Anak Boleh Mengalami Fotofobia @ Sensitif Terhadap Cahaya Jika Cedera Di Kepala

Si manja yang mengalami fotofobia pasti sukar untuk berada di tempat yang cerah, oleh sebab sensitiviti mereka terhadap cahaya. Bagaimana ibu boleh mengetahui sekiranya bayi mengalami fotofobia serta cara membantu bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda mendengar terma fotofobia sebelum ini? Fotofobia bermaksud sensitiviti terhadap cahaya. Ia adalah masalah yang sering tidak diberi perhatian kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara yang terlalu serius tetapi sekiranya anak anda mengalami fotofobia, jangan berdiam diri sahaja! Impak negatif fotofobia tidak mengira usia.

Oleh sebab itu, ibu dan ayah yang risau sekiranya si manja menghadapi fotofobia boleh terus membaca artikel ini untuk mengetahui punca serta cara membantu anak yang mengalami sensitiviti terhadap cahaya.

Adakah Bayi Boleh Mengalami Fotofobia?

Foto: Orami.Co

Sekiranya si manja anda menunjukkan tanda-tanda ini, ia mungkin bermakna anak anda sedang mengalami fotofobia dan sewajarnya mendapat bantuan segera.

  • Mengalami ketidakselesaan pada mata yang dapat dilihat dengan jelas; kemerah-merahan dan sedikit bengkak
  • Sentiasa menyentuh bahagian mata kerana kegatalan
  • Bayi anda sentiasa menangis akibat ketidakselesaan seperti sakit kepala (bayi mungkin memegang kepala sebagai tanda komunikasi)
  • Muntah-muntah
  • Mengecilkan mata seakan-akan berhadapan dengan cahaya silau

Mengapa Bayi Saya Mengalami Fotofobia?

Fotofobia tidak akan datang secara sendiri. Malah, terdapat beberapa penyebab yang boleh menyebabkan si manja anda mengalami sensitiviti terhadap cahaya ini.

#1. Mengalami sakit kepala

Percaya atau tidak, kanak-kanak juga boleh mengalami sakit kepala seperti migrain. Sama seperti seorang dewasa yang mengalami migrain, ia akan menyebabkan kita lebih sensitif terhadap cahaya oleh sebab pendedahan kepada cahaya akan menerukkan lagi kesakitan pada kepala.

#2. Kecederaan pada kepala

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai kanak-kanak, mereka tidak akan pernah lari dari mengalami kecederaan di kepala. Baik dari bersukan, bermain atau hanya disebabkan oleh kecuaian. Si manja yang mengalami kecederaan pada kepala lebih cenderung untuk mengalami fotofobia.

#3. Kecelaruan tumbesaran dan deria

Sekiranya si manja anda mengalami masalah tumbesaran dan deria, ia mungkin akan menyebabkan sang anak mengalami reaksi yang negatif terhadap cahaya. Walaupun ia tidak menyakitkan seperti simptom-simptom di atas, ia masih membawa kesan yang buruk ke atas kehidupan si manja.

#4. Permasalahan pada mata

Apabila perhubungan di antara saraf mata dan otak mempunyai masalah, maka ianya tidaklah mengejutkan sekiranya anak anda mengalami fotofobia! Anak anda mungkin telah mengalami kecederaan pada mata dengan tidak sengaja seperti menggarunya terlalu kuat atau tercucuk mata sendiri, dan perkara-perkara ini boleh menganggu deria penglihatan anak anda seraya memberikan mereka impak yang negatif terhadap cahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Meningitis

Meningitis ialah kondisi di mana membran yang mengelilingi otak dan saraf tunjang mula membengkak. Kondisi ini akan menyebabkan si manja anda mengalami reaksi yang menyakitkan terhadap cahaya disebabkan oleh membran yang membengkak tersebut.

Ubah Gaya Hidup Untuk Membantu Anak Anda

Foto: Idn Media

Kadang-kala, gaya hidup seseorang boleh menjadi punca mereka mengalami reaksi yang negatif terhadap cahaya. Oleh itu, ini antara tips-tips yang anda boleh amalkan untuk mengurangkan kondisi sensitiviti terhadap cahaya anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Meningkatkan pendedahan pada cahaya

Sekiranya anak anda mengalami fotofobia, cara yang terbaik untuk membuatkan mereka membiasakan diri terhadap cahaya ialah dengan meningkatkan pendedahan mereka terhadap cahaya dengan beransur-ansur. Ya, get used to it

Sebenarnya, jika anak anda sentiasa berada di dalam bilik yang gelap untuk mengelak dari cahaya, ia akan lebih meningkatkan sensitiviti mereka terhadap cahaya.

  • Menukar mentol lampu

Kalau sebelum ini anda menggunakan mentol lampu pendaflour, inilah masanya untuk anda mengubah pencahayaan di rumah anda menggunakan mentol lampu LED yang sebaiknya mempunyai tona yang lebih panas seperti lampu berwarna oren.

  • Buka langsir sepenuhnya (atau tutup sepenuhnya!)

Jika rumah anda mempunyai langsir, bukalah langsir sepenuhnya untuk memaksimakan pencahayaan yang masuk ke dalam rumah anda. Elakkan membuka sebelah bahagian langsir sepenuhnya, manakala sebelah lagi tertutup. Ini akan menyebabkan pencahayaan di dalam rumah menjadi berterabur dan menerukkan lagi sensitivi anak terhadap cahaya.

  • Menggunakan kaca mata menghalang silau

Sekiranya anak anda memang terlalu sensitif dengan cahaya, wajarlah jika anda membawa mereka berjumpa dengan pakar optometri supaya mereka boleh mencadangkan kaca mata berperskripsi yang sesuai bagi mata si manja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menutup permukaan yang mempunyai pantulan

Permukaan yang licin dan mempunyai pantulan yang terkena cahaya matahari boleh mencetuskan fotofobia yang menyakitkan pada mata si manja anda. Oleh itu, seeloknya anda menggunakan kain untuk menutup permukaan ini sekiranya si manja anda berada berdekatan.

Kaitan Antara Fotofobia dan Masalah Mental

Foto: Popmama

Sebelum itu, hendak kami tekankan bahawa kami bukan menyatakan si manja anda mempunyai kemungkinan mengalami masalah mental tetapi terdapat perhubungan yang relevan di antara fotofobia dan permasalahan ini. 

Sekiranya anda merisaukan perkembangan mental si manja anda, berhubunglah dengan pakar kanak-kanak yang anda percayai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Autisme
  • Gangguan Hiperaktifan Defisit Perhatian (ADHD)
  • Gangguan Obsesif-Kompulsif (OCD)

Kanak-kanak yang mempunyai permasalahan ini lebih cenderung untuk menghidapi fotofobia, tetapi sekiranya si manja anda tidak menunjukkan simptom-simptom mereka mengalami permasalahan ini, janganlah anda terlalu risau! Kami pasti si manja anda baik-baik sahaja 🙂

Akhir kata, kami berharap bahawa apa yang dikongsikan pada artikel kali ini membawa manfaat kepada anda, terutamanya kepada si manja anda. Happy parenting!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Lighthouse Guild

Baca juga: Manfaat Sensori Play Untuk Anak-Anak