X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kelahiran Mati/Stillbirth Beri Kesan Emosi Mendalam Pada Ibu, Ini Cara Bangkit Semula

6 min bacaan
Kelahiran Mati/Stillbirth Beri Kesan Emosi Mendalam Pada Ibu, Ini Cara Bangkit Semula

Cara mengawal emosi ketika berdepan ujian bayi lahir mati adalah amat penting untuk kesejahteraan mental dan fizikal para ibu

Kehilangan bayi akibat kelahiran mati adalah amat menyakitkan. Ketika berdepan ujian ini, rata-rata ibu dilanda kesedihan hingga memakan masa begitu lama untuk pulih. Ada beberapa cara mengawal emosi agar tidak menjejaskan kesihatan anda.

Berpantang tanpa bayi di sisi adalah berganda lebih sakit. Sudahlah luka bersalin dijahit, dalam masa sama ibu meratapi pemergian si kecil yang baru beberapa jam dilahirkan ke dunia.

Isi Kandungan

  • Cara mengawal emosi ketika diuji bayi lahir mati
  • Proses berduka ketika berdepan bayi lahir mati
  • Perhatikan tanda kemurungan
  • Merancang kehamilan seterusnya

Cara mengawal emosi ketika diuji bayi lahir mati

kesan emosi kehilangan bayi

Sememangnya bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan realiti kehidupan yang tidak dijangka tanpa seorang bayi. Dalam hal ini, tubuh ibu bukan sahaja memerlukan masa untuk pulih secara fizikal, anda juga memerlukan masa dan tahu cara mengawal emosi dengan baik.

Justeru kami kongsikan beberapa perkara dan cara mengawal emosi sewaktu anda berdepan episod duka ini.

#1. Di hospital

Seperti biasa, ibu mungkin pergi ke klinik untuk pemeriksaan pranatal seperti biasa. Namun siapa sangka diberitahu berita buruk dan segera dibawa ke unit kecemasan untuk bersalin.

Sebaik sahaja melahirkan bayi, ibu dan si kecil mungkin akan dipisahkan (sekiranya terdapat masalah atau keadaan tidak normal). Ini kerana bayi perlu diberikan rawatan segera bagi menyelamatkan nyawanya.

Kebanyakan ibu hanya mengetahui keadaan sebenar bayi mereka beberapa jam selepas kelahiran. Ketika inilah anda akan rasa terlalu kecewa dan sedih.

  • Mencari jawapan

Dianggarkan satu pertiga daripada kelahiran mati tidak diketahui punca yang sebenar.

Apa yang berlaku kepada bayi saya? Adakah terdapat apa-apa kesalahan diri yang menjadi punca kehilangan ini? Adakah ia akan berlaku lagi?

Walaupun sesetengah kes kelahiran mati tidak dapat dijelaskan, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu anda mengetahui punca berkaitan.

Sebelum anda pulang dari hospital, doktor mungkin melakukan ujian darah, air kencing atau tiroid untuk menentukan sama ada kesihatan anda memberi kesan kepada kehamilan.

Mereka juga mungkin menguji plasenta, tali pusat dan membran untuk memeriksa keabnormalan, serta menjalankan ujian kromosom bayi untuk memeriksa keadaan genetik seperti sindrom Down.1

Anda juga akan diberi pilihan untuk melakukan bedah siasat ke atas bayi anda. Jika anda bersetuju dengannya, ia boleh memberikan maklumat berharga tentang punca kelahiran mati.

#2. Mengatasi rasa bersalah

Cara mengawal emosi setelah kehilangan bayi adalah mengelakakn rasa bersalah.

Sesetengah orang mengalami rasa bersalah selepas kelahiran mati, merasakan bahawa jika mereka cuba melakukan sesuatu berbeza, hasilnya mungkin lebih baik. Sama seperti keguguran, kelahiran mati bukanlah kesalahan sesiapa.

