Tahniah! Dr Amalina Bakri Mengandung Anak Pertama, Kongsi Tips Buat Ibu Yang Bekerja

Dr Amalina Bakri mengumumkan berita gembira dirinya sedang berbadan dua baru-baru ini. Dia turut berkongsi beberapa tips untuk ibu bekerja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengumumkan berita gembira di laman instagram mengenai kehamilan sulungnya baru-baru ini, pakar bedah kelahiran Malaysia Dr Amalina Bakri turut tidak terkecuali daripada mengalami alahan dan muntah teruk seperti wanita hamil lain.

Apakah maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?

  • Dr Amalina Bakri alami alahan teruk, pernah muntah & hampir pengsan ketika bertugas
  • 7 tips buat ibu hamil yang bekerja long hours dari Dr Amalina Bakri

Sebagai pakar bedah yang perlu bekerja berjam-jam lamanya, katanya beliau turut pernah mengalami episod muntah malah pernah hampir pengsan ketika bertugas.

Dr Amalina Bakri alami alahan teruk, pernah muntah & hampir pengsan ketika bertugas

Justeru untuk membantu ibu hamil lain yang mengalami perkara sama, bakal ibu ini berkongsi tips kepada wanita mengandung di luar sana yang perlu bekerja dalam jangka waktu panjang. 

Katanya, beliau melalui trimester pertama kehamilan yang sukar sehingga awal trimester kedua dengan alahan dan muntah yang turut menyebabkannya kehilangan berat badan. Malah beliau turut pernah muntah dan hampir pengsan ketika sedang bertugas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata kajian diterbitkan dalam jurnal JAMA Surgery menunjukkan pakar bedah berkemungkinan mengalami kesukaran ketika hamil dan melahirkan anak sehingga terpaksa menangguhkan kehamilan mereka untuk mencari masa sesuai.

Namun katanya sokongan daripada suami, ibu dan rakan sekerja, perunding, pengurus hospital dan jururawat yang sentiasa memahami dan menyokongnya menyebabkan perjalanan kehamilannya bermakna dan beliau sangat menghargainya. 

7 tips buat ibu hamil yang bekerja long hours dari Dr Amalina 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, ramai wanita hamil akan mengalami episod keletihan, mual di pagi hari, muntah, deria bau yang sensitif, tekanan darah dan gula dalam darah rendah, terutamanya semasa trimester pertama.

Ini semua boleh menjejaskan keupayaan anda untuk melakukan kerja anda dengan baik. Jadi apa yang boleh anda lakukan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Maklumkan kepada ketua, rakan sekerja – Jadi penilaian risiko kesihatan pekerjaan boleh dijalankan. Mereka akan mengesyorkan pelarasan kerja yang sesuai supaya anda boleh melaksanakan tugas anda dengan selamat. Jika anda seorang doktor, anda juga harus memaklumkan perunding/penyelia anda supaya mereka boleh memberikan sokongan tambahan yang anda perlukan.
  2. Makan sedikit tetapi kerap – makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah lemak (seperti roti, nasi). Ini akan membantu melegakan loya dan memastikan gula darah anda tidak akan turun apabila anda sibuk. Elakkan makanan dan bau yang membuat anda tidak selesa.
  3. Minum banyak air dan kekalkan hidrasi yang baik.
  4. Rehat secukupnya – Beritahulah rakan sekerja anda jika seseorang boleh cover anda semasa anda berehat sebentar.
  5. Pakai stoking mampat (compression socks) terutamanya jika kerja anda melibatkan berdiri berpanjangan (contoh: pakar bedah di dewan bedah) dan minta duduk semasa anda berada di dalam bilik bedah jika keadaan bersesuaian. 
  6. Ambil makanan berhalia – Sesetengah orang mendapati makan makanan atau minuman yang mengandungi halia membantu mengurangkan loya dan muntah. Terdapat bukti untuk menyokong ini. Namun, secara peribadi, ia tidak berkesan untuk Dr Amalina tetapi anda boleh mencubanya jika anda fikir ia berguna untuk anda.
  7. Jangan malu untuk meminta bantuan jika anda alami masalah 

Selamat mencuba untuk semua ibu hamil, semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Tanda Awal Kehamilan Yang Paling KETARA, Ibu Tidak Sedap Badan & Keluar Keputihan

Baca juga: 5 Perkara Paling Best & Membahagiakan Ibu Ketika Berada Trimester Kedua Kehamilan

Baca juga:  Waspada Berat Naik Mendadak Ketika Hamil, Ibu BERISIKO Sukar Bersalin & Kena Czer

Penulis

Lala Annuar