Baru sahaja 10 bulan melahirkan anak kedua, pelakon Eira Syazira tidak menyedari dirinya hamil sekali lagi. Eira yang mengimbas semula pengalaman mengandung anak ketiga pada tahun 2017 lalu mengatakan dia telah melakukan aktiviti bertinju dan melompat sehingga tingkat 14 kediamannya.
Pada mulanya Eira hanya menyangka perutnya buncit selepas mengalami pertambahan berat badan mendadak. Namun kuasa Allah, rupanya ‘berisi’ zuriat ketiga hasil perkongsian hidup bersama suami, Azad Jasmin.
Isi Kandungan
Sedar Hamil Selepas Tujuh Bulan
Cerita pasal anak ketiga, dahlah saya tak tahu tak tahu tengah mengandungkan anak saya tu.
Hari-hari saya boxing. Saya punya rumah kondo tingkat 14, hari-hari selepas bersenam saya akan squat down macam lompat katak sampai tingkat 14.
Sampai anak saya tujuh bulan dalam perut baru saya tahu aku mengandung, Ya Allah. Masa itu dah ada bleeding keluar sebab saya main boxing apa semua.
Saya tanya kenapa saya tak kurus-kurus ni masa itu. Kenapa susah sangat ni. Rupanya saya mengandung 7 bulan, Suri Ratu tu dalam perut saya.
Saya tak period sebab saya baru saja melahirkan anak kedua secara pembedahan caesarean (czer) dan masih menyusukan anak. Bila menyusu memang period tu tak teratur sebab saya baru setahun kot.
Tidak Merancang Hamil Anak Ketiga
Tak rancang pun untuk ada anak nombor tiga waktu itu sebab baru lepas melahirkan. Masih lagi rasa sakit luka dan sakit mengandung anak nombor dua tu.
Ya Allah, Maha Besar. Memang betul-betul lah. Doktor cakap agak risiko kalau anak nombor tiga nak bersalin normal sebab takut sakit dan kena potong lagi.
Doktor kata tak boleh sebab luka bersalin czer masih baru. Takut terbuka ke apa kan.
Saya rasa macam ada benda bergerak dan bagitahu suami (Pak Azad). Dia agak saya mengandung dan saya menafikannya sebab langsung tiada simptom.
Memang keajaiban, kuasa kun fa ya kun. Beza anak nombor 2 dan 3 adalah setahun.
Naluri Suami Mengatakan Hamil
Lepas tu mungkin naluri seorang suami. Dia suruh saya beli pregnant test dekat farmasi. Ya Allah, keluar dua garis dan saya amat terkejut sebab langsung tak jaga diri.
Masa tu tak pasti lagi dan kami jumpa doktor. Masa scan, anak dalam perut saya tengah menggeliat.
Ya allah besar dan sempurna dah ciptaan Allah. Ya Allah, memang saya menangislah sebab saya tak pernah mengalami perkara sebegini.
Bila dah tahu mengandung baru nampak perut tu besar, dan dan jaga tapi saya teruskan juga boxing cuma dah tak agresif seperti sebelum mengandung.
Untuk rekod, Eira mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leann Rose, 7, dan Areisya Suri Rose, 6.
Anak-Anak Tidak Dibenarkan Berlakon
Pelakon dan penyampai radio Azad Jasmin tetap dengan pendirian tidak membenarkan anak-anaknya yang masih dibawah umur untuk keluar bekerja kepada Next Step Malaysia.
Mengakui anak-anak menerima banyak tawaran lakonan, Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri, berkata dia masih belum bersedia mengizinkan mereka untuk menceburi bidang ini.
“Mereka (anak-anak) juga tidak dibenarkan berlakon (bekerja) lagi. Sampai sekarang memang tak berlakon dalam mana-mana drama atau iklan komersial.
“Anak-anak saya dapat banyak sangat tawaran, terutamanya anak kedua saya banyak menerima tawaran untuk iklan komersial tapi saya belum beri keizinan untuk berlakon,” katanya.
Tambah Azad, dia sebolehnya mahu anak-anak menikmati kehidupan seorang kanak-kanak dan membesar dalam persekitaran normal.
Bagaimanapun dia mungkin memberikan kelonggaran selepas anak-anak menginjak usia 18 tahun.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin, Dedah Tak Alami Koyakan! Ibu Preggy Boleh Ikut Tips Ini
Baca juga: Lebih 8 Jam Tahan Contraction, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Muhammmad Bilal
Baca juga: Lelaki Kongsi Detik Bersalin Isteri Yang Lucu, Tangan Bercalar & Hampir Nak Kena Smackdown