X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Buat Tidak Endah & Lepas Tangan, Ramai Isteri Kecil Hati Dengan Suami Ketika Pantang

4 min bacaan
Suami Buat Tidak Endah & Lepas Tangan, Ramai Isteri Kecil Hati Dengan Suami Ketika Pantang

Isteri kecil hati dengan suami ketika berpantang adalah perkara biasa yang ramai mengalaminya. Ini sekaligus membuatkan isteri rasa tertekan

Menyambut kelahiran bayi adalah saat paling menggembirakan buat pasangan suami isteri. Akan tetapi, bagi wanita, dunia akan berubah sebaik sahaja selepas bersalin termasuklah isteri kecil hati dengan suami atas sebab-sebab tertentu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:

  • 7 alasan isteri kecil hati dengan suami selepas bersalin

Dalam mengharungi tempoh berpantang, suami kenalah banyak berikan bantuan serta sokongan baik dari segi fizikal dan juga emosi pada isteri. Hati wanita yang baru bergelar ibu lebih mudah sensitif atau terkesan dengan perkataan mahupun perbuatan anda.

7 alasan isteri kecil hati dengan suami selepas bersalin

Suami juga kena ubah perangai lama. Dengan kehadiran ahli keluarga baru, tanggungjawab juga bertambah. Tak akanlah nak harap isteri buat semua. Suami kenalah ringan tulang untuk membantu dalam kerja rumah serta menguruskan anak.

Ingat, jangan buat isteri kecil hati dengan anda kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius.

#1. Tidak mahu ambil cuti

Kerja memang penting tetapi suami juga perlu faham keadaan isteri yang sangat memerlukan sokongan dan kehadiran anda selepas melahirkan anak. Jadi, suami kenalah ambil cuti untuk temankan isteri dalam tempoh tersebut.

Di Malaysia juga sudah punya Akta Kerja 1955 (Akta 265) di mana suami boleh mengambil cuti selama tujuh hari selepas isteri melahirkan anak. Jadi, tiada lagi alasan untuk suami tidak ambil cuti.

isteri kecil hati dengan suami

#2. Tidak endahkan bayi menangis

Ini antara masalah yang paling kerap berlaku. Bila waktu tidur, ada sesetengah lelaki yang memang susah nak bangun bila anak menangis. 

Kalau waktu malam itu boleh faham lagi, tetapi kalau yang jenis memang tidak mahu pujuk anak menangis depan mata, itu dah parah. Susahlah isteri nak berehat kalau asyik dengar anak menangis tak henti-henti.

#3. Suka beri alasan

Suami macam ini memang wujud. Suka bagi alasan seperti tak reti bagi susulah, tak reti dukunglah, tak reti mandikan bayilah, penatlah dan, macam-macam lagilah. Semua bendalah si suami tu tidak tahu nak buat.

Alasan seperti ini sudah basi. Isteri pun baru pertama kali jadi seorang ibu. Dia pun tidak tahu semua benda. Isteri pun letih dan perlukan rehat selepas bersalin tetapi dia masih tetap mencuba. Kalau isteri boleh cuba, kenapa suami pun tak boleh cuba?

isteri kecil hati dengan suami

#4. Malas tukar lampin bayi

Inilah perkara yang boleh buat si isteri kecil hati dengan suami. Bila anak dan buang air besar atau lampin dah basah, si suami tak pernah nak tawarkan diri tukarkan lampin bayi.

Lepas itu, bagi alasan, gelilah atau ini tugas isterilah. Isteri mana yang tak kecil hati. Kenalah ingat anak ini tanggungjawab bersama bukan letak di bahu isteri seorang sahaja.

#5. Tidak beritahu isteri bila balik lewat

Bayangkan seharian duduk di rumah menjaga bayi, hari boleh dirasakan mcam panjang sangat. Menjelang petang sudah tentu badan pun dah terlalu letih. 

Sebab itu, isteri harap sangat suami dapat pulang cepat  supaya mereka dapat tambah semula tenaga. Jadi, kalau anda kena balik lewat atau ingin singgah ke mana-mana, telefon dan beritahu isteri agar dia tidak terus menunggu anda pulang.

#6. Tidak mahu dengar masalah isteri

Isteri mungkin akan kerap mengadu ketika dalam pantang. Mungkin anda tidak dapat nak penuhi semua permintaan mereka tetapi janganlah sampai malas nak dengar luahan hati mereka.

Isteri telah berkorban untuk lahirkan zuriat untuk suami. Jadi, suami kenalah berikan sokongan moral kepada isteri sepanjang tempoh berpantang.

#7. Paksa hubungan intim

Sudah sering kali kita dengar suami paksa isteri melakukan hubungan intim walaupun si isteri belum bersedia.

Suami kenalah faham, isteri baru sahaja bertarung nyawa untuk berikan anda zuriat. Rasa sakit dan fobia masih belum reda dah kena paksa pula buat hubungan intim.

Dalam tempoh berpantang pula, isteri masih belum selesa dengan bentuk badan mereka dan ini akan menjadikan mereka rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Suami kenalah beri sokongan dan bukan paksa mereka untuk buat hubungan intim.

The Bump, About Kids Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

Baca juga:  Jangan ambi alih tugas suami, ajar mereka buat sendiri supaya nanti tidak lepas tangan!

Baca juga:  Suami sepatutnya yang jaga isteri semasa berpantang, bukan ibu/mertua ya!

Stories Rakan Kongsi
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Little One Getting Vaccinated Soon? Tips On What You Should Do Before & After Each Jab
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Is Your Child Allergic to Milk or Lactose Intolerant? Here is the Difference Parents Should Know About
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Ini Sebabnya Ada Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak-Anak dan Mereka Harus Ubah Fikiran
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Sofea

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Buat Tidak Endah & Lepas Tangan, Ramai Isteri Kecil Hati Dengan Suami Ketika Pantang
Kongsikan:
  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

    Cara Pujuk Lelaki Yang Merajuk Atau Marah Dengan Efektif, Elak Masalah Berpanjangan

  • 5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

    5 Perkara yang Suami Isteri Perlu Elakkan Semasa Bergaduh

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.