Doa melembutkan hati orang yang sedang marah adalah salah satu cara dan usaha kita untuk berbaik semula tanpa menyimpan dendam yang terlalu lama.
Doa ini elok diamalkan ketika dimarahi seseorang atau selepas berlakunya salah faham terutama apabila berdepan dengan pasangan yang menunjukkan sisi keras kepala dan ego yang tinggi.
Selain memohon maaf dan bermanis muka, adalah penting untuk kita meminta pertolongan Allah dengan membacakan doa yang boleh melembutkan hati orang yang disayangi.
Jangan takut menyambung hubungan silaturahim yang terputus.
Doa lembutkan hati seseorang, mustajab dibaca
Ramai antara kita sebenarnya yang mempunyai hati sekeras ‘batu’ , degil , sukar menerima teguran dan nasihat menjadikan mulut berat untuk melafazkan setelah berlakunya salah faham.
Walaupun hati manusia sentiasa berubah-ubah, tetapi yakinlah bahawa semuanya boleh berlaku dengan izin-Nya.
Doa melembutkan hati dari jarak jauh
Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Al-khattab supaya terbuka hatinya untuk memeluk agama Islam.
اَللّٰہُ لَطِیۡفٌۢ بِعِبَادِہٖ یَرۡزُقُ مَنۡ یَّشَآءُ ۚ وَ ہُوَ الۡقَوِیُّ الۡعَزِیۡزُ
‘Allahu latifun bi’ibaadihi yarzuqu man yasyaa-u wahuwal qawii-yul ‘aziiz’
Maksudnya: “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa”
Caranya, baca doa ini sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, keputusannya akan berubah.
Doa melembutkan hati yang keras dan degil
Amalkan surah Taha, ayat 1-5
طه (1) مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ (2) إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ (3) تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلْعُلَى (4)ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَى(5)
Taa’ Haa. (1) Ma anzalna Aalayka alqur-analitashqa (2) Illa tazkiratan liman yakhsha (3) Tanzeelan mimman khalaqa al-arda wassamawatialAula (4) Arrahmanu AalaalAarshi istawa (5)
Maksudnya: “Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
Asmaul Husna Ya Latif
Selain doa, kita juga boleh mengamalkan zikir Ya Latif. Bacakan zikir ini dan tiupkan ketika anda sedang menyediakan makanan atau ketika mengusap ubun-ubunnya.
Doa Nabi Musa AS
Doa ini berdasarkan kisah Nabi Musa AS dan Daud AS yang berusaha untuk melembutkan sesuatu hal yang tidak pasti.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيْزُ الْكَبِيْرُ وَأَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيْفُ الذَّلِيْلُ الَّذِيْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ، اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِيْ كَمَا سَخَّرْتَ فِرْعَوْنَ لِمُوْسَى وَلَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ الْحَدِيْدَ لِدَاوُدَ فَإِنَّهُ لَا يَنْطِقُ إِلَّا بِإِذْنِكَ نَاصِيَتُهُ فِيْ قَبْضَتِكَ وَقَلْبُهُ فِيْ يَدِكَ جَلَّ ثَناَءُ وَجْهِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
‘Allaahumma innaka antal azizul kabir. Wa anaa abduka adhdhoiifudzdzaliil. Alladzi laa haula wa laa quwwata illaa bika. Allahumma sakhirli … (sebut nama orang dimaksud) kama sakhkhorta fir’auna li musa. Wa layyin li qolbahuu kama layyantalhadiida li dawuda. Fa innahu la yantiqu illa bi idznika. Nashiyatuhuu fii qobdhatika. Wa qolbuhuu fi yadiKa. Jalla tsana-u wajhika ya arhamar rakhimiin’
Maksudnya: “Ya Allah, sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar. Sedangkan aku hambaMu yang sangat hina dina. Tiada upaya dan kekuatan kecuali karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah… (sebut nama si polan) padaku, sebagaimana Engkau telah menundukkan Fir’aun pada Musa AS.
Dan luluhkan hatinya untukku, sebagaimana Engkau telah meluluhkan besi untuk Daud AD. Sesungguhnya dia takkan berbicara kecuali dengan izinMu. Ubun-ubunnya dalam genggamanMu, dan hatinya di tanganMu. Pujian wajahMu telah Agung, wahai Yang Maha Penyayang.
Doa supaya bersabar
Bacalah surah al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali-Imran ayat 14 setiap kali selesai solat fardhu. Mudah-mudahan apabila dibaca ketika waktu mustajab berdoa, seseorang itu lebih tenang ketika berurusan dengan kita.
يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ
Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah
Maksudnya: “Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (surah al-Baqarah: 165)
Atau
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ
Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah
Maksudnya: “Dihiaskan dan dijadikan indah bagi manusia iaitu harta benda kesukaannya, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta-benda yang banyak dari emas dan perak.” (surah Ali-Imran: 14)
Doa melembutkan hati orang yang sedang marah
لاَاِلهَ اِلاَّاللهُ الْحَلِيْمُ الْحَكِيْمُ، سُبْحَانَ اللهِ رَبّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لآَاِلهَ اِلآّ اَنْتَ عَزَّجَارُكَ وَجَلَّ ثَنَآؤُكَ
“La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘adzimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka,”
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Kasih lagi Maha Bijaksana, Maha Suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan menguasai arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Kuat dan Maha Tinggi perlindunganMu”
Ketahuilah bahawa doa-doa ini bukan sahaja dibaca bertujuan untuk melembutkan hati seseorang yang sedang marah, ia juga boleh dibaca untuk diri sendiri supaya lebih sabar dan tenang dalam apa jua situasi.
Teruskan usaha berbuat baik sesama manusia. Walaupun usaha kita tidaklah banyak mana, tetapi yakinlah Allah memandangnya walau sebesar zarah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Doa Lembut Hati Anak Yang Ringkas Dan Mustajab, Ibu Ayah Amalkan Selalu Setiap Hari
Baca juga: Nak Anak Lembut Hati, Mak Ayah Dulu Kena Berhenti Mengamuk, Cuba 3 Cara Ini Lembutkan Hati Anak!
Baca juga: Semakin Hari Semakin Sayang, Ini Dia 8 Doa Rumah Tangga Berkekalan Yang Suami Isteri Boleh Amalkan!