Ketika menikmati hubungan suami isteri, sudah pasti setiap pasangan mengharapkan pengalaman berbeza dan penuh keseronokan dalam setiap aksi sehingga ada yang meletakkan makanan pada bahagian faraj wanita. Namun adakah ia selamat dari segi kesihatan jangka panjang?
Meskipun ada juga pasangan yang tidak pernah mencuba taktik sebegini, anda mungkin sahaja pernah terfikir untuk melakukannya atau melihat agenda romantik di kaca televisyen atau web pornografi yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan makanan seperti aiskrim, coklat coki-coki atau aiskrim pada vagina wanita.
Selamatkah meletakkan makanan pada bahagian faraj wanita ketika melakukan hubungan seks?
Hal yang paling utama sekali, anda perlu memahami bahawa setiap bahagian faraj wanita memiliki pH asid yang lebih tinggi. Ia adalah untuk melindungi bahagian intim ini daripada sebarang serangan kuman penyakit.
Jangan tidak tahu organ ini cukup istimewa kerana ia mampu melincir dan mencuci dirinya sendiri. Berdasarkan penjelasan oleh Dr. Leah Millheiser, para wanita perlu mengelakkan dari membersihkan vagina menggunakan sabun mandi atau pencuci wanita.
Hal ini kerana produk kebersihan feminin akan mengganggu pH normal faraj dan sekaligus menjejaskan komposisi mikroflora semulajadi. Pendedahan kepada bahan kimia sebegini turut meningkatkan risiko kepada kesan sampingan seperti iritasi kulit, ketidakseimbangan hormon dan mengurangkan kesuburan seseorang.
Baca juga: Vagina Kering Ketika Seks? Ini Tanda Isteri Perlukan Lebih Rangsangan & Waktu Foreplay!
Apatah lagi meletakkan makanan pada faraj wanita! Dr Millheiser MELARANG sekeras-kerasnya perbuatan ini kerana boleh menjejaskan kesihatan pada masa akan datang.
Ini termasuklah pisang, timun atau sebagainya juga, ya! Antara makanan lain yang anda tidak boleh sesekali mencuba untuk meletakkan pada bahagian faraj wanita ialah:
#1. Minyak masak
“Jika anda memerlukan minyak pelincir untuk faraj ketika proses memanaskan badan bersama pasangan, jangan sesekali menggunakan minyak masak yang sudah anda pakai di dapur untuk menggoreng. Anda kena pilih minyak masak yang lebih berkualiti.” jelasnya
Tambah Dr. Dardik dari New York lagi, vagina memiliki keseimbangan pH yang tidak boleh diganggu. Jadi, minyak yang lebih selamat untuk digunakan adalah minyak kacang badam, minyak kelapa dan minyak zaitun.
#2. Whipped cream
Kepada pasangan kinky yang ingin cuba meletakkan whipped cream pada faraj wanita, sila batalkan niat anda sekarang, ujarpakar wanita, Dr. Alyssa Dweck.
Whipped cream mampu mendatangkan kesan buruk pada vagina. Walaupun ia boleh diletakkan di sekitar vulva (bahagian permukaan vagina), namun pakar masih tidak menggalakkannya. Dan jangan sesekali memasukkan bahan bakeri ini ke dalam bahagian sulit wanita!
#3. Gula
Ada isteri yang menghubungi pakar dan mengatakan bahawa dia pernah mempunyai pengalaman menggunakan bahan dari dapur iaitu gula bagi menyemarakkan aksi seks oral bersama pasangan. Dia melakukan perkara ini adalah untuk memuaskan nafsu suami dan mencipta kelainan pada setiap hubungan di ranjang.
Namun pakar menolak sekeras-kerasnya perbuatan ini. Ia dianggap sebagai satu idea buruk. Gula tidak mudah untuk dikeluarkan dari faraj wanita. Jadi, ia akan mengganggu keseimbangan semulajadi bakteria baik yang ada pada bahagian intim ini.
Keseimbangan pH yang terganggu memudahkan jangkitan pelbagai penyakit. Jadi, berbaloi ke nak letak gula dan sanggup merisikokan diri sendiri hanya untuk kepuasan satu malam?
Jika anda mahu menyemarakkan aksi di ranjang, apa kata anda cuba teknik menggoda suami yang lebih selamat ini!
#4. Sirap coklat
“Semua makanan yang manis dan bergula akan menukar kadar bakteria dan yis dalam faraj wanita. Ia boleh menyebabkan jangkitan,” tegas Dr. Raquel Dardik.
Menurut beliau, sirap coklat memang nampak seksi, tapi vagina boleh meradang dan terkena jangkitan sekiranya anda menggunakan bahan makanan ini. Ia kerana kulit vagina agak sensitif serta hubungan seks yang agak ganas meningkatkan risiko kecederaan.
#5. Gula-gula
Kalau semua makanan bergula tidak boleh diletakkan pada atau dalam vagina, sama jugalah dengan gula-gula. Ada yang menggunakan gula-gula Pop Rocks untuk aksi lebih memukau.
Tapi akibat penggunaan gula-gula ini sungguh dahsyat. Ada kes isteri telah mengalami luka melecur dan gatal-gatal pada vagina selepas itu!
Seks mampu merapatkan lagi hubungan suami isteri agar kebahagiaan rumah tangga berkekalan. Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru ketika seks, pilihlah teknik atau cara yang tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pasangan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ini Apa Yang Terjadi Pada Faraj Lepas Bersalin, Setiap Suami Isteri Kena Tahu!