X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Senarai Taman Dinosaur Yang Best Di Malaysia, Sesuai Bawa Anak & Keluarga Berjalan

4 min bacaan
Senarai Taman Dinosaur Yang Best Di Malaysia, Sesuai Bawa Anak & Keluarga Berjalan

Taman dinosaur atau jurrasic park Malaysia menjadi kesukaan anak kecil dan seisi keluarga. Jom kesana sempena cuti sekolah ini!

Walaupun tidak lagi wujud pada zaman ini, dinosaur masih diminati ramai terutamanya kanak-kanak yang menganggap haiwan besar dan bertaring tajam ini amat menakjubkan. Oleh itu, apa kata ibu ayah bawa si manja ke taman dinosaur pada musim cuti sekolah ini!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Taman dinosaur di Malaysia untuk kanak-kanak yang best
  • Manfaat anak yang sukakan haiwan dinosaur 

Kini di Malaysia, lebih banyak tempat-tempat menarik yang boleh dinikmati bersama keluarga, termasuklah lokasi-lokasi untuk melihat dinosaur yang kini semakin banyak. Jadi, kami kongsikan beberapa tempat menarik untuk anda melihat replika-replika dinosaur bersama si manja.

Taman dinosaur di Malaysia untuk kanak-kanak yang best

Kini, kian banyak taman tema dinosaur yang membangun di Malaysia. Ibu bapa juga jangan risau, taman dinosaur ini bukan hanya di Kuala Lumpur dan Selangor! Bahkan, di Sabah juga sudah ada taman dinosaur. Mari kita tengok di mana anda boleh beriadah sambil menambah ilmu tentang haiwan-haiwan menggerunkan ini.

#1) Dinosaur Encounter Park (Zoo Teruntum)

taman dinosaur zoo teruntum

Advertisement

Pernah tular pada akhir tahun lepas, Zoo Teruntum di Kuantan telah membangunkan sebuah taman dinosaur yang boleh dikunjung bersama keluarga. Di taman ini, anda boleh mendapati replika dinosaur yang seakan-akan betul! 

Sekiranya anda sudah puas berjalan di dalam taman dinosaur tersebut, anda boleh berkunjung ke pantai yang berada bersebelahan dengan Zoo Teruntum tersebut. Nikmati angin petang bersama keluarga sesudah melihat dinosaur pasti seronok, kan?

#2) Dinosaur Encounter Park (Zoo Melaka)

taman dinosaurus Dinosaur Encounter Park (Zoo Melaka)

Warga Melaka, anda juga boleh menikmati replika-replika dinosaur bersama si manja di Lebuh Ayer Keroh. Sesudah melihat haiwan-haiwan yang comel dan menakjubkan di Zoo Melaka, anda boleh berkunjung ke taman Dinosaur Encounter yang juga berlokasi di zoo tersebut. 

Selain dari hanya melihat replika dinosaur, anda juga boleh menikmati beberapa mainan seperti Virtual Ride ataupun si manja boleh berpengalaman menaiki anak dinosaur!

#3) Dinosaur Encounter (Pusat Sains Negara)

taman dinosaur melaka

foto: kembara minda

Bagi mereka yang mempunyai si cilik yang gemarkan dunia Sains, anda boleh berkunjung ke Pusat Sains Negara. Bukan sahaja anda dapat bermain dan mengalami pelbagai kehebatan Sains, sudah tentulah anda boleh melihat dinosaur bersama si manja di sini. 

Di sini, taman dinosaurnya lebih menekankan penimbaan ilmu jadi jika si manja anda memang gemarkan dinosaur, pasti dia akan suka sekiranya dapat mempelajari tentang makhluk reptilia ini dengan lebih mendalam.

#4) Jurassic Land Kiulu

taman dinosaur malaysia

Sabah kekal menjadi suatu tempat terpilih untuk berkunjung bagi tujuan percutian. Jika anda bercuti ke Sabah atau memang menetap di Sabah, kunjungilah Jurassic Land Kiulu ini yang bertempat di Tamparuli. 

Selain dari replika-replika dinosaur yang realisitik, terdapat juga pertunjukan langsung dinosaur raptor yang pasti akan menggerunkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Si manja anda juga pasti akan teruja melihat replika dinosaur yang realistik, dan boleh bergerak pula tu!

#5) Jurassic Research Centre

jurassic park malaysia

Salah suatu destinasi pelancongan yang agak terkenal, Genting Highlands juga mempunyai taman dinosaur yang tersendiri. Dapati haiwan-haiwan prasejarah ini yang direplika dengan sangat realistik!

Saiz dinosaur yang direplika di Jurassic Research Centre mirip saiz aslinya, seperti yang telah dikajikan. Jadi, anda boleh bayangkan betapa besarnya replika dinosaur di taman dinosaur di Genting Highlands ini!

Di sini, anda boleh mengalami dinosaur-dinosaur ini bergerak dan mengaum seakan-akan 165 juta tahun dahulu! Bagi mereka yang mempunyai si manja yang gemarkan dinosaur, taman ini memang wajib dikunjung.

Manfaat anak yang sukakan haiwan dinosaur 

Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahun yang sangat kuat. Jadi pada waktu ini, sekiranya si manja anda menunjukkan minat terhadap dinosaur, galakkan minat mereka. 

Mengapa? Terdapat kebaikan pada IQ anak sekiranya anda memperkenalkan kehidupan prasejarah ini kepada mereka!

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
  • Membesar menjadi seorang yang berani. Seperti yang kita maklum, dinosaur adalah sangat menggerunkan disebabkan saiznya yang besar dan taring serta kukunya yang tajam. Si manja yang gemarkan dinosaur, pasti akan membesar menjadi seorang yang berani kerana mereka tidak takutkan reptilia gerun ini.
  • Belajar tentang bumi dan kehidupan. Si manja anda pasti tahu bahawa dinosaur sudah tidak lagi wujud, atau erti kata lain, pupus. Maka, dia akan memahami konsep kehidupan di Bumi, dan juga kepupusan sesuatu spesis. Mempelajari tentang kewujudan dan kepupusan dinosaur bersama pemahaman tentang Bumi boleh menjadi pembuka mata untuk si manja.

Jadi, apa tunggu lagi? Bawalah si manja anda bersiar-siar di taman dinosaur sambil menambah ilmu bersama. Tetapi yang penting, jagalah SOP bagi meminimakan risiko jangkitan Covid-19. Selamat bercuti!

Kredit foto: julia johari

Care For Kids

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: Anak Terlalu Obses Dinosaur Petanda Yang Baik, Bantu Kuatkan IQ & Jadi Lebih Bijak

Baca juga: Senarai Tempat Permainan Kanak-Kanak Indoor Yang Best & Seronok Sekitar Lembah Klang

Baca juga: Bantu Anak Jadi Lebih Berani & Yakin, Ini Senarai Lokasi Rock Climbing Mesra Kanak-Kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Senarai Taman Dinosaur Yang Best Di Malaysia, Sesuai Bawa Anak & Keluarga Berjalan
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham