Setiap anak mempunyai personaliti berbeza-beza mengikut urutan kelahiran. Selain si sulung dan bongsu, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa fakta anak keempat mempunyai sifat yang unik menambahkan lagi seri dalam keluarga.
10 Fakta Anak Keempat Yang Ramai Tak Tahu
1. Pandai Bergaul
Anak nombor empat biasanya mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dan mudah bergaul dengan orang lain.
Kehadiran ramai adik-beradik dengan pelbagai personaliti menjadikan mereka lebih mahir berkomunikasi dan mudah menyesuaikan diri dalam situasi sosial yang berbeza.
Mereka tidak kekok berinteraksi dan beradaptasi dalam Kumpulan menjadikan mereka sering digemari dalam pergaulan.
2. Berdikari
Anak keempat sering kali menunjukkan sifat berdikari yang kuat dan gemar mencuba perkara baru secara sendirian.
Dengan kehadiran ramai adik-beradik, mereka mungkin kurang menonjol tetapi ini menjadikan mereka lebih bebas dan tidak bergantung kepada orang lain dalam banyak aspek kehidupan.
Sikap ini menjadikan mereka lebih yakin dan mampu mengatasi cabaran dengan cara tersendiri.
3. Pandai Menyimpan Rahsia
Satu lagi fakta anak keempat adalah mereka bijak dalam menyimpan rahsia. Jika ibu bapa atau orang lain ingin mengetahui sesuatu daripada mereka, usaha lebih diperlukan kerana anak ini tidak mudah untuk berkongsi semua yang mereka tahu.
Walaupun dia mudah mempercayai orang lain tetapi sifat mereka sebenarnya agak perahsia dan suka menjaga hal-hal peribadi dengan rapi.
4. Pandai Bahagiakan Diri Sendiri
Fakta anak keempat juga mempunyai bakat dalam mencari kebahagiaan sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
Jika ibu bapa sibuk, mereka akan mencari cara untuk mengisi masa lapang dan menghiburkan diri dengan aktiviti seperti menonton TV, melukis, membaca buku atau mencuba hobi baru.
Kecenderungan ini menjadikan mereka individu yang kreatif dalam mencipta kegembiraan sendiri yang mana sifat ini juga sering dikaitkan dengan kreativiti tinggi.
5. Pandai Tawar-Menawar
Kajian menunjukkan bahawa anak keempat sering mempunyai kelebihan dalam membuat rundingan dan tawar-menawar.
Mereka mahir berkomunikasi dan pandai mencari jalan penyelesaian dalam situasi yang memerlukan keputusan bersama.
Ini menjadikan mereka lebih cekap berkomunikasi dan boleh diharapkan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan baik sama ada dalam keluarga atau di luar.
6. Sensitif dan Mudah Merajuk
Anak keempat sering kali digambarkan sebagai lebih sensitif dan mudah merajuk berbanding adik-beradik yang lain.
Jika sesuatu yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan, mereka mungkin akan merasa kecewa dan cenderung untuk merajuk.
sikap ini mungkin berpunca daripada harapan yang tinggi terhadap kejujuran dan kepastian. Namun, sifat sensitif ini juga membentuk diri mereka sebagai seorang yang empati dan memahami perasaan orang lain.
7. Mampu Kawal Emosi
Kebanyakan anak keempat mampu mengawal emosi mereka dengan baik terutama ketika berhadapan dengan cabaran atau ketika berinteraksi dengan orang sekeliling.
Dalam keluarga, mereka mungkin sudah terbiasa dengan pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapi oleh adik-beradik lain yang menjadikan mereka lebih matang dalam mengawal perasaan.
Ini menjadikan mereka lebih stabil emosi dan jarang membiarkan keadaan mempengaruhi perasaan mereka secara berlebihan.
8. Lembut Hati dan Prihatin
Di sebalik sifat perahsia dan sesekali merajuk, anak nombor empat sebenarnya seorang yang sangat lembut hati.
Mereka tidak akan teragak-agak untuk membantu ahli keluarga atau rakan-rakan yang memerlukan bantuan, walaupun mungkin tidak selalu menunjukkan secara jelas.
Sikap prihatin dan kebaikan hati mereka membuatkan mereka mudah disenangi dan dihargai dalam kalangan yang rapat.
9. Setia dan Tidak Mudah Berubah
Anak keempat cenderung mempunyai sifat setia yang tinggi, sama ada kepada keluarga, pasangan, mahupun rakan-rakan.
Mereka adalah individu yang menghargai hubungan rapat dan akan melakukan apa sahaja untuk menjaga kepercayaan yang diberikan kepada mereka.
Sifat ini menjadikan mereka antara individu yang boleh dipercayai dan sering dihormati oleh orang sekeliling.
10. Tidak Suka Meminta-Minta
Anak keempat biasanya tidak suka meminta-minta. Jika mereka inginkan sesuatu, mereka lebih cenderung untuk berusaha sendiri bagi mendapatkannya tanpa menyusahkan sesiapa.
Sikap ini menjadikan mereka lebih berdikari dan yakin dalam mencapai matlamat peribadi tanpa bergantung kepada bantuan orang lain.
Anak keempat membawa sifat yang berbeza dan unik dalam keluarga. Mereka biasanya lebih berdikari, kreatif dan mempunyai rasa humor yang tinggi.
Walaupun kadangkala mungkin kurang mendapat perhatian, anak keempat berjaya membentuk jati diri yang berani dan sentiasa memberi warna dalam kehidupan keluarga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak keempat, kenalilah potensi mereka dan berikan sokongan agar mereka dapat berkembang dengan lebih baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 20 Fakta Anak Sulung Yang Anda Tak Tahu! Nombor 11 Paling Mengejutkan!
Baca juga: Perkara Tentang Anak Lelaki Yang Ibu Ayah Patut Tahu Dan Beri Perhatian
Baca juga: Tiap Masa Nak Melekat & Cari Ayah, Ini 10 Bukti Bonding Anak Dan Ayah Begitu Kuat!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!