Sama ada anda menyusu badan atau menyusukan bayi dengan susu formula, ini adalah sumber nutrisi utama bayi anda untuk enam bulan pertama hidupnya. Dan walaupun ia kelihatan lebih mudah daripada menyediakan hidangan, hakikatnya ia satu perkara yang menakutkan buat ibu bapa baru.
Antara penyusuan, penukaran lampin, kitaran tidur yang tidak menentu dan bayi mencapai perkembangan tumbesaran penting, terdapat banyak perkara ibu dan ayah yang perlu sentiasa pantau dan jejak.
Oleh itu, anda memerlukan sedikit sokongan untuk jadikan hidup anda lebih mudah dan kurang tertekan. Di sini hadirnya feeding tracker terbaru daripada theAsianparent untuk berikan anda pandangan menyeluruh secara holistik tentang kesihatan dan penyusuan anak anda.
Ia adalah aplikasi semua-dalam-satu dalam telefon anda yang direka bentuk, diuji dan disahkan oleh ibu seperti anda. Ia adalah produk yang dibina #ForMumsByMums.
Apakah feeding tracker bayi?
Feeding tracker membolehkan anda merekod dan menyimpan data tentang tabiat penyusuan bayi anda. Ia direka sebagai satu sumber untuk menjejaki semua maklumat mengenai khasiat bayi anda dapat daripada penyusuan (atau susu formula) hingga mengepam.
Ia membolehkan anda merekod dan memantau masa menyusu dan juga menjejaki bila kali terakhir anda memberi makan kepada si kecil. Anda boleh menyelaras suapan bayi anda dan menjejakinya untuk hasil yang optimum.
Kerana ibu harus dihargai
theAsianparent telah bekerjasama secara terperinci dengan ibu-ibu tempatan bagi mencipta feeding tracker. Ibu seperti anda telah mengusahakan aplikasi yang memberi kami persepsi berharga tentang perkara-perkara yang memenuhi keperluan anda.
Kami faham apabila anda menjadi ibu, ia adalah satu peranan 24 jam, 7 hari seminggu seumur hidup. Tiada suis untuk mematikan peranan ini. Feeding tracker ini bertujuan untuk memberi anda jaminan yang anda perlukan untuk tingkatkan lagi kemahiran anda sebagai ibu dan ayah.
Apa yang anda perlu lakukan ialah memuat turun aplikasi secara percuma dari Google Play Store atau iOS App Store. Anda bukan sahaja boleh mencatat data penting tentang tabiat pemakanan anak anda tetapi juga mendapat akses tip dan petua yang dapat membantu anda membesarkan anak dengan lebih mudah.
Jenis-jenis feeding tracker
Aplikasi feeding tracker bayi ini menjejaki corak penyusuan untuk bayi. Tracker tersebut termasuk:
- Tracker penyusuan badan
- Tracker penyusuan botol
- Tracker pam.
Apa kelebihan feeding tracker untuk bayi anda?
Sudah tentu, aplikasi penyusuan bayi atau feeding tracker tidak dapat menggantikan kerja sebenar iaitu memberi anak makan. Sebaliknya, ia membolehkan anda mengatur kehidupan anda dengan cara terbaik yang sesuai dengan keperluan anda dan bayi.
Beberapa kelebihan feeding tracker ini termasuk:
- Anda tidak perlu menjadi pakar setiap kali anda perlu menyusukan bayi anda. Tracker ini ialah satu alat berguna untuk memberikan anda maklumat yang tepat tentang penyusuan yang lalu.
- Feeding tracker ini memberikan anda kebebasan untuk memantau penyusuan, mengepam dan penyusuan badan secara individu.
Semua ciri-ciri di atas boleh didapati dalam aplikasi ini. Anda juga boleh mendapat akses kepada sleep dan diaper trackers dalam aplikasi.
Berapa kali anda perlu beri anak makan setiap hari?
Perut bayi anda kira-kira saiz biji marmar selepas dilahirkan. Ia boleh memuatkan sehingga 1-1.4 sudu teh cecair pada satu masa. Apabila bayi anda semakin besar, perut kecilnya akan meregang dan membesar juga. Begitu juga dengan keupayaan perut untuk menahan dan mencerna lebih banyak makanan.
Walaupun sukar untuk mengetahui jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda semasa menyusu badan, ia lebih mudah untuk mengukur jumlah penyusuan botol.
Keibubapaan akan sentiasa hadir dengan banyak tanggungjawab dan ini bermakna anda memerlukan sistem sokongan yang betul untuk membantu anda menyesuaikan semua peranan berbeza yang anda mainkan.
Ingat: Setiap bayi berbeza dan akan mempunyai rentak dan cita rasa yang berbeza, serta faktor yang mempengaruhi kekerapan penyusuan. Guna feeding tracker ini untuk mencipta jadual penyusuan khas untuk bayi anda yang akan membantu anda merancang rutin dengan lebih baik.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Susu Ibu Boleh Jadi Tiba-Tiba Banyak Sebab 4 Perkara Ini, Itulah Pentingnya Kena Selalu Positif!
Baca juga: Alat Penyusuan Wajib Ada Dekat Dengan Ibu, Lagi-Lagi Yang Balik Beraya Jauh Kali Ini
Baca juga: Bayi Selalu Masukkan Jari Ke Dalam Mulut Ibu Ketika Menyusu Badan, Ia Tanda “Terima Kasih”