Hukum Guna Duit Raya Anak Mengikut Mufti WP, Parents Kena Take Note

Duit raya anak yang diperoleh daripada ahli keluarga dan tetamu yang datang ke rumah tidak boleh sengaja digunakan untuk keperluan ibu ayah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Duit raya anak yang diberikan kepada anak adalah hak dan milik anak. Manakala ibu bapa bertindak sebagai pemegang amanah. Hukum guna duit raya anak boleh disimpulkan dalam tiga keadaan.

Hukum Guna Duit Raya Anak

Mengikut laman web Mufti Selangor, hukum ibu bapa menggunakan duit raya anak boleh disimpulkan kepada tiga keadaan:

  1. Harus digunakan untuk maslahat anak dan tidak perlu digantikan
  2. Harus digunakan untuk tujuan peribadi ibu bapa walaupun tanpa izin anak sekiranya ibu bapa dalam keadaan terdesak dan memerlukan namun ia terhad kepada kadar keperluan sahaja tanpa bermewah-mewah
  3. Harus digunakan duit tersebut untuk tujuan peribadi walaupun ibu bapa tidak berada dalam keadaan terdesak, namun ia berstatus qard (pinjaman) dan perlu digantikan semula.

Hukum Terguna Duit Raya Anak

Manakala , berdasarkan Jumhur, (majoriti) fuqaha di dalam Mazhab Asy-Syafie, Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa seorang ayah tidak boleh mengambil harta anaknya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah mereka turut berhujah berdasarkan keumuman hadith Nabi SAW bahawa tidak boleh diambil harta seseorang secara sambil lewa dan sewenang-wenangnya. Berikut sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan di antara kamu adalah haram bagimu sepertimana kemuliaan pada harimu ini, di negerimu ini”.

Hukum Guna Duit Raya Anak Untuk Keperluan Anak

Menurut seorang pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, hukumnya haram sekaligus berdosa sekiranya ibu ayah menggunakan duit raya anak untuk perbelanjaan peribadi. 

Melainkan jika betul-betul terdesak untuk membeli keperluan anak barulah ibu ayah boleh menggunakannya namun perlu digantikan semula apabila berkemampuan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Boleh guna, pinjam sekejap ketika terdesak. Contohnya orang datang nak potong api sebab tak bayar elektrik RM80 tiada duit. Kalau tak bayar, mudarat kepada anak itu juga. Jadi boleh pinjam duit anak dahulu untuk bayar bil serta wajib bayar balik,” tegasnya.

Syarat Jika Ingin Guna Duit Raya Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara itu, para fuqaha dalam Mazhab Hanbali turut berpendapat bahawa seorang ayah berhak mengambil harta anaknya secara mutlak sama ada anaknya masih kecil mahupun sudah besar. Namun ada dua syarat iaitu:

  1. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada anaknya dan tidak mengambil sesuatu yang menjadi keperluannya.
  2. Tidak mengambil harta daripada salah seorang anak dan memberikannya kepada anak yang lain.

Ini kerana mereka berhujah mengikut hadis Nabi SAW

Bermaksud: Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata  ” Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak, dan ayahku ingin mengambil hartaku, maka Rasulullah SAW bersabda “kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru di sini, pendapat majoriti ulama iaitu ibu ayah tidak boleh ambil harta anaknya dengan sewenang-wenangnya dan hanya dibenarkan jika dalam keadaan yang memerlukan sahaja adalah lebih tepat dari segi objektif syarak. 

Apatah lagi, seorang anak apabila meninggal dunia dan mempunyai harta, maka harta berkenaan akan diwarisi oleh isteri, ibu dan anak-anaknya serta adik beradiknya.

Jadi terungkailah di sini bahawa ibu bapa boleh guna wang anak asalkan semasa berada dalam keadaan terdesak seperti tidak cukup duit dan dalam keadaan serba kekurangan sampai nak makan pun tak ada duit. Jadi anda boleh gunakan duit raya anak.

Jika ibu atau ayah guna duit anak dalam perkara yang bukan tergolong dalam kumpulan yang penting, maka anda wajib ganti semula duit tersebut.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Bijak Untuk Uruskan Duit Tabung Anak

Baca juga: Kementerian Pelajaran Malaysia Umum 19 April Cuti Sekolah, 18 April Keputusan STAM

Baca juga: Duit Raya Anak Sikit & Tak Balik Modal, Netizen Terkilan Ada Ibu Ayah ‘Demand’ Lebih

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan