X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mimpi Menyusukan Bayi & Arti Di Sebaliknya, Benarkah Ia Petanda Saka/ Gangguan Jin?

6 min bacaan
Mimpi Menyusukan Bayi & Arti Di Sebaliknya, Benarkah Ia Petanda Saka/ Gangguan Jin?

Mimpi menyusukan bayi pasti membuatkan anda berasa risau, lebih-lebih lagi jika anda bukanlah seorang ibu dan masih belum kahwin

Pernahkah anda mimpi menyusukan bayi? Tidak kiralah bayi sendiri atau bayi orang lain? Dan mesti selepas itu anda akan tercari-cari maksudnya terutama jika anda masih lagi belum berkahwin atau masih belum mempunyai cahaya mata.

Jadi apakah arti mimpi menyusui bayi laki laki atau perempuan? Adakah ia petanda buruk atau sebaliknya? Tidak boleh lari dari pelbagai persoalan, memang tidak pelik jika anda rasa semacam bila mimpi menyusukan bayi kerana banyak juga perkongsian mengatakan ia bawa petanda.

Arti mimpi menyusukan bayi, adakah ia petanda baik atau buruk?

Mimpi menyusukan bayi

Kali ini kami kongsikan apakah arti mimpi menyusui bayi laki laki atau perempuan berdasarkan perkongsian daripada beberapa sumber. Namun kesahihannya sehingga kini masih belum lagi dapat dipastikan. 

#1. Mimpi menyusui bayi laki2: akan mendapat rezeki

Dikatakan bagi anda yang bermimpi menyusukan bayi laki2 atau lelaki, anda mungkan akan mendapat rezeki daripada seseorang yang tidak terduga kerana usaha yang anda lakukan selama ini.

Jika anda bermimpi menyusui bayi perempuan pula, ia juga bererti akan mendapat rezeki daripada orang-orang di sekeliling yang amat menyayangi anda. Mereka dikatakan sangat ambil berat akan diri anda. 

#2. Mimpi menyusui bayi sebelah kiri: akan mendapat rezeki tidak halal

Sejauh mana kesahihannya, tidak dapat dipastikan. Tetapi menerusi beberapa perkongsian, jika anda bermimpi menyusui bayi di sebelah kiri, ia bermakna anda akan mendapat rezeki daripada jalan yang haram. 

Jika bukan anda yang mencari rezeki itu, ada kemungkinan rezeki daripada sumber haram berpunca suami anda. Jadi dinasihatkan berhati-hati dengan rezeki yang diperoleh, terutamanya apabila dalam jumlah begitu besar.

#3. Mimpi menyusui bayi sebelah kanan: mendapat rezeki halal

Sudah pasti ini adalah matlamat mereka yang bekerja. Mendapat rezeki halal dan menggunakannya untuk keluarga adalah lebih baik. Walaupun tidak banyak, tetapi jika rezeki itu berkat anda akan sentiasa rasa cukup. 

Dikatakan jika anda mimpi menyusui bayi sebelah kanan, rezeki yang anda akan dapat adalah daripada sumber yang halal. Jadi teruskanlah usaha anda mencari rezeki yang halal. 

#4. Mimpi susukan bayi sebelum berkahwin: akan timbul fitnah

Dikatakan jika anda mimpi susukan bayi sebelum berkahwin, atau ketika itu masih bujang akan ada fitnah yang timbul mengenai diri anda. Ini kerana mimpi susukan bayi apabila belum bernikah atau berkahwin adalah sesuatu yang bukan normal.

Tetapi bagi wanita yang mempunyai anak angkat, tiada salahnya untuk mereka menggalakkan susu dan menyusukan bayi bagi menjadikan bayi itu mahram kepadanya.

Oleh itu, elakkanlah diri anda daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan mengundang berita tidak baik terhadap diri anda dan keluraga.

