Menjadi seorang wanita bukanlah sesuatu yang mudah, banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan. Bahkan segalanya perlu dilakukan dan diusahakan oleh seorang wanita dalam waktu yang sama iaitu perlu menjadi sebagai anak, adik, kakak, isteri dan juga seorang ibu untuk orang lain. Betapa penatnya memenuhi kehendak dan keinginan hidup semua orang yang tersayang. Oleh itu sebagai seorang suami, anda tidak perlu berasa hairan mengapa emosi isteri anda seringkali berada dalam keadaan yang tidak stabil.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Perhatikan emosi isteri, bukan mudah untuk menggalas urusan rumah tangga
- Hargai pengorbanan wanita di sepanjang hayatnya
Perhatikan emosi isteri, bukan mudah untuk menggalas urusan rumah tangga
Seorang penulis, Firdaus Shakirin menulis perihal mengenai mental dan emosi isteri di laman Facebooknya.
“Mental isteri tak tertekan…
Jika setiap bulan suami peka dengan keperluan harian… apa yang dah habis, apa yang kena tambah, apa yang nak kena beli…
Mental isteri tak tertekan jika setiap minggu suami mampu duduk rumah, menghabiskan masa dengan keluarga, buat aktiviti bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika setiap hari suami tanya keadaan dia, perasaan dia, apa yang dia lalui, apa yang dia alami…
Mental isteri tak tertekan jika bebanan kewajiban dan urusan rumah itu digalas sama rata, dilakukan bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika suami jaga pergaulan, dengan siapa dia berhubung, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bergaul…
Mental isteri tak tertekan jika suami solat on time… tak perlu disuruh, tak perlu ditegur, tak perlu dinasihatkan….
Mental isteri tak tertekan jika suami sedar status hubungan, bersifat setia terhadap pasangan dan tidak mengkhianati kepercayaan…
Mental isteri tak tertekan jika suami dengar apa yang isteri mahukan dan tak buat apa yang dah dilarang…
Mental isteri tak tertekan jika suami selalu bawa keluar makan, selalu ajak jalan-jalan…
Mental isteri tak tertekan jika suami buat semua yang dinyatakan..”
Hargai pengorbanan wanita di sepanjang hayatnya
Hidup ini perlu ada keseimbangan dari segenap ruang,begitu juga dalam perhubungan. Wanita ini sifatnya lemah berhati tisu, berbeza pula dengan lelaki yang bersifat gagah dan berhati waja.
Dalam hal rumahtangga, isteri amat memerlukan sokongan dan bantuan dari seorang suami. Tanpa kehadiran dan kelembutan layanan si suami, emosi isteri sangat mudah terusik dan mula hilang dan lentur semangatnya untuk jalani kehidupan harian.
Oleh itu, sebagai suami sentiasalah faham akan setiap kemahuan dan keperluan yang perlu ada buat isteri tersayang. Berikanlah layanan terbaik yang amat diperlukan dan selayaknya untuk seorang wanita yang bernama isteri.
Bahagianya seorang isteri, bertambah-tambah bahagialah rumahtangga!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Buat Tidak Endah & Lepas Tangan, Ramai Isteri Kecil Hati Dengan Suami Ketika Pantang
Baca juga: Walau Sehebat Mana Pun Isteri, Jangan Sesekali Ambil Tugas Suami Dalam Rumah Tangga
Baca juga: Bila Isteri Tag Di Facebook, Suami Jangan Buat Tak Tahu, Berilah Respon Tanda Hargainya