TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin

4 min bacaan
7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin

Kali ini kami kongsikan doa untuk ibu mengandung yang boleh diamalkan oleh mereka yang sedang hamil sebagai ikhtiar supaya dipermudahkan urusan.

Banyak kajian menunjukkan aktiviti membaca ketika bayi masih dalam kandungan memberi impak yang sangat positif kepada perkembangan mereka. Jadi bagi mereka yang beragama Islam, elok diamalkan surah dan doa untuk ibu mengandung yang kami kongsikan ini. 

Intonasi dalam suara telah dibuktikan dapat membentuk pembelajaran auditori bagi bayi walaupun masih dalam rahim. Menjadi keutamaan bagi bayi untuk kenal suara ibu mereka.

Malah, suara bukan setakat mempengaruhi pembangunan sistem pendengaran bayi, lebih menarik lagi, ia juga memberi kesan kepada perkembangan sosial dan emosi mereka.

Doa untuk ibu mengandung yang elok diamalkan

Doa untuk ibu mengandung

Kredit: iStock

Terdapat banyak penyelidikan mengenai kesan suara seorang ibu kepada anak yang dikandung dalam rahim. Apabila seorang ibu membaca dengan kuat, suaranya mempunyai kesan menenangkan pada bayi yang belum lahir atau bayi yang baru lahir.

Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan.

Doa yang diberikan ringkas dan mudah dihafal. Malah, surah-surah untuk ibu mengandung ini juga boleh dibaca oleh si ayah, lebih baik supaya ikatan antara anak dan ibu bapa sentiasa terjalin.

Walaupun tiada dalil dalam Islam yang menyuruh ibu hamil mengamalkan mana-mana surah dalam al-Quran, tetapi tidak salah sekiranya ibu hamil membaca surah-surah dalam al-Quran dengan harapan agar Allah swt mengurniakan kesihatan, kebaikan, kemudahan serta rahmat Allah buat ibu dan anak yang dikandungnya.

Dalam setiap surah yang dibaca sudah terkandung doanya. Jadi adalah lebih baik untuk ibu mengandung cuba memahami maksud di sebalik setiap ayat yang dibaca. 

#1. Surah al-Fatihah

Surah al-Fatihah merupakan surah pertama dalam al-Quran, seperti mana maksudnya iaitu pembukaan. Antara fadilat mengamalkan surah Al-Fatihah adalah menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

#2. Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Maryam memang terkenal dan sinonim buat ibu hamil. Antara kisah yang terdapat dalam surah ini adalah ketika Maryam ra melahirkan Nabi Isa as di tengah padang pasir secara sendirian.

#3. Surah Luqman

Doa untuk ibu mengandung

Surah Luqman mengisahkan tentang nasihat-nasihat seorang bapa kepada anaknya. Antara fadilat amalkan surah ini adalah untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

#4. Surah Yusuf

Doa untuk ibu mengandung

Kredit: JD.ID

Surah Yusuf pula menceritakan kisah hidup Nabi Yusuf as. Nabi Yusuf as terkenal dengan ketampanan wajah. Harapannya, dengan mengamalkan surah ini, anda dapat memperoleh anak yang bukan setakat cantik rupa tetapi juga cantik akhlak seperti Nabi Yusuf as.

#5. Surah Yaasin

Antara fadilat membaca Surah Yaasin adalah untuk mempermudahkan urusan. Itulah sebabnya kita selalu baca Surah Yaasin buat orang yang sedang nazak dan mereka yang akan menduduki peperiksaan.

Tujuannya agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi ketenangan hati. Begitu juga buat ibu yang mengandung. Antara tujuannya adalah untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

#6. Surah at-Taubah

Turunnya Surah at-Taubah kerana menceritakan tentang kaum musyrik yang mengingkari janji, dan isi yang paling tersohor dalam Surat At-Taubah ialah mengenai perang Tabuk.

Dinamakan at-Taubah krana taubatnya 3 orang yang tidak ikut dalam perang Tabuk, padahal dalam sejarah peperangan, mereka selalu mengikuti perang melawan musuh-musuh Allah SWT.

Oleh itu, dengan mengamalkan surah ini, diharapkan agar kita sentiasa mengingati Allah swt dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Mudah-mudahan ibu hamil dan bayi dalam kandungan dapat membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

#7. Surah an-Nahl

Antara intipati Surah an-Nahl adalah berkenaan dengan lebah seperti mana nama surah ini yang bermaksud lebah. Terlalu banyak hikmah yang kitab oleh pelajari daripada seekor lebah.

Surah ini diamalkan oleh ibu hamil untuk melahirkan anak yang berdisiplin. Malah, ayat 78 Surah an-Nahl sangat elok diamalkan ketika hendak bersalin agar proses kelahiran bayi sentiasa dipermudahkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Anak Bukan Kena Tahu ‘Buat’ Sahaja, Tapi Kena Amalkan Juga Zikir Ikhtiar Hamil

Baca juga: 6 Doa Permudahkan Proses Bersalin Untuk Bakal Ibu, Jadikan Ini Sebagai Amalan!

Baca juga: Ibu, Rajin-Rajinlah Doa Untuk Anak Jadi Bijak, 10 Malam Terakhir Ramadan Amalkan Doa Ini!

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • 7 Surah & Doa Untuk Ibu Mengandung Yang Elok Diamalkan Ikhtiar Mudah Bersalin
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

    Robot Vakum: Adakah Saya Patut Beli? Ini ''Pro and Cons'' Yang Perlu Anda Pertimbangkan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham