Filem Dumbo, 3 Sebab Kenapa Kisah Menyayat Hati Si Gajah Terbang Ini Perlu Ditonton Seisi Keluarga

Jika anda peminat Disney, ini filem wajib tonton untuk anda tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila ditanya tentang filem Dumbo 2019, saya akan mengatakan ia merupakan sebuah filem yang pastinya akan menjentik emosi anda, dengan permainan watak si gajah comel yang sangat menarik!

Malah jika anda tertanya-tanya, adakah filem Dumbo 2019 ini sesuai ditonton bersama keluarga dan adakah jalan ceritanya menarik, jawapannya sudah tentulah ya! 

Kiwanis MBO Mega Movie Treats 3.0: Tayangan Amal KIWANIS dan MBO Malaysia Bersama 3,400 Kanak-Kanak Istimewa, Serentak di Seluruh Malaysia!

30 Mac 2019 yang lalu, badan kebajikan KIWANIS yang berfokuskan kepada kanak-kanak, telah mengadakan tayangan amal filem terbaharu Disney, DUMBO, kepada ribuan kanak-kanak dan media dengan kerjasama MBO Cinemas.

Ini merupakan tahun ke-3 KIWANIS meraikan kanak-kanak dengan menonton wayang, kali ini berlangsung di cawangan MBO Cinemas terbaru di Atria Shopping Gallery dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei, yang disertai oleh Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran MBO Cinemas, Jamie Tiong, dan Gabenor Kiwanis Malaysia, Ivan Oh.

Tetamu khas lain yang hadir ke majlis tersebut termasuk Ibu Kiwanis yang juga isteri kepada pendahulu
Tan Sri Khir Johari, Puan Sri Khir Johari; Timothy Chu, Naib Presiden JCI Malaysia; dan En Kamarul
Hisham Bin Hj Yeop Hashim, ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Gabenor Kiwanis Ivan Oh berkata,

“Kerjasama dengan MBO untuk membawa peluang ini kepada kanak-kanak bukan sahaja membawa senyuman dan sorakan hari ini, tetapi lebih penting lagi, ia membantu mencetuskan imaginasi dan untuk mereka membawa pulang nilai-nilai bermakna seperti saling menerima perbezaan atau berusaha sehingga kejayaan dicapai.”

Wah, pastinya kanak-kanak yang dirai ini mendapat pengalaman yang hebat dan pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemilihan filem Dumbo juga merupakan pilihan yang tepat kerana ia merupakan filem animasi terbaharu yang penuh dengan nilai-nilai positif untuk seisi keluarga!

Dumbo 2019, Filem Ilham Animasi Walt Disney Kini Menjadi Nyata!

Dumbo adalah filem fantasi Amerika 2019 yang diarahkan oleh Tim Burton, dengan senario yang ditulis oleh Ehren Kruger. Filem Dumbo 2019 ini diilhamkan oleh filem animasi Walt Disney pada 1941 dengan nama yang sama, berdasarkan novel oleh Helen Aberson dan Harold Pearl.

Filem yang dilakonkan oleh Colin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, dan Alan Arkin ini mengenai sebuah keluarga yang bekerja di sarkas yang gagal namun semuanya berubah apabila mereka bertemu dengan Dumbo, anak gajah dengan telinga yang sangat besar yang mampu terbang.

Review Dumbo 2019: Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Dumbo?

Penceritaan Dumbo sangat menarik, malah kisahnya sangat menyedihkan dengan beberapa adegan yang boleh menarik emosi penonton dengan beberapa isu pengorbanan, kasih sayang selain memupuk sifat belas kasihan terhadap haiwan.

Berikut merupakan beberapa sebab filem ini sesuai ditonton bersama keluarga:

Dumbo 2019 #1 Kasih Sayang Ibu dan Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dumbo dan ibunya berpisah disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, hanya kerana ibunya ingin menjaga anaknya yang baru lahir.

Pastinya tidak ada sesiapa yang mahu berpisah dengan ahli keluarga, terutamanya ibu yang disayangi.

Kasih sayang antara keduanya ditunjukkan sepanjang filem ini berlangsung, kerana apa sahaja yang dilakukan Dumbo di sarkas tersebut hanyalah bagi mendapatkan ibunya semula.

Anda pasti mengalirkan air mata apabila melihatkan ibu dan anak ini terpisah dan perjuangan hebat yang dilakukan oleh mereka yang terlibat dalam menyatukan kedua anak beranak comel ini.

Dumbo 2019 #2 Percaya Kepada Diri Sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah mengetahui dirinya boleh terbang dengan menggunakan telinga yang besar, Dumbo berjaya mengagumkan seluruh sarkas yang dia mempunyai kebolehan luar biasa!

Namun ia bukanlah mudah pada awalnya, gelak ketawa dan penghinaan dari orang ramai membuatkan Dumbo berasa takut dan sedih dengan layanan yang diterimanya.

Namun dengan kepercayaan dari 2 kanak-kanak yang menjaganya, Dumbo mampu melakukannya walaupun dengan perasaan gentar.

Anda boleh tunjukkan kepada anak-anak yang walaupun setiap manusia dilahirkan berbeza, namun dengan keyakinan kita mampu melakukan apa yang dianggap mustahil bagi sesetengah orang.

Dumbo 2019 #3 Pentingnya Sokongan Ibu Bapa Dalam Minat Anak

Watak anak gadis Holt merupakan seorang kanak-kanak yang sukakan sains dan penyelidikan. Namun bapanya tidak pernah mengambil tahu tentang minat anaknya, malah menganggap ia tidak mendatangkan faedah kepada kejayaan sarkas mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun Milly tidak berputus asa dan tetap tidak mahu terlibat dalam mengadakan persembahan di sarkas tersebut, kecuali yang melibatkan sains dan teknologi. Minat kanak-kanak sebaiknya dipupuk dengan baik dan ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan ibu bapa dalam mempercayai kebolehan anak.

Jom bawa keluarga menonton Dumbo di pawagam, dan jangan lupa bawa tisu ya!

Bila boleh bawa anak menonton wayang?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman