Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

lead image

Tahukah anda tentang dosa suami menyakiti istri? Apabila isteri menangis kerana disakiti, maka kurangkan rezeki kurnian Allah SWT kepada rumah tangga...

Dalam kehidupan berumah tangga, biasalah itu jika terjadinya permasalahan, salah faham, atau perbezaan pendapat. Namun, tahukah anda tentang apa hukumnya jika seorang suami itu membuatkan isterinya menangis?

Hari ini, kami di theAsianparent akan mengupas tentang hukum membuat isteri menangis dan dosa suami menyakiti istri.

Kupasan ini bukanlah untuk menyalahkan pihak suami semata-mata, sebaliknya ia bolehlah dijadikan panduan dan renungan dalam kehidupan berumah tangga.

Ini kerana dalam perkahwinan, seorang suami wajib melindungi, menjaga, dan menafkahi isterinya. Justeru apabila suami membuatkan isteri menangis, dia sudah melakukan dosa suami menyakiti istri.

Apa itu dosa suami menyakiti istri? 

src=https://www.dailydot.com/wp content/uploads/06e/f3/e87c04b6a6c3e7c94159a752ffa7fed0.jpg Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

Kredit: The Daily Dot

Mungkin tanpa suami itu sendiri sedar, ramai yang telah menyakiti hati isteri dan membuatkan isteri itu menangis.

Cuma ada suami yang memang betul-betul tak nampak atau “buat-buat” tak nampak. Tapi adakah ia dikira sebagai dosa suami menyakiti istri?

Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi

“Dan gaulilah isterimu dengan baik, lalu jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu. 

Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”

Surah ini menjelaskan bagaimana para suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.

src=http://www.cinema.wisc.edu/wp content/uploads/2013/02/crying wife.jpg Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

Sebuah lagi hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri ada menyebut 

“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada Allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada Allah SWT, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka.

Jika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah SWT akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”

Hal ini bermaksud dosa suami menyakiti istri dan hukum membuat isteri menangis ialah haram

Jadi sebagai suami, apabila berbuat sesuatu, jauhilah tangisan dari isteri. Kerana tangisannya itu akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menyebabkan dosa suami menyakiti istri. 

Dosa suami menyakiti istri – rezeki akan berkurangan…

Hal ini dibuktikan sendiri dengan pelbagai fenomena dan kejadian yang melibatkan cabaran pasangan suami isteri dalam berumah tangga.

src=https://s3.envato.com/files/3510ad9b 37ba 40e5 b011 10a091f4646a/inline image preview.jpg Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

Seorang suami yang bernama Nazim sempat berkongsi bagaimana dosa suami menyakiti istri ini mampu mengurangkan rezekinya. Semuanya kerana suami sengaja membuatkan isterinya menangis.

Ikuti luahan Nazim berikut:

*****

 Semalam aku jumpa seorang kontraktor yang jujur dan rajin. Aku terkesima mendengar ceritanya. 

Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Kejujuran yang bagaimana? Beliau mengatakan betapa penting kejujuran pada keluarga dan kerja yang menghalalkan rezekinya.

Kejujuran pada keluarga dengan menjaga isteri atau ibu bapa kita dengan jujur. Percayalah Allah itu adalah segala-galanya. 

Beliau juga tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih kepada Allah dan isterinya. Kata beliau, semuanya dari Allah, asalkan kita jujur dan melakukan yang terbaik. 

Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah lekang bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. Kata beliau, semua ini berkat doa isterinya juga. 

src=https://wwwcache.wral.com/asset/lifestyles/family/2016/05/02/15676889/15676889 1462277255 640x360.jpg Bila suami sakitkan hati isteri dan buatnya menangis, rezeki pun akan berkurang...

Setiap kali selepas solat, isterinya itu tidak pernah berhenti mendoakan ibu bapa, ibu bapa mertua dan suaminya. Oleh sebab Allah sayang pada isterinya, dia mengurniakan rezeki pada mereka, pada anak-anak.

Sebab itu beliau sentiasa menjaga hati isteri. Beliau jujur dengannya. Beliau berkhidmat pada keluarga mertua. 

Satu ayat yang paling aku tak boleh lupa ialah

“Siapa yang sakitkan hati isteri memang Allah tak bagi hidup yang berkat. Tak berjaya. Wanita ini amanah dan anugerah Allah. Mereka siang malam berjaga dan berkorban untuk keluarga. Jagalah Bidadari ini. 

Hal ini buat aku terfikir, ramai orang ingat duit hanya boleh datang jika kita bekerja siang dan malam. Rezeki mungkin lebih melimpah ruah jika kita pandai, cantik dan glamor.

Tapi kita lupa erti bersyukur. Kita lupa ada orang yang memiliki semuanya pun tidak cukup bahagia.

Kita lupa nak menghargai isteri. Kita lupa nak pandang anak kita. Kita lupa nak menghormati ibu bapa.

Hakikatnya semua dari Allah. Jika kita berbuat baik pada ibu, ayah dan isteri kita, nescaya kita akan dikasihi dan disayangi Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Philly’s 7th Ward

Baca juga:

7 cara membahagiakan isteri seperti dibuat Rasulullah, kan best jika suami ikut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!