#5. Mimpi menyusui bayi ketika mengandung: Mendapat rezeki berlipat ganda

Mimpi menyusukan bayi

Dikatakan, jika anda mimpi menyusui bayi ketika sedang mengandung, anda akan memperoleh rezeki berlipat ganda yang akan membawa kebahagian kepada anda dan keluarga.

Rezeki berlipat ganda itu tidak semestinya dalam bentuk duit, mungkin anak yang baik, ilmu yang bermanfaat, usia yang berkat juga adalah rezeki berlipat ganda yang luar biasa. 

#6. Arti mimpi menyusui bayi: Petanda bakal menerima tanggungjawab besar

Arti mimpi menyusui bayi yang seterusnya adalah anda bakal menerima satu tanggungjawab yang besar. 

Oleh itu, berusahalah memikul dan melaksanakan tanggungjawab anda dengan sebaiknya. 

#7. Mimpi menyusukan bayi orang lain: tidak mementingkan diri sendiri

Pernahkan anda mimpi menyusukan bayi orang lain? Dikatakan jika anda bermimpi sedemikian, ada kemungkinan anda seorang yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi dalam masa yang sama anda juga dikatakan mengabaikan diri sendiri. 

Untuk itu, lakukanlah yang terbaik untuk diri anda. 

#8. Mimpi menyusui bayi dan air susunya banyak: tanda sesuatu buruk

Anda pernah mimpi menyusui bayi dan air susunya banyak? Kalau ya, ini sepertinya petanda yang kurang baik.

Ada yang mengatakan bahawa mimpi menyusui bayi dan air susunya banyak bermaksud anda telah melakukan sesuatu yang berisiko buruk. Atau apa yang anda rancang dan sedang lakukan selama ini berpotensi untuk mengalami kegagalan.

Maksud mimpi bayi dalam Islam

Mimpi bukan semua mainan tidur. Tapi kalau dah kita asyik mimpi benda yang sama maknanya ada lah maksud mimpi tu yang sebenar.

Menurut perkongsian Ustaz Norazri Medzlan, untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ketika tidur.

Namun bagi yang tidak tahu, mimpi bayi dalam bentuk yang menakutkan atau mengerikan adalah bermakna kita sedang dalam gangguan jin.

Tidak menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi. Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tersebut di dalam mimpi. Akan tetapi jika mimpi dukung bayi, menyusukan bayi atau terima bayi dari seseorang, itu bermakna bermakna kita sudah terima saka ataupun jin sudah ada masuk dalam badan.

Patut percaya atau tidak?

Mimpi menyusukan bayi

Patut percaya atau tidak sekiranya anda bermimpi menyusukan bayi dan ada petanda baik atau buruk yang akan berlaku. Ada juga yang mengatakan syirik sekiranya anda percaya akan perkara itu.

Apa yang penting, sentiasalah jaga diri anda bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku dan sentiasalah berusaha menjadi yang terbaik jika anda inginkan sesuatu.

Petua apabila anda mengalami mimpi yang buruk

Antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dengan doa ini.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.

Justeru bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:

  1. Meludah ke kirinya, tiga kali
  2. Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
  3. Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
  4.  Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
  5. Mengambil wudhuk lalu melakukan solat.

Tips untuk mengelakkan mimpi buruk ketika tidur

Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

  • Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
  • Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
  • Cuba bangun tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
  • Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
  •  Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
  • Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
  • Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

My Tvonline, Tafsir Mimpi, Aku Islam

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Benarkah Mimpi Dukung Bayi Bermakna Rezeki Akan Lebih Murah? Ini Maksud Mimpi Anda

Baca juga: Anda Sering Bermimpi Dukung Bayi Orang Lain? Ini Maksud di Sebalik Mimpi Itu!

Baca juga:  20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Mimpi Menyusukan Bayi & Arti Di Sebaliknya, Benarkah Ia Petanda Saka/ Gangguan Jin?
Kongsikan:
  • Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

    Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

    Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Atasi Masalah Kesuburan Lelaki

  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham