujan turun ia termasuk salah satu waktu yang dianjurkan untuk berdoa.

Umumnya, seseorang itu disunatkan untuk berdoa sebaik sahaja hujan turun sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Al-Mu’minin A’isyah R.Anha beliau berkata :

فَإِنْ مُطِرَ قَالَ‏ اللَّهُمَّ صَيِّبًا هَنِيئًا

Maksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W apabila hujan baginda akan membaca : Ya Allah jadikanlah ia sebagai hujan yang bermanfaat- Riwayat Al-Nasa’ie (1523)

Manakala apabila hujan telah berhenti, disunatkan kepada kita membaca sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Zaid bin Khalid al-Juhani R.A :

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ

Maksudnya: Kami dilimpahkan hujan dengan fadhilat dan rahmat daripada Allah- Riwayat Muslim (71)

Hukum Berdoa Minta Dialihkan Hujan Lebat

Sekiranya berlaku mudharat disebabkan hujan yang turun tanpa henti, maka dianjurkan sebuah doa yang dibacakan dengan tujuan meredakan hujan lebat yang turun secara berterusan.

Maka perbuatan sebegini ada perbahasannya di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata :

بَيْنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَسْقِيَنَا‏ فَتَغَيَّمَتِ السَّمَاءُ وَمُطِرْنَا، حَتَّى مَا كَادَ الرَّجُلُ يَصِلُ إِلَى مَنْزِلِهِ، فَلَمْ تَزَلْ تُمْطَرُ إِلَى الْجُمُعَةِ الْمُقْبِلَةِ، فَقَامَ ذَلِكَ الرَّجُلُ أَوْ غَيْرُهُ فَقَالَ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَصْرِفَهُ عَنَّا، فَقَدْ غَرِقْنَا‏.‏ فَقَالَ ‏اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا فَجَعَلَ السَّحَابُ يَتَقَطَّعُ حَوْلَ الْمَدِينَةِ، وَلاَ يُمْطِرُ أَهْلَ الْمَدِينَةِ

Maksudnya: Ketika Nabi S.A.W sedang menyampaikan khutbah pada hari Jumaat maka berdirilah seorang lelaki lalu berkata : Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kami. (Maka Rasulullah pun berdoa kepada Allah).

Kemudian langit pun menjadi gelap gelita dan hujan turun. Sehinggalah apabila lelaki tersebut sampai ke rumahnya, maka hujan tetap turun secara berterusan sehinggalah pada hari Jumaat yang berikutnya.

Maka lelaki tersebut atau selainnya sekali lagi bangun lalu berkata :

(Wahai Rasulullah) berdoalah kepada Allah agar Dia mengalihkan hujan dari kamu kerana sesungguhnya kami telah tenggelam (disebabkan hujan lebat yang berterusan).

Lalu kata Nabi S.A.W : Ya Allah, turunkan lah ke kawasan sekitar kami dan janganlah Kau turunkan ia ke atas kami. Maka awan pun berpecah-pecah di kawasan sekitar Madinah, dan tidak diturunkan hujan kepada penduduk Madinah.- Riwayat Al-Bukhari (6432)

Justeru, berdasarkan hadis di atas dapat difahami bahawa dibolehkan untuk seseorang itu berdoa supaya Allah S.W.T mengalihkan hujan ke kawasan yang lain sekiranya keadaan hujan turun dengan lebat dengan kadar yang berterusan.

Hukum Mencela Hujan

Mencela hujan pada hakikatnya merupakan suatu celaan pada musim atau waktu tertentu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ، يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ، بِيَدِي الأَمْرُ، أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

Maksudnya: Allah S.W.T berfirman: Anak Adam menyakiti Aku. Dia mencela masa sedangkan Aku adalah masa. Di tangan-Ku ada segala urusan. Aku lah yang membolak-balikkan siang dan juga malam.- Riwayat Al-Bukhari (7491)

Hadis ini adalah petunjuk yang jelas bahawasanya mencela masa adalah sama seperti mencela Tuhan kepada masa iaitu Allah. Maka hukum perbuatan ini adalah jelas akan keharamannya.

Hujan Nikmat Dan Juga Azab Kepada Manusia 

Hujan ini nikmat yang cukup besar diberikan Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Qaf, ayat 9:

Maksudnya: “Dan Kami turunkan air daripada langit berupa hujan yang penuh dengan keberkatan dan manfaatnya sekali gus menyuburkan tanaman serta kebun dengan hasil yang lumayan yang dituai.”

Bayangkan jika tiada hujan sama sekali di dunia ini? Bagaimana kehidupan dunia akan mampu menyeimbangkan fungsi dan bekalan untuk terus hidup.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Sebelum Berbuka Ustaz Don, Amal 10 Minit Sebelum Buka Puasa Paling Mustajab!

Baca juga: Doa Keluar Rumah Yang Perlu Diamalkan Selalu, Elak Perkara Bahaya & Gangguan

Baca juga: Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu