Sambung Belajar Ketika Hamil, Isteri Fizo Bersyukur Suami Dan Ibu Mentua Supportive

Fazeera Nazri iaitu isteri baru Fizo Omar berkongsikan pengalaman mengandung dekat anak kedua tanpa berdepan alahan yang kuat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Awal tahun 2023, pelakon dan selebriti, Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri mengandung anak kedua mereka.

Ia boleh dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka buatnya bakal menjadi ayah kepada tiga orang anak. Ketika ini difahamkan Fazeera atau dikenali sebagai Faz sudah memasuki usia kehamilan tujuh bulan.

Fazeera Nazri kongsi pengalaman jadi ibu dan dalam masa menjadi pelajar

Sebelum ini ramai followers Fazeera Nazri mendapat aura positif apabila dia sering berkongsi kata-kata motivasi di media sosial.

Menurutnya, apa yang dikongsi semuanya datang dari buku-buku yang pernah dibaca atau melalui video motivasi lain.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa isteri baru Fizo Omar ini juga seorang pelajar. Difahamkan dia kini berada tahun akhir dan bakal memperoleh ijazah dalam pendidikan di UNITAR.

Justeru, menerusi perkongsian video yang baharu Fazeera Nazri menceritakan bagaimana rutin harian sepanjang menjadi seorang ibu, dalam masa yang sama belajar dan mengandung anak kedua.

Sepanjang lepas menjadi ibu, rutin harian sudah berubah dan keutamaan kita pun berubah. Sekarang fokus hanya kepada baby.

Jadi bila bangun pagi tu, kita akan mandikan anak dulu sebelum diri dapat mandi. Fikirkan nak susukan baby dulu. Pengurusan masa adalah sangat penting.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin dan tempoh berpantang, saya juga sangat aktif. Bersenam, jaga pemakanan bagi memastikan kesihatan diri sendiri iaitu fizikal dan mental.

Bagi saya, apabila seorang ibu berada dalam keadaan yang stabil, barulah dia boleh fokus dengan baik untuk menjaga keluarga terutama anak-anak.

Suami juga banyak membantu

Abe Joe pun dia punya rutin harian berubah. Dia banyak sangat tolong Faz jagakan anak. Kalau saya perlukan pertolongannya, dia selalu ada dan tawarkan diri untuk membantu banyak benda.

Kalau dia tengok saya terlalu penat, dia akan kata hari ini tidak payah masak. Kita order sahaja. Jadi pada saya peranan suami sangat penting bila sudah ada anak. Alhamdulillah terima kasih sayang.

Belajar dalam masa yang sama menjadi seorang ibu juga menjadi satu cabaran bila sudah ada anak. Sebab kita kena fokus kepada kita punya pembelajaran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita nak kena fikir tentang assignment, discussion semua, kelas dan online class setiap minggu. Dan alhamdulillah, ibu mentua saya pun sangat supportive. Tolong jagakan Khaleeda kalau saya study, ada kelas atau pergi events.

Inilah yang paling saya bersyukur. Mengandung kali kedua ini memang tiada alahan dan rasa penat. 

Rasa penat tu hanya terjadi untuk dua bulan pertama sahaja. Tapi alahan, muntah semuanya tiada. Alhamdulillah, Allah sangat adil. Dia kurniakan saya mengandung kali kedua dalam jarak yang pendek untuk saya bersyukur dengan segala rezeki Allah bagi.

Dalam masa yang sama, tiada alahan dan saya boleh fokus untuk buat banyak perkara sebenarnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya boleh fokus dengan kerja, jaga baby dan belajar. So, kalau happy baby, happy Umi dan happy daddy!

Tips sambung belajar selepas bergelar ibu

Kebanyakan ibu merasakan sukar untuk sambung belajar selepas kehadiran cahaya mata dalam keluarga.

Namun di mana ada kemahuan, di situlah ada jalan. Beberapa tips ini mungkin membantu anda yang ingin mengecapi kejayaan dan dalam masa sama menjadi seorang ibu hebat untuk anak-anak.

1. Tetapkan matlamat yang realistik

Setiap matlamat yang ditetapkan perlu mengambil kira kesihatan mental anda. Bagi mereka yang terlalu ingin mencapai pointer tinggi dan dekan, ini mungkin memberikan tekanan kuat pada diri.

Burnout adalah masalah yang kerap berlaku pada kebanyakan ibu. Kesannya, anda boleh hilang fokus untuk menguruskan komitmen seperti kerja, belajar dan anak-anak.

Justeru pastikan mengetahui keupayaan diri terlebih dahulu semasa menetapkan sebarang matlamat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Kenal pasti halangan dan sokongan

Kesedaran diri adalah penting untuk sampai ke hari graduasi kerana batasan dalaman dan luaran kelihatan berbeza setiap orang.

Sebagai contoh, anda mungkin seorang yang suka berlengah-lengah dan mampu menyiapkan tugasan lebih baik ketika last minute.

Anda mungkin hanya mempunyai seorang pembantu yang boleh menjaga anak sewaktu diperlukan.

Justeru perhatikan halangan dan gunakan sokongan yang ada dalam situasi anda. Ia akan membolehkan anda mencipta masa dan usaha untuk menumpukan pada assignment.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Tetapkan satu waktu dalam sehari untuk belajar

Jika ibu ingin sambung belajar, pengurusan masa dan disiplin adalah amat penting. Oleh itu pastikan anda meluangkan satu waktu untuk menyiapkan assignment, menghadiri kelas atau melakukan perbincangan secara berkumpulan.

Jangan malu untuk minta bantuan orang terdekat untuk menjaga anak  buat sementara waktu agar anda tidak tertekan.

Jadi, kepada ibu-ibu yang mempunyai harapan yang tinggi bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga diri mereka sendiri, ketahuilah bahawa anda boleh sambung belajar dan mengecapi kejayaan dalam pelajaran.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kehamilan Pertama & Anak Kedua Tak Sama Pengalamannya, Ini Perbezaan Yang Mungkin Ibu Alami

Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Baca juga: Benarkah Proses Melahirkan Anak Kedua Dikatakan Lebih Mudah Berbanding Pertama?