Kecacatan kelahiran dan jangkitan pada ibu datau bayi menyebabkan peratusan besar risiko kelahiran mati; punca-punca ini tidak dapat dielakkan dan boleh berlaku di luar jangkaan.

#3. Ucapkan selamat tinggal

berdepan bayi lahir mati stillbirth

Biasanya, ibu diberikan sedikit masa untuk diluangkan bersama bayi sebelum dikebumikan. Manfaatkan waktu ini untuk menggendong, menciumnya dan mengambil gambar bersama.

Jika anda tidak selesa dengan idea untuk meluangkan masa bersama, ia tidak mengapa asalkan anda fikir yang terbaik. Perlu ingat bahawa setiap orang berdepan ujian kehilangan bayi secara berbeza.

Jangan berasa tertekan untuk melakukan sesuatu yang anda tidak selesa.

#4. Bukan anda seorang sahaja yang sedih

Menangis adalah cara manusia normal menunjukkan kesedihan yang dialami. Namun jangan lupa, bukan anda seorang sahaja yang merasai kehilangan ini.

Pasangan dan ahli keluarga turut menghadapi kehilangan  yang sama seperti anda. Paksalah diri untuk besar, mendiamkan diri dan menghormati cara orang lain bersedih adalah kunci untuk anda tidak keseorangan melalui perasaan sedih ini.

#5. Kuatkan diri bila pulang ke rumah

Setelah selesai urusan pengebumian, anda dan ahli keluarga akan pulang ke rumah. Terdapat beberapa perkara yang anda mungkin ingin pertimbangkan bila ingin kembali kepada kehidupan tanpa bayi yang amat dinantikan sebelum ini.

Adalah normal jika anda berasa seperti hubungan anda dengan bayi sudah berakhir. Paling memeritkan apabila melihat segala kelengkapan bayi di dalam bilik telah tersedia rapi.

Proses berduka ketika berdepan bayi lahir mati

Kajian menunjukkan bahawa trauma emosi disebabkan oleh kelahiran mati boleh memberi kesan begitu mendalam terhadap kehidupan ibu ayah. Namun ia juga bergantung kepada cara mengawal emosi dan kesedihan anda.

Proses bersedih mempunyai lima peringkat yang boleh dikenal pasti—penafian, kemarahan, tawar-menawar, kesedihan/kemurungan, dan penerimaan—yang dilalui seseorang mengikut kemampuan mereka sendiri.

Kelahiran mati boleh menjadi topik yang sukar untuk dibincangkan oleh ramai orang, dan kesedihan kehilangan bayi dalam kandungan malangnya adalah sesuatu yang sukar difahami oleh orang ramai dalam banyak budaya.

Ada beberapa cara mengawal emosi anda iaitu:

#1. Menjelaskan kesedihan

cara mengawal perasaan sedih

Stories Rakan Kongsi
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Ibu Bapa Ingin Anak Memiliki Tinggi Ideal? Ini Caranya..
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Have You Heard Of This Contagious Disease That Affects Many Children?
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Life skills for children: Teach your kids these important life skills

Kesedihan boleh menjadi luar biasa dan memakan masa. Pada mulanya, mungkin sukar untuk bercakap tentang perasaan anda kerana begitu banyak emosi membanjiri fikiran.

Sebaliknya, anda mungkin berasa mati rasa di dalam dan tidak tahu apa yang hendak dibincangkan. Beri diri anda masa dan ruang bagi mengatasi perasaan sama ada bersendirian, bersama orang tersayang atau kaunselor.

#2. Jangan berseorangan, dapatkan bantuan orang lain

Walaupun pada mulanya anda akan mengelakkan dari berdepan orang sekeliling yang datang melawat, ingatlah bahawa mereka ingin membantu pulihkan semangat baru.

Sebenarnya sokongan orang yang anda sayangi adalah tidak ternilai. Walaupun ibu tidak bersedia untuk bercakap, biarkan mereka membantu anda dengan tugas-tugas kecil di dalam rumah.

