Fakta Anak Kedua: Suka Bersaing & Cenderung Memberontak, Sebab Itulah Dia Unik Dalam Keluarga!

Fakta anak kedua dikatakan seorang yang unik dan agak nakal berbanding adik beradik yang lain. Jadi ibu kenalah banyakkan bersabar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fakta anak kedua yang paling terkenal ialah mereka “dilahirkan untuk melawan”. Adakah ia benar? Pernahkah ibu ayah perasan bahawa perangai anak kedua kelihatan sedikit rebel? Fakta anak kedua mengatakan mereka lebih berani dan agak nakal berbanding adik beradik yang lain.

Fakta Anak Kedua, Berani & Suka Bersaing

Beberapa tahun lalu, sainstis telah menemui fakta anak kedua yang dikukuhkan lagi dengan pemerhatian ibu ayah sendiri. Kajian itu mendapati anak pertama biasanya lebih patuh pada ibu ayah. Namun, adik beradik yang lain pula akan lebih bijak berdikari, sukakan adventure dan mampu mengendali perubahan. 

Seorang pengkaji yang bernama Sulloway juga menjumpai keputusan kajian yang hampir sama pada tahun 1996. Menurut teori beliau, fakta anak kedua lebih cenderung rebel kerana mereka perlu bersaing dengan adik beradik yang lain untuk mendapatkan perhatian ibu ayah.

Oleh sebab itu, anak kedua tidak takut untuk melawan, terbuka kepada perubahan radikal dan berani mengambil risiko atas setiap tindakan yang dibuat.

Sifat Anak Kedua

1.Sukakan Kebebasan

Seorang yang kreatif dan sukakan kebebasan. Disebabkan oleh selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, mereka sering berimaginasi dalam mengembangkan bakat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka sukakan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat.

2.Suka Bersaing, Enggan Mengalah

Menurut Jurnal Perkembangan Kanak-Kanak yang diterbitkan pada tahun 2009 oleh Wiley Online Library, mereka biasanya suka bersaing dengan orang lain.

Hal ini kerana sejak kecil sifat anak kedua perempuan atau lelaki terpaksa bersaing dengan adik-beradik lain untuk mendapatkan perhatian kedua ibu bapa. Sikap suka bersaing ini adalah baik. Namun jika tidak dikawal, akan menyebabkan anak cenderung bersaing dengan cara yang keterlaluan sehingga boleh memakan diri sendiri.

3.Terlebih Aktif, Ligat

Menurut artikel How Firstborns and Secondborns Compare, ciri anak kedua perempuan atau lelaki adalah mereka cenderung untuk menjadi hiperaktif dan sangat ligat.

Hal ini kerana anak kedua dilahirkan secara pemikiran semulajadi bahawa mereka mempunyai pesaing iaitu adik-beradik yang lain. Justeru sekiranya ciri anak kedua anda seorang yang hyperaktif, jangan risau atau cepat stres. Ia adalah sesuatu yang normal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Tidak Terlalu Bergantung Kepada Ibu Bapa

Dalam kajian tahun 1998 yang melibatkan 400 orang pelajar, mereka disoal tentang siapa yang mereka akan minta pertolongan jika memerlukan bantuan. Kebanyakan dari mereka akan menjawab kawan.

Ini kerana, perangai anak kedua kurang menghabiskan masa bersama ibu bapa jika dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu.

5.Sahabat Yang Baik

Sifat anak kedua yang seterusnya adalah berpengalaman dalam menghadapi pelbagai karakter manusia. Ini disebabkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6.Open minded, Suka Mencuba Sesuatu Yang Baru

Disebabkan oleh mempunyai adik beradik dan tidak menjadi tumpuan harapan ibu bapa, perangai anak kedua terpaksa berdikari sejak kecil. Ini membuatkan mereka suka mencuba pelbagai perkara baharu dan berfikiran terbuka.

7.Pendengar, Pemberi Nasihat Yang Baik

Seorang pendengar dan pemberi nasihat yang baik adalah individu yang bukan sahaja memiliki kemampuan untuk mendengar dengan penuh perhatian, tetapi juga mampu memberikan pandangan dan nasihat yang konstruktif, sehingga orang lain merasa didengari dan dihargai. 

8.Memahami Keinginan Pasangan

Kemampuan mereka untuk memahami keinginan dan harapan pasangan mereka dengan lebih mendalam. Mereka sering kali menjadi penghubung antara ahli keluarga yang lain, menjalin hubungan yang harmoni dan saling menghormati, serta berusaha untuk memenuhi keperluan emosi dan mental pasangan mereka, yang pada akhirnya membawa kepada keharmonian dalam hubungan.

9.Suka Mengalah, Elak Daripada Tercetusnya Konflik

Jodoh bagi anak kedua cenderung memiliki sifat yang suka mengalah dan menghindari sebarang bentuk konflik yang boleh merosakkan keharmonian dalam hubungan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10.Suka Berdikari, Tidak Suka Bergantung Kepada Orang Lain

Mereka lebih memilih untuk mengatasi cabaran dan masalah sendiri, menunjukkan keupayaan untuk mengambil inisiatif dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Kenapa Anak Kedua Selalu Disalahkan

Jika anda perasan, anak tengah atau anak no 2 sering bersikap dingin dengan keluarga. Malah akan baik-baik sahaja apabila bersama kawan-kawannya. Sekiranya ini terjadi, ia dipanggil sebagai middle child syndrome.

Kenapa anak kedua selalu disalahkan? Ini mungkin disebabkan oleh apabila berlaku pertelingkahan adik beradik, si kakak cenderung bertolak ansur dan mengakui kesalahan. Sementara itu, adik dipandang terlalu kecil untuk disalahkan. Yang tinggal hanyalah anak no 2.

Keadaan ini menjadi sebab kenapa anak kedua selalu disalahkan. Kadang-kadang, sifat anak kedua yang pelik disebabkan oleh mereka hanya ingin mencari perhatian. Hingga membuatkan mereka bersikap ekstrem dan memberontak. Inilah mengapa anak no 2 disebut seorang yang nakal dan mendapat reputasi buruk dalam keluarga.

Kenapa Anak Kedua Selalu Menangis

Dalam tidak sedar, ada beberapa alasan kenapa anak kedua selalu menangis. Antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tidak mendapat perhatian dalam keluarga
  2. Sering dilanda fikiran negatif
  3. Rasa kurang percaya pada diri apabila ibu ayah mula membandingkan diri dengan kakak dan adik
  4. Perlu berani dalam apa jua keadaan yang dihadapi
  5. Cenderung untuk dimarahi ibu ayah
  6. Perlu berusaha keras untuk memperoleh pujian daripada orang tua

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak-Anak Merengek Kelaparan, Ibu Tiada Pilihan Terpaksa Guna Air Banjir Untuk Bancuh Susu

Baca juga: 14 Fakta Anak Tunggal Yang Ramai Salah Anggap, Mereka Tidak Manja Malah Pandai Bawa Diri!

Baca juga: Ingatkan Hanya Cirit-Birit Biasa, Ibu Tidak Perasan Anak Tertelan Bateri Hingga Usus Kena Belah