Doa Hilang Barang Atau Lupa Tempat Letak Agar Dipertemukan Semula Dengan Segera

Doa kehilangan barang berharga seperti wang ringgit atau emas perlu diamalkan agar segera dapat dijumpai dengan selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadual harian yang sibuk kadang-kadang boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan seseorang. Pernah tak anda berdepan dengan hilang barang/ lupa tempat letak/ diambil oleh orang lain? Jika ya, amalkan beberapa doa kehilangan barang ini.

Tidak dinafikan bahawa mencari barangan yang hilang adalah sukar yang agak sukar dan memenatkan. Sudah selongkar di setiap tempat, namun akhirnya masih juga belum ditemui membuatkan ramai berputus asa.

Kumpulan Doa Kehilangan Barang

Dalam isu barang hilang atau manusia hilang, agama Islam tidak menolak bahawa syaitan cuba menyorokkannya hingga tidak mudah dijumpai oleh manusia dengan mata kasar.

Ada juga keadaan yang berlaku apabila kedua-dua mata kita tidak dapat melihat sesuatu yang besar di depan mata oleh kerana pandangan kita ditutupi oleh jin atau syaitan.

Justeru itu, kita amat digalakkan untuk kembali kepada ajaran Islam dalam menangani masalah ini. Selain memperbanyakkan ibadah fardhu dan sunat, anda juga boleh berdoa mengembalikan semula barang yang hilang.

Terdapat beberapa doa kehilangan barang berharga yang boleh anda cuba sebagai ikhtiar untuk mendapatkan semula barang tersebut.

Berikut ini, kami kongsikan antara doa hilang barang berharga dan amalan yang boleh dibaca.

Doa Ketika Hilang Barang 1

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumi: “Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah”

Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.

Doa Hilang Barang Kemas  2

Dalam riwayat yang lain pula, terdapat sebuah kisah yang menceritakan bagaimana Ummu Salamah yang telah kehilangan suaminya, lalu Rasulullah SAW mengajarkan sebuah doa:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Rumi: Inna lillahi wa inna ilayhi raji`un, Allahumma jurni fi musibati wa ‘khluf li khayran minha

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. 

Doa Hilang Barang  3

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Rumi: Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati

Maksudnya: Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa Ketika Hilang Barang 4

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَ

Rumi: Allahumma ajini fii musiibatii wakhlufni khoiran minha

Maksudnya: Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..

Doa Ketika Hilang Barang 5 

بسم الله يا هادي الضلال وراد الضالة اردد علي ضالتي بعزتك وسلطانك فإنها من عطائك وفضلك

Rumi: “Bismillahi yaa haadi al dhalal wa raadi al dhaalah, urdud ‘ala dhaalatii bi izzatika wa sulthanika fainnahaa min ‘athaaika w fadhlika”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksud: Bismillah, wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk sesuatu yang hilang arah, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang hilang, kembalikanlah kepadaku barangku yang hilang dengan kemuliaan Mu dan kekuasaan Mu, sesungguhnya itu adalah dari pemberian Mu dan kemurahan Mu.

Doa Hilang Barang Berharga 6

اَللّٰهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآ لَّتِىْ

Rumi: Allaahumma ya rabbadl dloollati wa yaa haadiyan minadl dlolaalati rudda dloollati

Maksud: Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang. Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang.

Tips Menemukan Semula Barangan Penting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaedah untuk mendapatkan kembali barang yang telah hilang, tersalah letak atau dicuri oleh pencuri, anda boleh mengamalkan langkah dan doa hilang barang berharga:

  1. Terlebih dahulu anda harus mengetahui barang yang telah hilang / dicuri oleh si pencuri.
  2. Setelah anda mengetahui barang yang hilang / dicuri, barulah anda membaca beberapa doa hilang barang kemas atau barang penting yang mudah ini:
  3. Baca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, maka lanjutkan dengan membaca surat Al-Ikhlas (Qulhu Allahu Ahad) sebanyak 7 kali.
  4. Berselawat sebanyak 7 kali
  5. Baca Ya Allah sebanyak 3 kali.
  6. Baca Asmaul Husna ‘Ya Hafiidhu’ sebanyak 119 kali
  7. Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa :“Ya Allah, aku mohon supaya dikembalikan barang (sebutkan barang yang hilang / telah dicur)i secepat mungkin”

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah hilang / dicuri.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Sanggup Biarkan Suami Gadai Barang Emas, Asalkan Satu Keluarga Dapat Makan

Baca juga: Isteri Sedih Diuji Suami Baran, Sanggup Buang Beras Agar Isteri Dan Anaknya Kelaparan

Baca juga: Beli Barang Untuk Mak Ayah, Jika Mereka Meninggal Ia Jadi Harta Pusaka & Dilarang Ambil Balik