Anda mesti selalu dengar tentang gigi jongang, kan? Di mana satu keadaan apabila gigi yang rahangnya di bahagian atas lebih menonjol ke hadapan berbanding gigi normal yang boleh dikenalpasti sejak bayi lagi.
Namun, hal ini mungkin belum pernah disedari oleh ibu ayah dan sukar untuk melihat ciri-ciri gigi jongang ini sejak mereka masih bayi.
Secara umumnya, gigi jongang ini akan menyebabkan beberapa masalah jika tidak ditangani segera dari awal.
Misalnya boleh menjadi punca kepada sakit kepala, sukar bernafas dan susah nak kunyah makanan.
Jadi, untuk mengekang masalah gigi jongang ini semasa anak sudah semakin besar, ibu bapa harus mengetahui ciri-ciri ini di saat anak masih lagi bayi seperti berikut.
7 Ciri-ciri bayi gigi jongang
Tujuh ciri-ciri bayi gigi jongang yang boleh ibu ayah lihat pada si kecil. Jom cek gigi anak masing-masing bermula hari ini!
#1. Jarak antara gigi atas dan bawah

Ciri pertama yang boleh dilihat adalah pada bahagian gigi atas dan bawah yang mula tumbuh.
Dalam perkembangan bayi dari sudut pergigian, ukurannya boleh sama rata antara gigi atas dan gigi bawah.
Akan tetapi, jika jarak antara gigi itu lebih dari 3 mm, maka hal tersebut boleh membuatkan bayi mengalami gigi ke depan semasa dewasa kelak.
#2. Ukuran rahang
Seterusnya adalah ukuran rahang pada bayi di mana bayi yang mempunyai rahang normal seharusnya memiliki ukuran yang sama dan tidak ada sebarang perubahan.
Jika bayi berpotensi mengalami gigi jongang, maka ukuran rahang bahagian atas lebih besar berbanding ukuran rahang di bahagian gigi bawah.
#3. Posisi gigi
Dalam beberapa kes, ada juga bayi gigi jongang yang boleh dilihat pada posisi giginya.
Jika posisi gigi tidak rapi atau berselerak di bahagian atas maka si kecil itu juga boleh berpotensi terkena gigi jongang.
Oleh itu, jika anak sudah mulai tumbuh gigi, tangani ia dengan segera. Jika tidak anak anda akan kekal jongang sampai dewasa.
#4. Ukuran gigi
Kredit: int3tree
Selain itu, bukan hanya posisi gigi saja yang berpengaruh besar membuatkan anak kita jongang. Tapi, ukuran gigi juga boleh memberi kesan terhadap hal ini.
Masalah utama adalah ketika bayi memiliki ukuran gigi yang tidak sama yang jarang dibersihkan. Malah, gigi bayi hanya dibersihkan pada bahagian luar sahaja maka ia dapat memicu anak mengalami jongang.
Jadi sebagai ibu bapa, anda harus meneliti hal ini dengan lebih baik.
#5. Bayi sulit menutup mulut
Mungkin ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa bayi yang sukar menutup mulut memiliki ciri-ciri jongang. Justeru, gigi bermasalah ini boleh dilihat ketika si kecil sudah mulai sedikit membesar.
#6. Bayi suka bernafas melalui mulut

Ciri yang lain adalah bila bayi suka bernafas melalui mulut yang kekadang tak disedari oleh ibu dan ayahnya.
Hal ini adalah kerana udara yang melalui rahang atas dan bawah membuatkan lelangit mulut yang jauh lebih dalam.
Akibat perbuatan tersebut menjadikan susunan gigi lebih lebar dan mengarah pada luar mulut.
Walaubagaimanapun, bernafas melalui mulut ini mungkin boleh disebabkan masalah pernafasan atau gejala asma.
#7. Keturunan
Walaugaimanapun, memiliki gigi jongang ini mungkin disebabkan keturunan keluarga. Jika ibu bapa mempunyai gigi yang normal kemungkinan anda mewarisi daripada adik beradik yang lain.
Itulah tujuh ciri-ciri bayi jongang yang mudah dilihat. Jika anak sudah mulai tumbuh gigi, sila kerap bersihkan dan hilangkan segala kekotoran di celahan gigi mereka bagi mengurangkan risiko jongang dan sebagainya.
Jika persiapan awal dilakukan, nescaya masalah ini boleh dihindari dengan cepat. Selain itu, sediakan makanan bayi yang mudah dicerna supaya dapat menjaga kualiti giginya hingga besar.
Kongsi dan tag pasangan anda untuk bersama-sama mengetahui berkaitan maklumat ini. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Hamil.co.id
Gambar: Sirap Limau
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comumur-berapa-bayi-tumbuh-gigi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!