Jom Tambah Ilmu Bersama BiO-LiFE® Mengenai Kepentingan & Fungsi Probiotik Untuk Terus Kekal Sihat!

Mungkin masih ramai yang tak tahu fungsi probiotik yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan usus dan mendapatkan tubuh badan yang sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernahkah anda mendengar mengenai bakteria ‘baik’? Tahukah anda ia sebenarnya adalah probioktik iaitu mikroorganisma hidup yang berkhasiat apabila dimakan atau disapu ke atas badan. Fungsi probiotik sangat penting untuk mendapatkan sistem pencernaan yang sihat!

Disebabkan kepentingan itulah, BiO-LiFE® bekerjasama dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) melancarkan siri Facebook (FB) Live untuk mendidik orang awam tentang kebaikan, khasiat dan fungsi probiotik dalam membantu meningkatkan kualiti kesihatan badan kita.

Fungsi probiotik pelbagai jenis perlu difahami supaya tidak tersalah pilih

Terdapat pelbagai jenis probiotik yang dikenali sebagai strain dan setiap satu daripadanya mempunyai fungsi tersendiri.

Penting untuk kita memahami keperluan kesihatan badan kita. Sila berunding dengan penyedia penjagaan kesihatan anda atau ahli farmasi sebelum memilih suplemen probiotik.

Presiden MPS, Amrahi Buang berkata, priobiotik merupakan mikroorganisma hidup yang berkhasiat apabila dimakan atau disapu ke atas badan. Ia boleh didapati dalam yogurt atau makanan yang ditapai lain, serta dalam produk makanan tambahan .

“Terdapat bertrillion organisma hidup yang dinamakan mikrobiota di dalam badan kita, dan probiotik yang dikenali sebagai bakteria baik membantu kita mengekalkan keseimbangan mikrobiota semula jadi dalam badan kita.

Ia membantu kita melawan patogen yang menyerang sel sihat, mencerna molekul makanan supaya mudah dihadam, dan mengurangkan keradangan dalaman,” katanya.

Beliau berkata gaya hidup kita telah berubah dalam era norma baharu ini dan ramai di antara kita yang perlu mengimbangkan masa di antara kerja, keluarga, kehidupan sendiri, serta kesihatan badan pada masa yang sama.

Kita perlu tahu akan peranan dan fungi penting yang dimainkan oleh probiotik untuk terus kekal sihat dalam situasi sekarang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tonton FB Live untuk lebih faham mengenai fungsi probiotik

Orang awam dijemput untuk menonton sesi FB Live di Laman FBBiO-LiFE® Malaysia. Pakar kesihatan dari MPS dan BiO-LiFE® akan membincangkan kepentingan sistem pencernaan yang sihat terhadap kesejahteraan badan secara keseluruhan, pengetahuan asas probiotik termasuklah kiraan Unit Membentuk Koloni (CFU) dan kepentingannya selain daripada untuk kesihatan usus, serta nasihat untuk kekal sihat dalam situasi dunia sekarang.

Ia akan disiarkan pada setiap Rabu dari 6 hingga 20 Oktober 2021 pada jam 8.00 malam di pautan laman FB BiO-LiFE® Malaysia: fb.com/biolifemarketing.

Orang awam juga boleh mengajukan soalan di laman FB BiO-LiFE® semasa sesi FB Live. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web BiO-LiFE® di biolife.com.my, atau ikuti laman Facebookrasmi @ biolifemarketing dan laman Instagram @ biolifemy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengurus Besar Malaysia & Singapura Mega Lifesciences & BiO-LiFE® Marketing Sdn. Bhd, Balaji Rajagopal berkata BiO-LiFE® sentiasa mementingkan kualiti kehidupan dan kesihatan semua.

“Kebanyakan orang akan mengunjungi farmasi terdekat dahulu untuk keperluan kesihatan dan kesejahteraan badan mereka.

“Disebabkan itu, kami bangga untuk bekerjasama dengan MPS untuk meningkatkan literasi kesihatan dan mendidik orang awam tentang kepentingan probiotik untuk kesihatan badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Situasi norma baharu telah memberikan kami peluang untuk fikirkan semula cara untuk berinteraksi dengan orang ramai. Sesi virtual ini akan memainkan peranan penting untuk mendidik dan menyampaikan maklumat kesihatan kepada semua pada masa depan,” katanya. 

Penting untuk dimasukkan dalam diet harian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut, Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, PPUKM, Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali, pengambilan probiotik yang kerap memastikan kesihatan penghadaman yang baik.

Beliau mengesyorkan makanan kaya probiotik sebahagian diambil dalam diet harian, termasuklah produk makanan ditapai seperti minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu), dan pulut tapai.

“Anda harus berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang,” katanya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Baca juga: Selamat Tak Kalau Anak Minum Yakult (Minuman Probiotik) Seawal Usia 6 Bulan? Anak Asyik Minta!

Baca juga: Tak Sangka Budu & Tempe Kategori Makanan Probiotik Yang Bagus Untuk Kanak-Kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar