Kebahagiaan seorang isteri adalah apabila suami sama-sama membantu menjaga dan menguruskan anak terutamanya sewaktu tempoh berpantang. Itulah yang dialami oleh selebriti, Elisya Sandha yang meluahkan rasa beruntung dikurniakan suami yang baik.
Kisah tentang kebaikan suaminya itu dikongsikan sendiri di akaun Instagram.
Elisya Sandha lahirkan anak pertama, beri nama Bunga Elhaq
Pada Ahad lalu, pelakon, Elisya Sandha telah mengadakan majlis aqiqah buat puteri sulungnya, Bunga Elhaq.
Memilih tarikh sempena sambutan Aidiladha, menurut Elisya, melahirkan puteri kesayangannya itu adalah pengorbanan yang paling besar dalam hidupnya dan juga suami tahun ini.
“Melahirkan awak adalah pengorbanan yang paling besar untuk mummy,” tulis Elisya.
Tambah Elisya lagi, dia berharap apabila anaknya itu semakin dewasa agar dapat menjaga hati ramai orang selain daripada menghargai pengorbanan ibu bapanya.
“Jagalah hati orang yang sayangkan awak. Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya. Jangan sia-siakan keikhlasannya sebab awak tak tahu Bunga betapa untungnya wak di mata orang lain kerana awak memilikinya.”
Suami sama-sama bantu uruskan anak walaupun perlu berjaga malam
Bukan sahaja dikurniakan zuriat yang cantik, Elisya juga turut memiliki suami yang cukup memahami.
Menerusi kapsyen Instagram miliknya, Elisya menulis, “hargai pengorbanan daddy anda bangun setiap malam untuk tukar lampin dan susukan anda serta pengorbanan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah anda hari ini.”
Sayang suami dan ayah yang rajin bekerja untuk anak saya.
Terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya sejak hari pertama, terima kasih kerana memberikan yang terbaik untuk saya dan Bunga. Saya mengagumi awak, lelaki yang bekerja keras untuk keluarganya.
Kerja keras anda tidak disedari, Saya dan Bunga menghantar kekuatan, cahaya, sokongan sentiasa. Rahmat terbesar saya dari Allah.
Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy yang juga anak kepada Shiela Rusly telah mengikat tali perkahwinan pada 21 Ogos tahun lalu dan pasangan itu dikurniakan dengan cahaya mata pertama pada 18 Jun lalu.
Pelakon cantik itu turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua peminatnya.
Peranan suami ketika isteri berpantang
Nak jadi seperti suami Elisya Sandha, rajinkan diri menghulurkan bantuan. Kena ingat, tanggungjawab anda bukan setakat menjaga isteri sewaktu hamil.
Selepas melahirkan pun, tanggungjawab dan peranan suami masih sama, ya! Jangan lepas tangan hal menjaga anak kepada isteri.
Berikut ada beberapa peranan suami selepas isteri melahirkan anak;
- Sediakan madian untuk isteri
- Bangun pagi lebih awal daripada isteri
- Sediakan makanan berpantang untuk isteri
- Mandikan bayi
- Bergilir-gilir menjaga bayi agar isteri boleh berehat
- Menjaga anak yang lain
- Sediakan keperluan isteri
- Sentiasa berada di sisi isteri
- Bantu uruskan kerja rumah
- Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa kemas
- Sentiasa positif
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Peranan Suami Amat Penting Ketika Isteri Bersalin, Ini 5 Persediaan Di Labour Room
Baca juga: Ibu Dalam Pantang Cuba Bunuh Diri, Sebab Itu Peranan Suami Amat Penting Ketika Ini
Baca juga: Suami SEPATUTNYA Yang Jaga Isteri Semasa Berpantang Bukan Ibu/Mertua Ya!