TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Doktor Hebat Ini Jahit Lukanya Sendiri Agar Dapat Selamatkan Lebih Ramai Nyawa!

24 Aug, 2017
Doktor Hebat Ini Jahit Lukanya Sendiri Agar Dapat Selamatkan Lebih Ramai Nyawa!

Dr Jemilah Mahmood adalah aktivis kemanusian yang sangat hebat. Beliau sanggup menjahit luka tembakannya sendiri demi membantu menyelamatkan insan lain dalam masa yang sama! Ikuti kisah beliau di sini.

Dr Jemilah Mahmood – doktor hebat yang jahit lukanya sendiri demi insan lain!

Satu nama yang tidak asing lagi dalam badan MERCY Malaysia, Dr Jemilah Mahmood. 

Semasa beliau bertugas di sebuah hospital di Iraq, mereka terperangkap dalam satu kejadian tembak-menembak. Dua orang meninggal dunia, dua doktor cedera dan Dr. Jemilah sendiri telah ditembak di bahagian paha.

Dr Jemilah Mahmood telah ditembak selepas penembak menembak sahabatnya, Dr Baba. Dr Baba mengalami kecederaan yang lebih teruk!

Akibatnya, beliau mengambil keputusan untuk menjahit dirinya sendiri, membiarkan peluru tersebut di dalam, dan pergi ke meja bedah untuk mendapatkan sahabatnya, Dr Baba. 

Melihat sahabatnya yang terbaring, beliau menangis dan menyesal membawa kumpulan kemanusiannya ke sana.

Mereka telah menaikkan bendera putih kemanusiaan, namun masih ditembak.

Seorang wanita hamil memerlukan bantuannya ketika serangan!

Namun sebelum berfikir lebih jauh, realiti menghentamnya! Beliau teringat seorang wanita anemik yang hendak bersalin memerlukannya.

Dr Jemilah pantas menjalankan pembedahan C-seksyen dan selamat menyambut seorang bayi lelaki.

Semuanya dalam masa satu jam selepas beliau ditembak di paha dan kehilangan sebahagian dari ahli pasukannya. 

Tapi, sesuatu yang aneh terjadi… 

Wanita yang baru bersalin tadi kelam-kabut ingin mengemas barangnya. 

Beliau bertanya kepada wanita itu mengapa dia mengemas barang-barangnya.

Jawapannya, kerana wanita itu ingin ada di rumah bersama anak-anaknya sekiranya mereka dibom malam itu.

Ketika itu beliau sedar, orang seperti wanita ini dan sukarelawan yang mati adalah wira sebenar dan memanggil dirinya sendiri wira seolah-olah memperkecilkan mereka yang mati dalam situasi ini.

Dr Jemilah Mahmood

Foto ehsan: Youtube

Dr Jemilah tak jemu memperjuangkan kemanusian walaupun nyawa mungkin terancam

Beliau sedar yang gerakan kemanusiaan tidak melindungi mereka dari kekejaman peperangan.

Hari ini, beliau adalah rakan kongsi di Internationa Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), sebuah badan kemanusiaan terbesar di dunia. 

Bersama-sama badan tersebut, beliau berganding bahu membantu menyelamatkan mereka yang tersekat dalam peperangan, bencana alam dan kecemasan kesihatan tanpa diskriminasi terhadap bangsa, kewarganegaraan, kepercayaan, agama dan pilihan politik.

Menurut beliau, sektor kemanusiaan tak lagi dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan. Sejak Januari 2017, sudah ada 29 kes kematian sukarelawan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah yang dilaporkan.

Dr Jemilah sebenarnya bermula dalam bahagian obstetrik dan gynekology telah jatuh cinta dengan kemanusiaan selepas bersembang dengan anaknya. 

Semasa beliau sedang menonton televisyen bersama anaknya yang berusia 5 tahun, beliau menerangkan tentang perang di Kosovo. Bagaimana kanak-kanak di sana kelaparan akibat peperangan.

Anaknya membalas dengan spontan “Ibu kan seorang doktor, pergi dan lakukan sesuatu“.

Dan disitulah bermulanya perjalanan Dr Jemilah sebagai aktivis kemanusiaan. Beliau segera memohon untuk terlibat dengan pelbagai organisasi kemanusiaan.

