Dilema Emak-Emak Bila Berkawan, Antara Kawan Lama Dan Kawan Baru

Dilema Emak-Emak Bila Berkawan, Antara Kawan Lama Dan Kawan Baru

Inilah masanya untuk anda mencari rakan-rakan baru. Geng emak-emak untuk lebih tepat! Bukan apa, mereka selalunya lebih mempunyai pengalaman dalam keibubapaan, jadi berguna untuk anda setiap kali muncul masalah yang baru. 

Pentingnya mempunyai kawan-kawan yang faham situasi anda sebagai emak-emak adalah ibarat satu sistem sokongan baru. Selain adik beradik dan ibu-bapa anda, kawan-kawan juga memainkan peranan penting untuk membantu anda melalui fasa baru ini. 

Tidak semua rakan-rakan lama anda sudah berkahwin, dan jika semua berkahwin pun tidak semuanya mempunyai anak.  "Patutkah aku share masalah aku di group chat ni? Tapi Nora bukan ada anak, nanti menganggu dia pula." Jadi dilema untuk anda berkongsi masalah itu sentiasa ada. 

Ini belum lagi masalah bagi anda yang pertama sekali menjadi ibu dikalangan rakan-rakan. Itu lebih merunsingkan, malah ada satu masa anda akan rasa cukup disisihkan, seolah tiada siapa akan mengerti keadaan anda. Jadi untuk anda yang mempunyai dilema sebegini, ini antara cara untuk anda mengatasinya!

TOP 5 dilema ibu dan cara mengatasinya

emak Foto: Getty Images

#1. Cari kawan baru

Inilah masanya untuk anda mencari rakan-rakan baru. Geng emak-emak untuk lebih tepat! Bukan apa, mereka selalunya lebih mempunyai pengalaman dalam keibubapaan, jadi berguna untuk anda setiap kali muncul masalah yang baru. 

Jika anak anda sudah pandai menunjukkan ciri-ciri ingin berkawan dan boleh bermain di luar, bawalah dia ke taman! Cari taman yang berhampiran dengan rumah anda, pasti ramai ibu-ibu lain yang turut membawa anak mereka bermain. Dan ringankan mulut untuk beramah mesra ya!

Janganlah setakat bawa anak keluar bermain dan fokus pada anak saja. Kata Suzanne Degges-White, PhD, professor Northern Illinois University, "Selain bawa anak-anak ke taman, kelas-kelas seni seperti kelas muzik, gym kanak-kanak juga adalah pilihan terbaik untuk berjumpa kawan-kawan ibu yang baru."

Ingatlah, mereka juga memerlukan anda sama seperti anda memerlukan mereka. Kebanyakannya sering membuat kawan baru ketika bermulanya bekerja di tempat baru, dan anda lah yang 'baru' di situ jadi keingininan untuk membuat kawan baru lebih kepada anda.

Tapi dalam situasi emak-emak, masing-masing saling memerlukan. Bercakaplah dengan antara ibu baru di situ dan dengar keluhan mereka, tentu mereka pun berasa lega.

emak Foto: Shutterstock

#2. Jangan di lupa kawan lama

Dalam mencari kenalan baru, kawan-kawan lama jangan pernah dilupakan. Mesej mereka dan bertanya khabar. Lakukannya seminggu sekali pun tidak mengapa. Dan jika anda sememangnya ada rakan-rakan yang sudah menjadi ibu, kumpulkan dalam satu kumpulan.

Rajinlah bertanya perkhabaran masing-masing dan bagus jika anda dapat keluar bersosial bersama dengan bayi-bayi anda yang comel!

Sekiranya anda tidak mempunyai rakan-rakan rapat yang sudah menjadi ibu. Bagaimana pula teman-teman kelas waktu belajar dulu? Mesti ramai kan.

Jangan malu untuk bertanya pendapat dan berkongsi masalah dengan teman-teman yang tidak rapat. Mereka sebenarnya lebih bangga kalau dapat berkongsi pendapat dan memberi tips.

Hubungi mereka di media sosial dan mulakan dengan memberi komen-komen di gambar mereka apabila bersama anak-anak.

#3. Sudah jumpa kawan baru tapi tidak setuju dengan cara keibubapaan mereka?

"Ingat, ibu bapa lain juga ada cara mereka sendiri, dan tidak semestinya apa yang bagus untuk anda bagus untuk mereka," kata Dr. Degges-White. Jangan menegur cara mereka melainkan ia merbahaya untuk anak mereka dan anda.

Jika anda tetap dengan pendirian anda dan sentiasa berasa anda yang betul, bimbang nanti tidak akan dapat lagi jemputan untuk anak anda bermain bersama anak mereka.

Apa yang anda perlu lakukan adalah biar saja mereka lakukan cara keibubapaan mereka, dan anda lakukan cara anda. Ini juga bagus untuk melatih anak anda untuk lebih bersikap toleransi.

Jika anda mampu lakukannya, anak anda pun akan ikut! Mana tahu cara mereka kelak berkemungkinan serasi dengan anda bila anak makin membesar nanti.

#4. Kawan baru tidak serasi dengan kawan lama

Biarkan begitu, malah anda yang dulu juga tidak sama dengan sekarang bukan. Itu adalah normal dan dipanggil sebahagian dari perkembangan sosial kita.

Kawan lama elok untuk mengingatkan siapa anda dulu dan bagaimana anda terbentuk seperti sekarang. Manakala kawan baru membawa anda ke realiti sekarang di mana ia tidaklah teruk, dan kita mampu laluinya bersama-sama!

emak

#5. Anda melihat kawan-kawan ibu yang lain sudah 'advanced'

Anda perlu ingat, ini bukan sekolah menengah untuk anda berasa ingin bersaing. Jika melihat ibu-ibu lain memang sudah cekap dalam keibubapaan mintalah sedikit tip daripada mereka. Bukanlah berasa tercabar.

Anda memang baru dalam dunia ibu ini dan sama juga orang lain sebelum mereka cekap dalam menjadi ibu, mereka juga seperti anda. Jadi itu adalah lumrah, untuk anda ambil 'baby step' dan belajarlah dengan sabar sekali. 

Apa-apa pun yang paling penting adalah anda berasa selesa apabila anda tahu ada orang lain yang sedang tempuhi pengalaman seperti anda. Jangan pernah rasa keseorangan ya!

Jika anda berasa begitu cepat-cepat hubungi rakan rapat, adik beradik atau ibu dan ayah.  Percayalah ramai sebenarnya dan menjadi rakan ibu-ibu ni!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Parents

Baca juga: 

my.theasianparent.com/mengapa-anak-lebih-rapat-kepada-rakan-berbanding-ibu-bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner