"Anak Saya Diberikan Sapuan Flourida Semasa Rawatan Gigi Di Sekolah, Untuk Apa?"

Pasti ada ibu bapa yang pelik kenapa perlu sapu flourida pada gigi anak bila ada pemeriksaan gigi di sekolah? Kami kongsikan sebabnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ada ibu bapa di luar sana yang tertanya-tanya kenapa doktor letak sapuan flourida pada gigi anak ketika pemeriksaan gigi di sekolah?

Ada juga yang tertanya-tanya, bolehkah kanak-kanak diletakkan flourida pada gigi mereka? Bukankah bahaya jika anak-anak ini tertelan flourida?

Kali ini kami kongsikan kepada anda, apa relevannya sapuan flourida dibuat pada gigi anak anda.

Flourida pada gigi tak bahaya pada kanak-kanak

Kredit: int3tree

Menurut doktor pergigian, Dr Iqbal Rosali, sapuan flourida adalah sejenis rawatan pencegahan untuk mengelakkan gigi daripada rosak dan berlubang.

Sapuan juga boleh dilakukan pada gigi yang baru menunjukkan tanda-tanda awal gigi rosak dan berupaya mengembalikan kekuatan gigi.

Sapuan flourida boleh dilakukan di mana-mana klinik gigi atau perkhidmatan pergigian sekolah. Kekerapan sapuan pula bergantung kepada penilaian doktor yang memeriksa.

Berapakah kekerapan sapuan flourida pada gigi? 

Sapuan flourida boleh dilakukan di mana-mana klinik gigi atau perkhidmatan pergigian sekolah. Kekerapan sapuan pula bergantung kepada penilaian doktor yang memeriksa.

Jika kebersihan mulut elok, sapuan flourida boleh dilakukan 6 bulan sekali atau setahun sekali memadai. Bagi yang berisiko tinggi karies, mungkin perlu lebih kerap lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa rasa flourida? Ada perisa pisang!

Prosedur sapuan flourida ini langsung tidak menyakitkan dan tidak mengambil masa yang terlalu lama. Sapuan ini berwarna kuning dan berperisa pisang! Ia akan melekat pada gigi untuk penyerapan flourida dan boleh ditanggalkan semasa memberus gigi.

Selain itu katanya, sapuan flourida ini hanya boleh dilakukan oleh professional. Tidak dijual di mana-mana kedai atau farmasi.

Fakta mengenai pertumbuhan gigi kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pukesmas

Jumlah gigi susu seorang kanak-kanak ialah 20 batang. Gigi susu terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring dan 8 batang gigi geraham. 

Kesemua 20 batang gigi susu biasanya selesai tumbuh sekitar umur 3 tahun. Perkembangan dan susunannya adalah berbeza mengikut individu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi kekal pertama mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Biasanya gigi geraham pertama tumbuh dahulu, diikuti gigi kacip, kemudian gigi taring, dan gigi geraham kedua. Kebiasaannya, gigi bawah tumbuh dahulu diikuti gigi atas mengikut turutan.

Gigi taring atas tumbuh pada sekitar umur 11 tahun. Manakala, gigi geraham kedua mula tumbuh sekitar umur 12 tahun.

Akhir sekali, gigi geraham ketiga atau gigi bongsu mula tumbuh sekitar umur 18 tahun.

Jumlah keseluruhan gigi kekal seorang dewasa ialah 32 batang. Gigi kekal seorang dewasa terdiri daripada 8 batang gigi kacip, 4 batang gigi taring, 8 batang gigi geraham kecil dan 12 batang gigi geraham besar.

Punca karies gigi kanak-kanak

Kredit: pa&ma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebanyakan punca utama karies gigi susu di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan penggunaan botol susu yang dikenali sebagai nursing bottle caries.

Karies gigi biasanya berlaku pada gigi hadapan atas dan gigi geraham belakang. Semua susu tepung di pasaran pada masa ini mengandungi gula yang menjadi penyebab utama karies gigi. 

Jika botol susu dibiarkan dalam mulut anak anda semalaman, kandungan gula dalam susu tersebut penyebab utama terjadinya karies gigi. Ia juga mungkin membawa kepada masalah yang lebih serius sebagai contoh gusi bernanah dan jangkitan kuman.

Bagaimana untuk mencegah karies gigi di kalangan kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gigi anak rosak bukan perkara main-main. Ia boleh memberi kesan kepada otak juga. Jadi sebagai ibu bapa anda memainkan peranan penting dan utama untuk memastikan kebersihan gigi anak. 

  1. Tiada botol susu dalam mulut semasa tidur
  2. Elakkan memberi makanan manis dan junk food
  3. Elakkan memberi biskut-biskut manis
  4. Sentiasa berus gigi anak (bantu anak anda gosok gigi mereka. Anak kecil tidak akan boleh membersihkan satu mulut, selalu akan berus gigi depan saja)
  5. Boleh gunakan ubat gigi berflourida dalam jumlah yang sedikit (setelah anak anda pandai meludah)
  6. Bawa anak jumpa doktor gigi seawal enam bulan pertama kelahiran

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Iqbal Rosali, Kementerian Kesihatan, myhealth

Kredit foto: pa&ma, int3tree

Baca juga: Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi

Penulis

Lala Annuar