Tentunya isteri rasa sedih bila mengambil gambar kehamilan tanpa suami di sisi dan kebahagiaan yang ditunggu itu seolah menjerat di tangkai sanubari.
Namun, berbeza dengan Stephanie Summers, di mana semasa hamil lima bulan dia kehilangan suaminya yang meninggal kerana kemalangan pesawat.
Dengan bantuan seorang jurugambar profesional, Stephanie mencipta momen indah dengan arwah suaminya yang sentiasa berada dalam ingatan.
Di mana, jurugambar tersebut menghasilkan potret keluarga Stephanie yang sedang hamil bersama arwah suaminya bagi memperingati ulang tahun kematiannya yang penuh tragis itu.
Jurugambar tersebut memilih beberapa gambar perkahwinan pasangan itu untuk diedit dalam foto kehamilan Stephanie.
Jurugambar kreatif rakam gambar kehamilan dengan arwah suami
Jurugambar tersebut bernama Laura Gordillo menghubungi janda muda itu dengan mengatakan bahawa dia ingin melakukan kelainan terhadap gambar yang diolah.
Sebelum itu, dia meminta anak Stephanie agar berpakaian yang sesuai dengan skema warna dari foto asal.
Berikutan itu, Gordillo menggunakan teknik penyuntingan untuk memasukkan arwah suami Stephanie iaitu Taurean di dalam gambar bersama dengan isterinya dan anak lelaki mereka yang diberi nama yang sama seperti ayahnya.
Imej gambar kehamilan itu dikongsi hampir 7,000 kali di Facebook.
Hatinya tersentuh saat melihat gambar itu
Dalam masa yang sama, jurugambar itu turut menulis sesuatu di laman Facebook miliknya tentang bagaimana hatinya tersentuh apabila melihat gambar tersebut untuk menjadi realiti.
Namun dia gembira setelah melihat gambar yang hebat itu menunjukkan keriangan Stephanie bersama anaknya.
Malah Stephanie juga cukup suka dengan gambar yang diolah itu sambil terus mengenangkan suaminya yang sudah tiada. Tapi, dia masih tetap merindukan suaminya itu dan akan simpan baik gambar tersebut untuk kenang-kenangan.
*************
Baru-baru ini, jurugambar Conley turut melakukan yang sama dengan memasukkan gambar seorang wanita bersama arwah suaminya dan anak mereka yang berumur empat tahun.
Suami Nicole Deonte meninggal dunia selepas beberapa bulan sebelum bayi kedua mereka dilahirkan.
Jadi, dia memutuskan untuk memasukkan wajah suaminya dalam setiap gambar agar kelihatan kehadiran lelaki itu di sisi mereka.
Dalam memasukkan gambar, dia berharap anak-anaknya sentiasa mengingati arwah ayah mereka.
Menurut Nicole, tujuannya bergambar itu untuk dijadikan kenangan buat anak perempuan yang dikandungkan kerana tidak sempat berjumpa ayahnya.
Terdahulu, Nicole dan suaminya telah membincangkan tentang kemungkinan untuk mengadakan pemotretan bersalin sebelum kematiannya.
Ini kerana, semasa Nicole mengandung anak sulung mereka, pasangan ini tidak sempat melakukannya kerana dia bersalin awal pada usia kandungan 32 minggu.
Benarlah orang kata, meskipun suaminya telah pergi buat selama-lamanya namun ingatan dan kenangan kekal abadi sampai bila-bila.
Gambar mereka di Facebook mendapat hampir 100,000 perkongsian.
Sungguh luar biasa cinta sejati ini yang dapat mengikat keluarga dalam sebuah gambar kenangan. Terima kasih kepada kecanggihan teknologi kini yang dapat mengembalikan momen indah itu.
Tips untuk foto maternity
#1. Waktu yang tepat
Maternity shoot ini biasanya lebih fokus pada pengambilan perut ibu hamil yang sebaiknya dirakam pada 7 atau 8 bulan kehamilan.
Di usia kehamilan itu, perut ibu sudah kelihatan besar tapi belum terlaluberat untuk dibawa kemana-mana.
Lantas ia membuatkan ibu rasa lebih mudah untuk mengikut arahan pose dari fotografer.
Sebaiknya proses bergambar ini dibuat pada waktu pagi dan tak lebih dari jam 9.
#2. Pilih tema yang sesuai
Tema menjadi salah satu hal yang penting untuk membuat pengambaran maternity.
Jadi, pilih tema yang ibu paling suka dan ekspresikannya dalam gambar anda.
#3. Pilihan fotografer
Boleh dikatakan sekarang terlalu ramai fotografer yang memiliki kemahiran dan bakat yang sangat bagus dalam bidang fotografi ini. Apapun, sediakan reference ibu siap-siap dari rumah untuk memudahkan kerja fotografer anda.
Selain itu, pilih fotografer yang ada hasil karyanya dikongsikan di laman Instagram dan web peribadinya. Kemudian lihat sama ada dia pernah atau tidak mengambil gambar maternity.
#4. Mekap dan wardrobe
Bila hamil kekadang wajah akan mengalami sedikit membengkak dan bulat. Namun, usah risau kerana anda boleh menutupinya dengan mekap.
Pilihlah hiasan makeup natural atau no makeup look, supaya memberikan kesan alami pada penampilan mama.
Sama juga dengan wardrobe, pilih pakaian atau dres yang boleh digayakan dengan maternity pants yang sesuai.
Jangan lupa untuk menambahkan aksesori seperti anting dan kalung yang memberikan kesan elegan pada penampilan Mama.
#5. Pilihan gaya pose
Minta arahan stylist atau fotografer, untuk mengarahkan anda dengan pose yang tidak terlalu susah. Umumnya pose yang sering dilakukan adalah tangan seperti memegang perut dan sebagainya.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mom junction, Pop Mama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtanggungjawab-isteri-selepas-kematian-suami
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!