Benarkah Mimpi Dukung Bayi Bermakna Rezeki Akan Lebih Murah? Ini Maksud Mimpi Anda

Mimpi dukung bayi yang dialami ketika tidur boleh menganggu fikiran anda. Ada yang katakan ia petanda baik dan ada juga kata petanda buruk

Pernah tak anda mimpi dukung bayi dan mulai tertanya-tanya apa petandanya? Malah ada yang mengalaminya lebih daripada sekali dari situlah timbulnya tanda tanya. 

Ada yang mimpi bayi lelaki, mimpi dukung bayi perempuan, ada juga yang mimpi dukung bayi kembar. Tapi adakah setiap mimpi hadir dengan petanda? 

Ramai yang percaya mimpi bayi bukanlah sekadar mainan tidur, jadi apa kata kita semak apa tafsir mimpi ini?

Tafsir mimpi dukung bayi

#1. Mimpi bayi tanda murah rezeki 

Bagi anda yang sering mimpi bayi lelaki, tafsir mimpi mendapat rezeki yang melimpah ruah. Sejauh mana kebenarannya? Wallahualam. 

Ini semua berdasarkan kepercayaan sahaja, tidak perlulah kita terlalu percaya bahkan jangan terus mengharap ya. Ini juga memberi petanda untuk si ibu lebih bersyukur dengan rezeki yang mendatang, jangan lupa diri dan sentiasalah bersedekah. 

#2. Menjadi lebih berani

Mimpi dukung bayi lelaki juga seolah memberi petanda untuk si ibu menjadi lebih berani dalam hidup. Tidak kira apa jua masalah yang dihadapi ibu-ibu perlu tanganinya dengan sabar dan berfikiran bijak. 

Jangan sentiasa mengikut emosi bila mimpi bayi, tenangkan hati dalam membuat keputusan dan jangan sesekali dalam keadaan terburu-buru. 

#3. Mimpi bayi- mendapat keredhaan 

Mimpi dukung bayi perempuan ini sama saja tandanya dengan mendukung bayi lelaki. Keduanya akan dilimpahi rezeki malah mendapat keredhaan daripadanya.

Ada kemungkinan juga anda terlalu menginginkan kehadiran seorang bayi dalam hidup lantas Allah kurniakan satu mimpi yang indah-indah buat anda sebelum anda menimang cahaya mata yang sebenar jika dimurahkan rezeki. Ada juga kemungkinan anda dinaikkan pangkat, mendapat pekerjaan baru ataupun menerima rezeki yang tidak diduga.  

#4. Inginkan perhatian

Dengar cerita tafsir mimpi seperti ini bermakna anda inginkan perhatian. Samalah seperti bayi yang memerlukan sepenuh perhatian daripada ibu-bapanya. 

Mungkin selama ini si ibu mendapat kurang perhatian daripada pasangan, keluarga atau rakan-rakan. Jadi ibu-ibu sendiri perlulah pandai bersosial dengan hubungi kembali teman-teman lama. Tidak perlu menunggu tema-teman yang memulakan dulu.

Sentiasa rancakkan jadual anda, ini bermakna apabila tiba hujung minggu rancang aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga atau rakan-rakan. 

#5. Ada orang cemburu

Tafsir mimpi juga cenderung untuk memberi petanda yang tidak baik. Dalam konteks ini ada kemungkinan mendukung bayi menjadi petanda orang luar rasa iri hati bersama anda.

Semak semula kiriman anda di sosial media baru-baru ini, ada tak yang mengundang iri hati daripada teman-teman atau orang asing?

#6. Bakal memiliki tanggungjawab yang berat

Mimpi yang sering bertandang ini kemungkinan juga memberi erti anda bakal memikul satu tanggungjawab baru. Baik dalam kerjaya atau dalam keluarga.

Latih diri anda untuk menjadi lebih kuat secara emosi, kerana bimbang jika satu-satu tanggungjawab itu hadir dalam keadaan yang tidak disangka akan memberi impak kepada anda. 

#7. Emosi yang tidak stabil

Sekiranya mimpi anda melibatkan anda sedang mendukung anak yang sedang menangis, itu tandanya anda sendiri dalam keadaan emosi yang tidak stabil. Mungkin baru-baru ini anda baru hilang pekerjaan atau memulakan pekerjaan baru. Baru saja menyambut ketibaan cahaya mata dan sebagainya.

Emosi anda kadang kala berasa gembira dan kadang kala cepat gelisah. Ambil masa untuk relaks, pergilah bercuti seketika dan tenangkan minda dan hati.

Mungkin saja anda risau pada keadaan yang tidak penting atau tidak terjadi pun lagi. Jadi janganlah anda membuang tenaga anda begitu sahaja. 

Jadi ibu-ibu ada tafsir mimpi dukung bayi baru-baru ini dan terjadinya salah satu petanda di atas? Janganlah terlalu bimbang ya, ini cuma kepercayaan orang sahaja, bukanlah seratus peratusnya benar. Jika terjadi mungkin satu kebetulan jika tidak terjadi janganlah disalahkan pula ya. 

Mimpi bayi dalam Islam

Menurut perkongsian Ustaz Norazri Medzlan, untuk yang biasa dengan perubatan Islam mesti dah tahu apa sebenarnya maksud mimpi bayi ni. Untuk yang tak tahu sebenarnya tafsir mimpi bayi yang menakutkan/mengerikan adalah bermakna kita sedang dalam gangguan jin.

Tidak menjadi masalah kalau kita hanya nampak sahaja bayi dalam mimpi. Maksudnya kita tak sentuh langsung bayi tu dalam mimpi tersebut.

Kalau dah start dukung/menyusukan atau terima bayi dari seseorang tu bermakna kita dah terima saka ataupun jin dah ada masuk dalam badan.

Pernah ada sahabat yang mesej bertanya pasal gangguan jin ni. Dia kata dia selalu susah tidur malam. Kadang-kadang dia nampak kelibat lembaga hitam. Dia selalu mimpi  sedang menyusukan bayi.

Sampai dia rasa sayang dengan bayi tu. Rupanya dia pernah terima saka dari arwah nenek dia waktu Tanpa dia tahu.

Almarhum Tuan Guru Haron Din dulu pernah bagitahu bila kita boleh nampak benda halus, bukan bermakna kita ada kelebihan. Tapi mintalah dengan Allah supaya sembuhkan kita dari penyakit tu, bila sampai tahap kita boleh nampak macam-macam benda ghaib bermakna kita sedang dalam sakit.

Jangan berbangga dengan benda-benda macam ni. Kalau boleh cari lah perawat dari pusat rawatan Islam minta rawat dari penyakit ni. Takut menjadi mudarat dengan diri kita nanti.

Mimpi bayi menurut Islam bukan semua mainan tidur. Tapi kalau dah kita kerap mimpi bayi, maknanya ada lah maksud mimpi tu yang sebenar.

Saya bukanlah arif sangat dalam mentafsir mimpi ni. Mimpi yang baik itu datangnya daripada Allah swt, manakala mimpi yang buruk itu dari syaitan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak ‘Makna’ Di Sebaliknya!

Baca juga: Mimpi Menyusukan Bayi & Arti Di Sebaliknya, Benarkah Ia Petanda Saka/ Gangguan Jin?

Baca juga: “Nenek Tua Nak Ambil Anak”, Mimpi Wanita Hamil Jadi Nyata, Janin 4 Bulan Hilang, Perut Kempis!