Doa Lembut Hati Anak Yang Ringkas Dan Mustajab, Ibu Ayah Amalkan Selalu Setiap Hari

Doa lembut hati anak yang ringkas perlu diamalkan selalu supaya si manja mudah dengar kata dan menjadi anak soleh dan solehah

Ramai ibu bapa mengadu anak nakal dan tak mahu dengar nasihat. Selain mencuba beberapa tips keibubapaan yang positif, anda juga boleh amalkan selalu doa lembut hati anak bagi membolehkan mereka mengawal tingkah laku.

Tapi sebelum membaca doa untuk anak tersebut, anda perlulah mengenal pasti punca masalah tingkah laku anak tersebut terlebih dahulu. Pertamanya, lihat dari maksud nama anak. Adakah ia sama dengan karakter mereka?

Keduanya, teliti cara anda melayan dan mendidik anak-anak. Adakah ia terlampau ketat, garang atau terlalu dimanjakan?

Doa lembut hati anak 

Ketiga, adakah rezeki keluarga yang diperolehi itu datang daripada sumber yang halal atau sebaliknya?

Seterusnya didikan agama. Apakah anda ada menghantar anak ke sekolah pengajian Al-Quran dan mendidik anak solat berjemaah bersama ketika di rumah?

Kenapa semua perkara di atas penting untuk diteliti? Sebabnya, ia boleh mempengaruhi jiwa anak-anak dan menentukan keperibadian mereka bila dewasa kelak.

Dalam ikhtiar membentuk tingkah laku yang baik pada diri anak, mereka perlulah diajar dengan nilai-nilai murni sejak dari kecil.

Impaknya nanti besar mereka akan lebih memahami orang sekeliling, tidak bertindak mengikut perasaan dan paling penting hormat orang tua.

Beriku beberapa doa lembut hati anak yang boleh ibu ayah amalkan selalu:

#1. Surah Ali Imran; Ayat 200

Sebelum membaca doa lembutkan hati anak ini, adalah lebih afdhal memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat kursi dan selawat Syifa sebanyak tujuk kali.

Kemudian, usap ubun-ubun anak dengan penuh kasih sayang, berserta niat yang baik. Setelah itu, baca doa lembutkan hati anak sebanyak tujuh kali dan tiup ke atas ubun kepala anak.

 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

#2. Doa melembutkan hati anak dari Surah As-Syura Ayat 19

Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut.

Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.

Maksud doa melembutkan hati anak: Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

#3. Doa untuk anak menjadi penyejuk mata ibu ayah 

Ini adalah salah satu doa untuk anak yang disyariatkan kepada kita juga, agar memohon keluarga dan anak keturunan yang dapat menjadi penyejuk pandangan, dan penawar di hati.

Selain itu, ia turut menekankan permohonan kita agar dapat menjadi pemimpin yang baik atau ‘role model’ yang dapat menjadi ikutan orang-orang bertaqwa. Selitkan doa ini setiap kali selepas solat.

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
(Surah Al-Furqan Ayat 74)

“Rabbana hab lana min azwaa jina wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yuun. Waj alna lil muttaqiina imaamaa.”

Maksud doa untuk anak:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

#4. Doa untuk anak taat pada Allah

Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَآ اُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَۖ وَاَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا ۚ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
(Surah Al-Baqarah Ayat 128)

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

Sahabat Anas bin Malik berkata: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa kepada Umar bin Khattab.

اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ لَيِّنْتَ لِدَاوُدَالْحَدِيْد
“Allahumma Layyinli Qalbahu, Layyinta li Dawudal Hadiid.”

Maksudnya:

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melunakkan besi kepada Nabi Dawud.”

#5. Doa untuk anak yang baik: Surah Taha

Salah satu Surah yang boleh dijadikan amalan doa melembutkan hati anak-anak istimewa adalah dengan mengamalkan bacaan surah Taha ayat 1-5.

Baca doa pelembut hati anak ini selepas subuh dan maghrib. Ataupun baca dihadapan anak-anak sambil mgusap ubun-ubun dan dada mereka.

Kemudian, bicaralah dalam hati supaya Allah lembutkan hati anak kita supaya mereka lebih tenang dan mudah dididik serta diuruskan. Selepas itu, tiup atau hembus secara perlahan kepada mereka. Moga-moga Allah dapat melembutkan hati mereka dan dapat membentuk tingkah laku mereka dengan baik.

Amalan bacaan Surah Taha ini bukan hanya untuk anak-anak syurga kita sahaja, tetapi baik juga untuk diri kita sambil mengharapkan supaya Allah melembutkan hati ibu ayah untuk redha menerima seadannya anak kita malah sentiasa diberikan hati yang sabar dalam menguruskan mereka.

Terjemahan doa lembut hati anak: Ayat 1 – 5 (Surah Taha)
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam (berkuasa) diatas ‘Arasy.

Cara membaca doa melembutkan hati anak

Kaedah pertama:

  • Membaca doa melembutkan hati anak yang tertentu pada air seperti Surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
  • Selawat Syifa, selawat Tafrijiyah
  • Doa menghindar maksiat (Surah Al-Mu’min ayat 3) bersama beberapa doa pelembut hati anak yang lain.
  • Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak yang bermasalah dan boleh juga dibuat mandi.

Kaedah kedua baca doa pelembut hati anak:

Bagi menangani masalah anak degil dan suka melawan cakap ibu bapa, anda boleh juga ambil air tadahan wuduk dan beri anak mandi. Caranya begini:

  1. Bersihkan dahulu badan dengan sabun terutama bahagian anggota wuduk. Ia termasuk anggota yang rukun dan sunat.
  2. Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk
  3. Cara mudah, duduk atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian bawah antara kedua-dua belah kaki. Minta isteri/suami untuk membantu mengambil wuduk.
  4. Basuh semua anggota wuduk sebanyak tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Kemudian ambil wuduk seperti biasa. 
  5. Setelah suami selesai melakukannya, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama.
  6. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul dalam baldi tadi campurkan dengan air biasa.
  7. Gunakan air tersebut untuk mandian anak-anak yang bermasalah.

InsyaAllah dengan usaha ini, anak-anak akan berubah dan patuh kepada kedua ibu bapanya. Semoga perkongsian doa pelembut hati anak ini bermanfaat.

 Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Untuk Bayi Baru Lahir, Ibu Bapa Elok Amalkan Untuk Perlindungan Anak Dari Gangguan

Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Ini Untuk Anak Mudah Dengar Kata, Pintar & Dijauhkan Zina

Baca juga: Ada Baiknya Mengamalkan Doa Ini. Jangan Risau Kalau Tak Tahu, Ini Doa Keluar Rumah Rumi Yang Memudahkan Anda