Malaysia tidak mementingkan kemanusian punca Dr Jemilah Mahmood menubuhkan organisasi

Di dalam satu sesi temuramah oleh Perdana Leadership Foundation, Dr Jemilah menyatakan yang dia pernah bertanya kepada suaminya mengapa Malaysia tidak mementingkan kemanusiaan.

Stories Rakan Kongsi
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Fahami Impak Cacar Air Daripada Diari Doktor Pakar
Alarming Facts About Your Child’s Formula Milk Powder
Alarming Facts About Your Child’s Formula Milk Powder
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics

Suaminya berpendapat, Malaysia terlalu fokus dengan kemajuan pembangunan dan ekonomi hingga terlupa tentang keseimbangan kemanusiaan. Jika tidak dibangunkan belas ehsan, solidariti, Malaysia akan jadi negara yang gelap di masa hadapan.

Dan inilah yang menguatkan sebab mengapa beliau perlu memulakan organisasi.

Pada tahun 1999, Dr Jemilah telah memulakan MERCY Malaysia dengan objektif utama iaitu menyediakan bantuan medikal bagi mereka yang lemah sama ada dalam situasi krisis atau bukan krisis.

Doktor Hebat Ini Jahit Lukanya Sendiri Agar Dapat Selamatkan Lebih Ramai Nyawa!

Foto ehsan: Says

MERCY Malaysia pimpinan Dr Jemilah

MERCY Malaysia telah menghantar 5 misi ke Kosovo semasa peperangan 1999 untuk menyediakan penjagaan medikal secara mobil. 

Ketika itu mereka mempunyai dana yang terlalu kecil hingga para sukarelawan terpaksa membayar tiket kapal terbang mereka sendiri. 

Pada tahun yang sama, mereka telah menghantar bantuan ke Turki untuk membantu mangsa gempa bumi Izmit. 

Hingga kini, MERCY  Malaysia telah menghantar bantuan ke Aceh, Somalia, Gaza, Sierra Leone dan Korea Utara antaranya. 

Beliau hanya ingin membantu orang lain

Doktor Hebat Ini Jahit Lukanya Sendiri Agar Dapat Selamatkan Lebih Ramai Nyawa!

Beliau juga telah menceritakan yang beliau telah dibesarkan oleh ibu bapa yang langsung tidak berkira untuk membantu orang lain.

Ibu bapanya selalu membantu orang yang sedang mencari pekerjaan dan menumpangkan mereka tidur di rumah. Mereka bukan orang senang namun mereka berkongsi apa yang mereka ada.

Ibunya juga telah menghantar bantuan kewangan ke masjid secara senyap-senyap.

Apabila ibunya meninggal dunia, orang dari seluruh Malaysia bertanya mengapa bantuan kewangan ke masjid tersebut terhenti.

Rupa-rupanya barulah beliau tahu yang ibunya selama ini dalam senyap membantu orang lain.

Dr Jemilah telah dikurniakan pelbagai anugerah oleh Malaysia dan diberikan gelaran Tan Sri.

Di mata dunia, beliau telah menjadi penerima pertama Anugerah Isa untuk khidmat Kemanusiaan pada tahun 2013.

Anugerah Isa merupakan anugerah yang ditubuhkan oleh Raja Hamad bin Isa al Khalifa, Raja Bahrain untuk meraikan ketua kemanusiaan di dunia.

Dr Jemilah juga berkhidmat sebagai pemangkin dan penggerak utama di MERCY Malaysia yang diiktiraf sebagai NGO Asia pertama dan NGO ketiga di seluruh dunia.

Ia bakal disahkan untuk akauntabiliti kemanusiaan oleh Kemanusiaan Kebertanggungjawaban Kemanusiaan Antarabangsa pada tahun 2007.

Kami di theAsianparent mengucapkan ribuan terima kasih di atas bakti yang ditabur oleh Dr Jemilah Mahmood. Semoga beliau sentiasa dilindungi Tuhan agar dapat berkhidmat untuk kemanusiaan. 

Go, doctor!

Sumber: Says

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhamil-luar-rahim-doktor-keguguran-sambut-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Doktor Hebat Ini Jahit Lukanya Sendiri Agar Dapat Selamatkan Lebih Ramai Nyawa!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham