''Imam, Doakan Suami Saya Ditimpa Bala,'' Wanita Minta 'Tolong', Kecewa Suami Kahwin Lain

Doa seorang istri yang tersakiti adalah mustajab dan mudah dimakbulkan. Para suami berusahalah menjaga hati dan perasaannya agar rumah tangga anda bahagia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah kehidupan berumah tangga, tidak akan sunyi tanpa sebarang ujian. Ada wanita diuji dengan sikap pasangan dan ada juga diuji dengan zuriat. Walau bagaimanapun tahukah anda bahawa mustajabnya doa seorang istri yang tersakiti?

Sedar ataupun tidak, ramai suami pada hari ini mengabaikan perasaan isteri dan anak-anak. Selain bersikap lepas tangan, ada yang sanggup bermain cinta dengan wanita lain serta bertindak mengikut nafsu.

Doa seorang istri yang tersakiti dimakbulkan oleh Allah

credit to sources

Menurut kisah benar yang terjadi di Mesir, seorang imam di sebuah masjid di Iskandariah terkejut apabila ada seorang wanita meminta dirinya mendoakan suaminya ketika menunaikan soat terawih.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu turut memberikan wang sebanyak 100 pound Mesir (RM26.17) sebagai ganjaran.

Memetik laporan daripada Gulf News, difahamkan seorang kanak-kanak telah datang mendekati imam tersebut ketika solat terawih. Dia diminta oleh ibunya untuk menyerahkan sehelai kertas kepada imam di masjid berkenaan.

Sebaik sahaja imam membuka lipatan kertas yang diterimanya, dia menemui sejumlah wang bersama pesanan bertulis, ”Tolong doakan suami saya. Saya dengar kamu ketika berdoa. Suaramu sangat lembut dan manis, pasti Allah akan perkenankan doa kamu.”

… Suami saya telah berkahwin dengan perempuan lain. Saya juga mohon anda berdoa dari lubuk hati supaya dirinya ditimpa oleh bala. Ini 100 pound untuk anda dan jika semakin banyak imam mendoakan dia, lebih banyak wang yang akan anda terima nanti,” tulis wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, imam berkenaan meluahkan bahawa dia berasa kurang senang dengan tindakan wanita terbabit. Dia kemudiannya mengambil gambar nota tersebut dan menjadi tular di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betapa mustajabnya doa seorang istri yang tersakiti

credit to sources

Isteri yang solehah menjadi idaman bagi setiap lelaki. Ia umpama perhiasan dan kecantikan dunia yang mampu mengalahkan indahnya kilauan emas, intan bahkan permata sekalipun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun bagi yang tidak pandai menghargai pasti akan mensia-siakannya. Sebab itulah ramai isteri pada zaman kini meluahkan rasa kecewa dan patah hati ketika berdepan dengan pelbagai sikap suami.

Meskipun begitu, ketika berdepan dengan ujian rumah tangga adalah baiknya anda memohon pertolongan dan berdoa yang baik-baik untuk suami agar menjadi pemimpin terbaik buat keluarga.

Bicara dan mengadulah kepada Allah. Mengadu dengan penuh linangan air mata serta keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya hanya menyakitkan.

Sambil masak, doalah untuk suami. Sambil basuh baju, doalah untuk suami. Sambil pegang tangan, doalah untuknya. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.

Manfaat doa isteri bagi kehidupan suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betapa besarnya kesan doa seorang isteri dalam kehidupan suami. Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan dan dipermudahkan.

Asbab doanya, suami diberikan kesihatan baik, dilindungi dari segala bentuk kejahatan serta kemudaratan. Doa seorang istri yang tersakiti sangat mustajab.

Jika rumah tangga anda sedang diuji, berdoalah. Jika suami tidak seperti yang diimpi, berdoalah. Jika suami berpaling hati, berdoalah. Jika isteri dizalimi, berdoalah..

Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri, jangan pernah putus asa untuk meminta pertolongan daripadaNya. Hikmah doa seorang isteri memberikan impak yang besar dalam kehidupan suami. Antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Mendorong kejayaan suami

Kekuatan doa seorang isteri dan keutamaan berdoa dalam Islam ternyata memberikan manfaat luar biasa kepada kehidupan suami isteri. Jika anda berbuat baik dengan isteri, segala urusan seharian akan berjalan dengan mudah.

#2. Membuka pintu rezeki

Meskipun gaji bulanan suami tidak begitu banyak, namun ia pasti akan menjadi cukup berkat doa seorang isteri yang solehah.

#3. Dilindungi oleh Allah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap langkah suami keluar dari rumah untuk mencari rezeki, isteri akan mendoakan supaya anda sentiasa selamat dari sebarang kecelakaan atau musibah di jalanan. Sebab itulah minta isteri untuk selalu mendoakan yang baik-baik.

Sumber: The News, Borak Daily

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanja Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari