7 Idea Eksperimen Sains Yang Mudah Dibuat Di Rumah, Aktiviti Best Cuti Sekolah

Eksperimen sains yang mudah dan menyeronokkan boleh dibuat di rumah. Ia amat bermanfaat untuk mengembangkan otak dan fizikal anak-anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila tibanya waktu cuti sekolah, adalah sebaiknya ibu ayah merancang aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak buat di rumah. Antaranya eksperimen sains bagi mengembangkan lagi minda mereka.

Sesetengah ibu ayah akan mengambil peluang musim cuti sekolah ini untuk keluar bersiar-siar ataupun melancong. Namun bagi anda yang merancang tidak pergi kemana-mana dan ingin menjimatkan kos, lakukan sahaja beberapa aktiviti sains ini kerana ia sudah cukup membuatkan anak seronok!

Idea eksperimen sains yang menyeronokkan

Seorang ibu, Hanis Athirah Rusli telah berkongsikan beberapa eksperimen sains yang mudah untuk dilakukan di rumah.

#1. Eksperimen tisu magik

Jom kita buat magik dengan menggunakan barang yang ada dekat rumah. Dahlah senang nak buat, jimat masa serta tak guna barang banyak, tapi hasilnya memang menyeronokkan anak-anak.

Percayalah anak-anak terpegun dan rasa wow bila cuba eksperimen ni. Antara bahan yang diperlukan:

✅ Tisu
✅ Air
✅ Pinggan
Permanent Marker
✅ Magic Colour

Lepas kita dah buat satu demonstrasi aktiviti, biarkan anak-anak pula melukis dan cuba lihat magik yang mereka buat pula. Seronok!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kelebihan aktiviti eksperimen sains ini adalah:

1️⃣Meningkatkan perbendaharaan kata
2️⃣Meningkatkan curiosity ( rasa ingin tahu )
3️⃣Meningkatkan kreativiti
4️⃣Merangsang sensori anak
5️⃣Meningkatkan keyakinan diri
6️⃣Meningkatkan kemahiran berfikir dan kemahiran asas sains
7️⃣Membolehkan kanak-kanak meneroka dan menyiasat berbagai bahan dan fenomena dengan lebih luas

#2. Eksperimen pada daun saderi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Eksperimen ini hanya memerlukan beberapa batang daun saderi, air, pewarna makanan dan botol. Isi pewarna dalam botol, dan minta anak masukkan batang saderi ke dalam botol.

Dalam masa 3 hari, ajak anak melihat perubahan warna daun saderi dan tanyakan pada mereka warna yang mereka lihat.

#3. Teka objek dalam kotak

Aktiviti ini juga melibatkan penguasaan deria sentuh. Sebelum menutup mata Ahza dengan blindfold, saya minta dia untuk menyebut dan menamakan objek dalam bekas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seterusnya, tutup matanya teka. Aktiviti ini ternyata dapat meningkatkan kemahiran sensori dan meningkatkan rasa ingin tahu ( inkuiri ) anak-anak.

#4. Susu magik

Bahan yang diperlukan:

1. Putik kapas
2. Pewarna makanan
3. Dish soap
4. Susu

Sediakan bahan, letak pewarna dalam bekas. Saya guna penutup botol minuman sahaja. Isi susu dalam bekas lebar. Tuang dish soap dalam bekas.

Tanya anak warna apa dia nak mulakan dulu, dan minta dia curah warna dalam susu. Masa ni memang sudah seronok. Minta anak celupkan putik kapas dalam dish washer, lepas tu tip ke dalam bekas susu dan boleh kacau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Fantastic Elephant Toothpaste

Salah satu projek Sains yang sangat sesuai untuk anak-anak prasekolah. Eksperimen ini sangat mudah dibuat, selamat, jimat dan anak dan ibu-ibu sekali confirm teruja sangat bila lihat hasilnya.

Memang best! Eksperimen ni salah satu cara untuk Anis introduce anak-anak chemical and physical science dalam kumpulan yang kecil. Okey jom Anis share details.

Bahan yang diperlukan:

– Botol plastik kosong
– 1 sudu yis
– 5 sudu air suam
food colouring
– 3 sudu cecair pencuci pinggan
– 1/2 cawan hydrogen peroxide
google
– gloves
– tray

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah :

1. Dengan guna funnel tuang 1/2 cawan hydrogen peroxide.
2. Titiskan 2 sudu pewarna makanan
3. Masukkan 3 sudu cecair pencuci pinggan.
4. Dalam bekas berasingan, kacau air suam dan yis sampai sebati hingga 30 saat.
5. Now the adventure begin! Dengan guna funnel campur campuran yis ke dalam botol. Sedia untuk melihat terjadi elephant toothpaste terjadi. Cantik sangat kejadiaanya.

#6. Rainbow candy

Eksperimen sains yang ringkas ini dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses asas terutamanya untuk anak-anak peringkat pra sekolah.

Manakan tidak, bahan yang diperlukan pun sangat ringkas iaitu:

  • air suam
  • piring
  • gula-gula berwarna warni
  • Biasanya ramai yang menggunakan Skittles atau M&M’S untuk eksperimen ini. Tapi, kali ni untuk lebih menjimatkan kita beli je gula-gula dekat Eco Shop saja. Jimat kan?

Jadi, anak boleh belajar warna warni yang menyelaputi gula-gula tu hakikatnya hanyalah gula dan pewarna makanan. Apabila ditambahkan air suam gula dan pewarna makanan mula larut.

#7. ”Gerak tari” kismis

Di sebalik rasa kismis yang masam dan manis, kismis turut menyimpan suatu rahsia yang besar iaitu mempunyai bakat menari!

Kami kongsikan eksperimen sains yang menarik ini untuk dilakukan oleh ibu ayah dan anak-anak ketika cuti sekolah ini.

Bahan yang diperlukan:-

  • Kismis
  • Sebotol air berkarbonat
  • Gelas lutsinar 

Buih-buih kecil karbon dioksida yang terdapat dalam air berkarbonat akan “memerangkap” kedutan dan lipatan yang terdapat pada permukaan kismis. Apabila buih ini melengkap pada kismis, ia akan menjadi lebih ringan dan terapung ke atas.

Apabila berada di permukaan, buih akan meletup, kemudian kismis menjadi berat semula dan tenggelam ke dasar.

Proses yang berulang-ulang ini akan membuatkan kismis kelihatan seperti menari dan bergerak-gerak dengan ajaib.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Senarai Taman Dinosaur Yang Best Di Malaysia, Sesuai Bawa Anak & Keluarga Berjalan

Baca juga: 10 Tempat Menarik Di KL Yang Sesuai Untuk Kanak-Kanak, Wajib Pergi Cuti Sekolah Ini!

Baca juga: Senarai Tempat Menarik Di Selangor 2022, Paling Best & Viral Sesuai Untuk Family Outing!