Para ibu dan wanita bekerjaya di luar sana pasti sudah sinonim dengan lingkaran gelap bawah mata atau dark circle. Akibat dark circle ini, keyakinan diri kita pun makin kurang. Mana tidaknya, dark circle ini telah membuatkan kita nampak lebih tua dari usia sebenar! Apa agaknya krim mata terbaik untuk dark circle?
Ha… jangan risau! Hari ini, kami ada 7 eye cream yang bagus untuk dark circle, disyorkan sendiri oleh para ibu dan pengguna yang gembira dengan hasilnya.
Baca juga: Hati-Hati Bila Guna Produk Kosmetik & Pembersih Rumah, Ia Punca Anda Tidak Subur!
Jenama krim mata terbaik dan bagus untuk menghilangkan lingkaran gelap bahagian mata
Tapi sebelum itu, jom kita ambil tahu dulu — Apa yang menyebabkan lingkaran gelap bawah mata? Menurut pakar kulit, ada beberapa sebab kenapa lingkaran gelap bawah mata ini terjadi. Ia mungkin disebabkan oleh kurang tidur, genetik, keletihan, atau bekerja di hadapan komputer dalam masa yang lama.
Nasib baiklah ada cara merawat lingkaran gelap bawah mata ini! Bolehlah sama-sama kita mencubanya. Ha, jom semak sekarang apa 7 eye cream yang bagus untuk dark circle ini.
#1 Shiseido White Lucent Anti Dark-Circles Eye Cream
Krim mata dari Shiseido ini telah diuji oleh dermatologi dan ophthalmologi. Ia terbukti mampu mencerahkan lingkaran gelap bawah mata dengan menghalang penghasilan melanin, lalu meningkatkan pengedaran darah ke bahagian mata.
Krim ini juga boleh mencegah kehadiran pigmentasi!
Eye cream yang bagus untuk dark circle #2 Clinique Even Better Eyes Dark Circle Corrector
Clinique antara jenama yang selalu boleh digunakan oleh semua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif. Dark Circle Corrector ini menjanjikan pencerahan pada lingkaran gelap bawah mata dan melembapkan kawasan mata.
Apa yang paling best tentang eye cream ini buat wanita dan para ibu, metal tip yang disediakan boleh memberi “urutan” pada mata anda!
Jenis krim mata terbaik untuk dark circle #3 Dermalogica Age Smart® Age Reversal Eye Complex
Bertuah sangat kalau dapat krim mata ini! Ia merawat semua tanda-tanda penuaan di mata seperti kedutan, garisan halus, hiperpigmentasi, kehilangan kontor dan lingkaran gelap bawah mata!
Eye cream ini mengandungi Retinol yang akan menterbalikkan kesan kerosakan akibat UV dan mencepatkan proses turnover sel. Malah, ia juga menggalakkan penghasilan collagen untuk kulit lebih lembut.
Eye cream yang bagus untuk dark circle #4 Innisfree Green Tea Seed Eye Cream
Suka teh hijau? Sekarang, anda boleh masukkan teh hijau dalam list penjagaan kulit anda juga!
Beri kelembapan yang diperlukan kulit bahagian bawah mata anda dengan krim mata yang terbaik ini. Dengan 100% teh hijau segar dan minyak teh hijau, ia melembapkan bahagian mata yang sensitif.
Anda pasti menyukainya lepas satu pemakaian!
#5 SK-II LXP Ultimate Perfecting Eye Cream
Walaupun krim mata ini “agak” mahal — tapi ramai ibu dan wanita yang menggunakannya kata ia amat berkesan! Kuncinya kerana ramuan Pitera dalam kebanyakan produk SK-II.
Pitera boleh menghapuskan lingkaran gelap bawah mata dan menghasilkan kulit yang lebih lembut di sekitar mata.
Eye cream yang bagus untuk dark circle #6 Clarins Defining Eye Lift
Apa yang lebih teruk berbanding dark circle? Ada dark circle dan mata yang bengkak! Ha… memang nampak seperti panda lepas ini.
Produk dari Clarins ini amat sesuai digunakan untuk merawat mata yang sembap dan bengkak, sambil menyediakan kesan “mengangkat” kulit bahagian mata.
Jika digunakan dengan kerap, anda pasti akan nampak lingkaran gelap bawah mata makin cerah dan mata lebih menyerlah!
Eye cream untuk dark circle #7 Lancome Genefique Youth Activating Eye Concentrate
Disediakan dalam jar yang cukup elegan, krim mata ini memang dicipta khas untuk menangani masalah mata. Dengan gelnya yang lembut, ia mampu menentang tanda-tanda penuaan.
Jika digunakan selalu, anda akan lihat mata anda makin kelihatan muda, dan anda nampak macam cukup rehat.
Ha… dah dapat mana-mana eye cream yang bagus untuk dark circle pilihan anda? Jom serbu beli krim mata ini!
Sumber: Artikel asalnya ditulis oleh Minoli dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: Wajah Kusam & Masalah Pigmentasi? Ini 16 Produk Hilangkan Jeragat Terbaik Di Pasaran