Anak sayang ibu
Walaupun anak sayang ibunya, tapi dia belum ada keupayaan untuk memberitahu atau menyatakan perasaannya.
Kalau dia boleh bercakap, dia pasti akan mengatakan, “Ibulah orang yang paling penting dan disayangi dalam hidup saya.”
Tapi, biarpun anak anda tidak boleh mengeluarkan kata-kata ini lagi, anda masih boleh lihat kasih sayang yang ada padanya melalui perkara-perkara kecil yang dia lakukan ini.
1. Mereka pilih anda dari orang lain
Anak sayang ibu apabila dia pilih untuk bersama ibu daripada orang lain
“Hanya dalam masa beberapa minggu, bayi anda sudah boleh mengenali ibu mereka. Mereka akan lebih suka bersama dengan dia daripada orang lain,” kata Alison Gopnik, Ph.D., pengarang The Philosophical Baby, memberitahu Parents.
Apabila anda selalu memberi perhatian kepada keperluan bayi anda, dia akan rasa selamat dan tahu dia boleh bergantung pada ibunya.
Itulah sebab mengapa dia amat sayang akan anda!
2. Mereka akan renung muka ibu
Tanda anak sayang ibu adalah apabila dia selalu merenung muka ibunya
Menurut The Bump, bayi suka renung muka ibunya kerana dia sedang berusaha untuk mengenali muka yang paling penting dalam hidupnya.
Biarpun penglihatan bayi baru lahir agak kurang baik, mereka masih boleh mengenali ibu mereka dengan deria bau seperti bayi ini yang berhenti menangis apabila terhidu bau ibunya.
Jangan hairan jika bayi anda akan cuba meniru mimik muka anda, setiap kali anda mendukung mereka. Ini kerana mereka sudah kenal muka ibu yang paling mereka sayangi itu.
3. Mereka hulur kedua-dua tangan minta ibu
Anak sayang ibu akan menghulurkan kedua-dua tangan dengan senyum yang manis apabila ingin didukung
Bayi anda akan menggunakan tangan mereka untuk mencapai dan mendapat apa yang mereka mahu – dan ini termasuk si ibu.
Menurut Romper, sebaik saja bayi pandai menggunakan tangan untuk mencapai dan mendapat apa yang mereka mahu, mereka akan mula menghulur kedua-dua tangan meminta ibu.
Jangan tanyalah kenapa mereka mahu anda. Sudah semestinya sebab mereka rindu bau anda dan itu satu tanda anak sayang ibunya.
4. Mereka akan cakap dengan anda
Apabila anak sayang ibu, mereka tidak akan berhenti “bercakap” dengan ibu mereka.
Bunyi-bunyi dari bayi anda adalah cara dia berkomunikasi dengan anda, kata BabyCenter.
Jadi jangan biar dia bercakap seorangan. Berikan dia jawapan, biarpun anda tidak memahami apa yang dia sedang katakan dan tengok reaksi mukanya yang comel dan hairan itu.
5. Mereka akan berpaling apabila dengar suara ibu
Anak sayang ibu. Anak pasti berpaling setiap kali mendengar suara ibunya
Bayi anda mula mendengar bunyi apabila baru berusia 20 minggu dan di dalam rahim ibu.
Jadi saat mereka dilahirkan, mereka sudah mengenali suara anda.
Bayi suka bunyi yang mereka selalu dengar dan akan berpaling apabila mendengar suara ibu mereka.
6. Mereka akan sedih apabila anda pergi
Sumber gambar: Pinterest
Ramai ibu-ibu selalu mengadu betapa sukarnya untuk pergi ke tandas apabila sudah mempunyai bayi.
Sebaik saja mereka melangkah keluar dari bilik, bayi mereka pasti akan menangis.
Apabila melihat ibu datang, hati mereka akan terhibur. Walaupun sudah letih mendengar mereka menangis sepanjang hari, tangisan mereka adalah tanda mereka sangat memerlukan anda.
Cuba anda perhatikan cara anak tiba-tiba berseri apabila anda masuk semula ke bilik untuk bersamanya. Itulah tanda anak sayang ibu!
7. Mereka tertarik kepada benda yang anda suka
Pernahkah anda perasan bayi anda selalu berminat dengan apa yang ibu sibuk buat?
Sama ada ibu tengah membasuh baju dobi atau memasak, mereka sentiasa memperhati apa yang ibu mereka lakukan.
Menurut BabyCentre, anak mula menunjukkan minat dari usia beberapa bulan sahaja, tapi lebih ketara apabila mereka berusia 9-12 bulan.
Pakar kanak-kanak Harvey Karp mengatakan bahawa ini adalah tanda bayi anda mengambil kisah dan ingin “terlibat dengan apa yang anda lakukan”.
Jadi bagaimana ibu-ibu semua? Pasti anak anda ada tunjuk tanda-tanda ini kan? Hilang sebentar rasa penat dan lelah yang membebani si ibu apabila mengetahui anaknya itu amat sayang akan dirinya.
Moga mereka membesar dengan elok dan semakin menunjukkan kasih sayang mereka pada kita!
Sumber: Parenting
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
6 Perkara Untuk Mengajar Anak Anda Tentang Kasih Sayang
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!