Ketika ini, ibu dalam pantang berdepan keletihan fizikal dan emosi. Orang sekeliling akan rasa gembira sekiranya mereka dapat bersama-sama dengan anda melalui episod menyedihkan ini.

Ingat, mereka juga sedang melalui proses kesedihan mereka sendiri, walaupun ia tidak setakut anda. Tidak mengapa untuk meminta bantuan apabila anda memerlukannya.

Pemulihan emosi daripada kelahiran mati boleh menjadi perlahan dan sukar, tetapi menggunakan sumber di sekeliling anda—profesional dan peribadi—boleh menjadikan perjalanan anda lebih mudah.

Perhatikan tanda kemurungan

Kesedihan dan air mata adalah sebahagian daripada kesedihan kelahiran mati, dan tiada had masa untuk proses berduka. Sindrom kemurungan dan tekanan selepas trauma (PTSD) lebih kerap berlaku pada ibu selepas kelahiran mati, menurut kajian 2016.

Adalah baik untuk mengetahui perubahan kesihatan mental dan tanda-tanda kemurungan selepas bersalin, termasuk:

  • Perubahan selera makan (makan terlalu banyak atau terlalu sedikit)
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Menangis yang berlebihan
  • Perasaan marah, mudah marah dan/atau resah
  • Rasa putus asa atau tidak berharga
  • Mengasingkan diri
  • Tidak suka melakukan aktiviti yang pernah anda gemari
  • Gejala fizikal seperti sakit perut atau sakit kepala
  • Fikiran tentang kematian, bunuh diri, atau mencederakan diri sendiri

Jika anda tidak pasti sama ada anda masih melalui proses berduka biasa atau sedang menghadapi kemurungan, berbincang dengan doktor atau kaunselor anda untuk mendapatkan sokongan dan nasihat.

Merancang kehamilan seterusnya

Kehidupan perlu diteruskan. Perancangan masa hadapan adalah penting, justeru anda mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada ingin mempunyai ramai anak atau tidak.

Jika anda ingin mencuba hamil lagi, carilah masa yang sesuai. Ini tidak bermakna anda telah melupakan bayi yang lahir mati.

Bercakap dengan doktor anda apabila anda sudah bersedia, terutamanya jika punca kelahiran mati pertama anda adalah sesuatu yang boleh berulang dalam kehamilan akan datang.

Sentiasa menjaga diri anda dengan baik, dan yakinlah bahawa kehamilan seterusnya datang membawa kebahagiaan berganda.  

Semoga bermanfaat!

Very Well Family

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bagaimanakah Cara Menguruskan Kesihatan Mental Selepas Kehilangan Kehamilan?

Baca juga: Bahaya Posisi Tidur Terlentang Bagi Ibu Hamil, Ia Boleh Menyebabkan Bayi Lahir Mati

Baca juga: Risiko Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Mati Jika Over Due 40 Minggu Kehamilan – KAJIAN

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehilangan Bayi
  • /
  • Kelahiran Mati/Stillbirth Beri Kesan Emosi Mendalam Pada Ibu, Ini Cara Bangkit Semula
Kongsikan:
  • Perut Sakit & Keluar Darah Ketika Hamil? Hati-Hati, Ia Mungkin Tanda Keguguran!

    Perut Sakit & Keluar Darah Ketika Hamil? Hati-Hati, Ia Mungkin Tanda Keguguran!

  • Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

    Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

  • Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

    Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

  • Perut Sakit & Keluar Darah Ketika Hamil? Hati-Hati, Ia Mungkin Tanda Keguguran!

    Perut Sakit & Keluar Darah Ketika Hamil? Hati-Hati, Ia Mungkin Tanda Keguguran!

  • Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

    Janin Keluar Atas Tapak Tangan & Masih Bergerak, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

  • Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

    Terjatuh Dalam Bilik Air, Ibu Hamil Kembar Tiga Pasrah Alami Keguguran Selepas Seminggu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.