Dompet Jadi Penarik Rezeki Dengan Mempraktikkan 10 Amalan Ini Selalu

Siapa sangka warna dompet pun memainkan peranan dalam menjemput rezeki...

Benarkah dompet penarik rezeki? Eh hairan juga ya, macam mana pula dompet boleh dikatakan salah satu cara bawa rezeki kepada kita pula?

Ha… Ini yang kita tidak sedar selama ini. Hakikatnya, setiap amalan kita sebenarnya boleh menyumbang kepada pembawaan rezeki, hanya dengan beberapa amalan positif dalam aktiviti seharian.

Berikut adalah cara-caranya.

Dompet Penarik Rezeki: Amalan Positif Yang Boleh Mempengaruhi Kewangan Anda

Kredit: Freepik

Wang dan kekayaan tertarik pada orang yang memperlakukannya secara baik, hormat, dan penghargaaan.

Malah kemewahan dan kemakmuran tertarik pada tempat-tempat di mana mereka merasa baik. Oleh kerana inilah, menurut feng shui, dompet punya kesan besar pada kedudukan kewangan pemiliknya!

Tips Dompet Penarik Rezeki

Apakah ciri-ciri dompet yang boleh memberikan kesan positif dan menarik kekayaan? Jom semak senarai di bawah!

1# Warna Dompet

Kredit: Freepik

  • Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam feng shui. Malah mengikut kajian, warna dapat memberikan kesan pada mood dan emosi. Warna dompet anda haruslah mempunyai unsur yang melambangkan kekayaan seperti warna emas, warna coklat dan warna merah.

2# Bentuk Dompet

  • Bentuk dompet yang tidak berlipat, tegap dan panjang. Dompet seperti ini memudahkan anda memasukkan dan mengeluarkan wang dengan mudah. Malah, wang sebaiknya tidak berlipat jadi dompet sebegini memang sesuai digunakan.

3# Susunan Wang

  • Tempatkan wang dalam bilangan yang sama dalam satu bahagian.  Malah, susun gambar wang menghadap ke arah yang sama dan mengikut nilai matawang tersebut, dari kecil ke besar. 

4# Bahagian @ Compartment Dompet

  • Wang perlukan susunan dan kerapian. Pilih dompet yang mempunyai compartment dalam bilangan ganjil seperti 11, 13, 15. Elakkan kiraan genap. 

5# Dompet Yang Tidak Berlipat

Kredit: Freepik

  • Pastikan dompet anda bukan jenis berlipas-lipat dan berlubang. Pastikan tenaga atau qi dompet selalu segar. Jika dompet rosak, ganti dengan yang baru! Menurut feng shui, dompet sebaiknya ditukar setiap 3 tahun penggunaannya.

6# Kedudukan Dompet

  • Elakkan letak di poket belakang seluar anda. Biasakan menyimpan dompet secara baik ketika tidak digunakan. Ketika pulang ke rumah sehabis kerja atau jalan-jalan, keluarkan dompet dari beg tangan anda. 

7# Nombor Siri Wang

  • Simpan duit yg bernombor siri depan 9, akhir 9 dan tiada no 0 di tengah. Simpan dengan baik di dalam dompet anda ya, sebaiknya jangan guna dan jangan simpan dalam bank.

10# Matawang Asing

Kredit: Pexels

  • Simpan sekurang-kurangnya 1 keping wang USD$, 1 keping emas (dinar atau goldbar). Pilih wang asing yang nilai tukarannya tinggi.

11# Bersedekah

12# Elakkan Sampah Dalam Dompet Anda!

  • Jangan campur segala resit dan sampah dalam dompet. Kemaskan dompet anda sekerap mungkin dan hanya kosongkan ruang untuk diisi dengan wang. Malah kad kredit juga perlu diletakkan berasingan kerana kad kredit melambangkan hutang.

Dompet Penarik Rezeki: Cara Membersihkan Dompet

Kredit: Pexels

  1. Setiap minggu, luangkan masa 5 minit untuk mengemas dompet anda bagi memberi ruang tenaga positif di dompet. Bersihkan dompet yang kotor akibat sisa makanan atau habuk yang mungkin anda tidak sedar!
  2. Kosongkan dompet dari resit yang tidak digunakan, kad-kad yang mungkin telah tamat tempoh atau kertas-kertas yang tertulis nombor telefon. Bina ruang untuk mengisi wang baru dalam dompet.
  3. Sebelum mengisi sebelum isi dompet, jemur sebentar di bawah sinaran matahari bagi membersihkan dompet dari toksik. Susun wang secara rapi, dan hanya masukkan benda yang diperlukan sahaja.

Kami berharap artikel tentang dompet penarik rezeki ini dapat membantu anda menjemput lebih banyak rezeki.

Semoga mencuba!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Beto Rahman