X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Dr Sheikh Muszaphar Mahukan Keluarga Besar, Kongsi "Tips" Pujuk Isteri Tak Nak Anak, Netizen Jadi Berang

22 Mar, 2022
Dr Sheikh Muszaphar Mahukan Keluarga Besar, Kongsi "Tips" Pujuk Isteri Tak Nak Anak, Netizen Jadi Berang

Bagi angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, beliau hendak mendirikan sebuah keluarga yang lebih besar namun dikecam netizen.

Apabila mendirikan rumahtangga, ramai yang mengharap dapat membina sebuah keluarga baik besar mahupun kecil. Bagi angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, beliau bercita-cita hendak mendirikan sebuah keluarga yang lebih besar walaupun sudah menjadi bapa kepada 6 orang cahaya mata.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Dr Sheikh Muszaphar Mahukan Keluarga Besar, Dikatanya ‘Gaslight’ Dr Halina
  • Netizen tidak setuju, ujar Dr Sheikh Muszaphar dicap lelaki egois dan ‘red flag’
  • Kesan melahirkan cahaya mata yang ramai kepada ibu

Dr Sheikh Muszaphar mahukan keluarga besar, dikatanya ‘gaslight’ Dr Halina

Menurut perkongsiannya di Facebook, angkasawan negara ini berkongsi tips bagaimana seorang suami boleh meyakinkan isteri yang keberatan ingin membesarkan keluarga. Namun, perkongsian tersebut mendapat reaksi yang bercampur-campur.

Dalam perkongsian Facebook beliau, Dr Sheikh Muszaphar telah menulis, “I have always loved a big family. And naturally I wanted more. InsyaAllah, dengan keizinanMu.”

facebook dr sheikh muszaphar

Sumber gambar: Facebook

Angkasawan negara tersebut juga telah berkongsi bahawa dia perlu meminta keizinan Dr Halina juga kerana hakikatnya, badan Dr Halina yang menanggung segala dugaan ketika hamil. Tetapi, Dr Sheikh mampu menanggung beban kehamilan, dia sanggup, tulisnya.

Advertisement

Antara tips, atau lebih tepat lagi, pujukan yang dikongsi beliau termasuklah:

  • Dia akan bertanggungjawab atas segalanya, sementara isteri hanya perlu berehat
  • Dr Halina masih cantik seperti sediakala walaupun telah melahirkan 6 orang anak
  • Tidakkah Dr Halina ingin melihat anak-anak membesar lagi?
  • Anak-anak akan menjaga ibu dan ayah apabila usia sudah meningkat tua
  • Ibu ayah tidak akan kesunyian
  • Huru-hara di rumah menjamin keceriaan, kekal awet muda
  • Meramaikan umat Nabi Muhammad (SAW) adalah Sunnah
  • Ajak isteri pergi membeli-belah dan belanjalah apa sahaja yang dia mahukan
  • Lebih ramai, lebih ceria
  • Suami isteri akan meningkat usia bersama hingga ke syurga. Suami akan tetap menyayangi isteri selamanya tidak kira apalah keputusan isteri

Pada pengakhiran perkongsian beliau, Dr Sheikh telah menambah, “Di atas adalah beberapa tips saya untuk meyakinkan para isteri yang keberatan hendak menambah cahaya mata.”

Netizen tidak setuju, ujar Dr Sheikh Muszaphar dicap lelaki egois dan ‘red flag’

Di perkongsian berkenaan, Dr Sheikh telah menerima respons yang bercampur-baur. Ada yang bersetuju dengan tips atau syarat yang ditetapkan oleh beliau sekiranya hendak membesarkan keluarga.

“Sebab dia mampu, tidak biarkan isteri jaga anak seorang. Anak-anak cukup semua pendidikan dia bagi, so why not? Aku okey sahaja anak ramai jika suami layan A+++.”

Namun, ada juga yang mengecam angkasawan negara ini kerana beliau seolah-seolah menekan Dr Halina untuk melahirkan lebih ramai cahaya mata.

dr sheikh muszaphar nak anak ramai

“Jika isteri anda tidak mahukan cahaya mata lagi, jadi si suami perlu hormati pilihannya. Fullstop!”

“This is just… vile. Disgusting tactics for gaslighting a reluctant wife who’s already have to give birth to half a village’s worth of kids and emotionally blackmailing her into bearing another spawn, all because of a man’s oversized ego.”

Ada juga yang menyatakan bahawa ‘tips’ beliau yang ke-4 dan ke-5 seakan-akan bendera merah.

“Anak-anak bukan insurans hari tua,” ujar komen netizen tersebut. “Mereka tidak minta dilahirkan untuk berhutang budi. Kita yang bertanggungjawab atas hari tua kita nanti. Mereka hanya bantu sebab tanggungjawab utama mereka nanti ialah uruskan keluarga/anak-anak mereka sendiri.”

Kesan melahirkan cahaya mata yang ramai kepada ibu

Walaupun sesetengah suami isteri terbuka dengan pilihan untuk mempunyai anak yang ramai, para ibu dan ayah perlulah tahu kesan kepada ibu sekiranya melahirkan terlalu ramai anak.

Para ibu terdedah kepada risiko-risiko kesihatan sekiranya terlalu kerap hamil dan melahirkan anak, antaranya termasuklah:

  • Kelahiran pramatang. Sekiranya ibu terlalu kerap hamil dan melahirkan anak, kandungan tersebut berisiko untuk mengalami kondisi pramatang di mana si manja perlu dijaga dalam unit rawatan rapi neonatal (NICU).
Dr Sheikh Muszaphar Mahukan Keluarga Besar, Kongsi Tips Pujuk Isteri Tak Nak Anak, Netizen Jadi Berang

Sumber gambar: Toodiatots

  • Meninggikan risiko bersalin secara Caesar. Ibu yang kerap hamil akan boleh menyebabkan kedudukan janin yang tidak normal, lalu meningkatkan peluang bagi ibu untuk bersalin secara Caesar.
  • Pendarahan selepas bersalin. Kawasan plasenta yang besar dan rahim yang terlalu besar menyebabkan ibu berisiko mengalami pendarahan selepas bersalin dalam banyak kehamilan yang kerap.

Namun bagi kami, semuanya bergantung kepada kemampuan pasangan suami isteri juga. Apa-apa pun, bincang terlebih dahulu. Jika anda mampu daripada segi kewangan, emosi dan fizikal, apa salahnya. Tetapi jika isteri kata dia sudah cukup, terima sahaja hakikatnya.

Semoga bermanfaat.

World of Buzz, Johns Hopkins Medicine

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Mahu Anak, Bayi Lahir Pramatang Meninggal Ibu Lambat Ke Hospital

Baca juga: Cara Jaga Anak Ramai Yang Memudahkan Ibu Ayah Setiap Hari

Baca juga: Keluarga Besar Memang Seronok, Tapi Ibu Selalu Dipandang Serong

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Dr Sheikh Muszaphar Mahukan Keluarga Besar, Kongsi "Tips" Pujuk Isteri Tak Nak Anak, Netizen Jadi Berang
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham